Laporan Rasmi Terhadap Ustaz Nasaruddin
Laporan Rasmi Terhadap Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS, Di atas Beberapa Tindakan Salah Laku
Saya sebagai ahli PAS dengan nombor Ahli 253812 dari Kawasan Lembah Pantai dan dengan Tarikh Daftar pada 09/09/1987 membuat laporan rasmi kepada JK Disiplin PAS Pusat bahawa Timbalan Presiden PAS harus dihadapkan dihadapan prosiding Jawatankuasa Disiplin atas tuduhan :
- Memfitnah sesama pimpinan PAS.
- Melakukan aktiviti2 subversif yang berlawanan dengan keputusan Muktamar di Ipoh dan Shah Alam.
- Mendedahkan rahsia parti kepada blogger2 UMNO yang jelas musuh kepada PAS.
- Melakukan aktiviti yang merugikan Parti dan menguntungkan UMNO
Al-Banjari telah mengesahkan perkataan-perkataan ini diungkapkan oleh Hasan Ali dan Nasaruddin semasa perjumpaan dalam Gelap dengan blogger2 UMNO. Perkataan2 tersebut adalah jelas satu penghinaan dan fitnah kepada PAS dan juga kepada beberapa orang kepimpinan PAS lebih-lebih lagi dihadapan blogger yang menjadi musuh tradisi PAS.
(sila rujuk – http://politikbanjar.blogspot.com/2009/10/bongkar-artikel-gomo-yang-dipertikaikan.html)
Perkataan2 yang disahkan oleh AlBanjari adalah :
- Isu kerajaan Perpaduan antara Pas dan Umno ini sebenarnya telah dibincangkan oleh seluruh pimpinan atasan Pas. Nik Ajis tiada dalam perbincangan ini.
- Seluruh Pimpinan Pas lah yang mencadangkan idea Kerajaan Perpaduan ini. Di ketuai oleh Haji Hadi sebagai Presiden dan seluruh majlis tertinggi Pas.
- Hussam memainkan peranan yang besar dalam membawa agenda Anwar meresap dalam politik Pas.
Dan bukti rakaman sessi itu telah pun diserahkan oleh Al Banjari kepada Ketua JK Disiplin, Tuan Ibrahim Tuan Man pada hari ini mengikut pengakuan Al Banjari sendiri.
(Sila rujuk – http://politikbanjar.blogspot.com/2009/10/isu-pita-rakaman-berakhir.html)
Diminta pihak Tuan Ibrahim merujuk salinan rakaman dialog antara Blogger bersama Hasan Ali dan Ustaz Nasaruddin Mat Isa itu.
Ini bererti Timbalan Presiden PAS sendiri terlibat dalam aktiviti subversif untuk memfitnah pimpinan PAS dan juga berkempen untuk Kerajaan Perpaduan.
Dan bukti yang diberikan oleh Al Banjari itu sudah tentu cukup untuk memastikan tindakan disiplin dikenakan ke atas Timbalan Presiden PAS.
Wallahualam
Tulang Besi


























Pemimpin PAS bercakap islam berbuih mulut..pasal UG dan jawatan berbohong macam umno
berdeakwah apa ini..
SELAMAT TINGGAL PERJUANGAN SELAGI ADA ULAMAK TRG DAN GENG
By: zumd nor on November 8, 2009
at 10:59 pm
Rupa-rupanya gunung itu runtuh bukan ada org yang menarahnya, tapi dia runtuh kerana batu-batu di dalamnya telah berpakat untuk meruntuhkan gunung itu…..
faham-faham kan??? apa lah korang ni…ketika org tengah syok nak sokong PAS dan bersemangat tinggi plak, ada plak pemimpin dia nak berbaik dgn UMNO….pemimpin2 PAS ni berdegar2 suruh kita undi PAS, tapi pemimpin dia sendiri pulak nak berbaik dgn UMNO…apa cerita ni bro????
kendur dah nak undi bulan cam ni!!!!
By: Bro N9 on November 8, 2009
at 11:04 pm
Salam.
Kesian Nasa.
Ini semua kerana TGNA tak suka.
TG tak suka UG saja.
Yang lain tu, cari pasai lah.
Apa lagi.
Politik dah jadi permainan gravity.
Jatuh menjatuhkan.
Tahniahlah PAS.
Kerana tak gi, tak gi.
Ada semacam retardation pula.
KeLiWoN dan great chief.
Faham ke.
Just try 2fahamlah.
By: budak tadika on November 8, 2009
at 11:10 pm
Ulama akhir zaman nak buat macam mana?……
By: zulmaarof on November 9, 2009
at 1:33 am
Senang cerita, ramai yg nak lihat supaya PAS mengambil tindakan tegas terhadap mereka yg telah bermain sembunyi2 dalam gelap dgn umngok…
Geng UG ini telah membuatkan ahli akar umbi bertelingkah sesama sendiri dan membuatkan penyokong PAS menaruh persepsi yg negatif…
By: Anak Nelayan on November 10, 2009
at 12:15 am