Posted by: pinkturtle2 | November 8, 2009

Mereka sebenarnya tidak sayangkan PAS dan rela melihat PAS hancur

DSC05047

Tidak payah bersusah payah menegur PAS, PAS sudah elok dan sempurna. Bagi saya seminar yang telah berlalu sangat berjaya. Berjaya menggambarkan bahawa PAS memang tidak boleh ditegur. Kepada pengkritik pengkritik PAS saya nasihatkan berhentilah menasihati PAS. Ternyata PAS telah 'sempurna'. Atau jika anda hendak juga menegur, mintalah panduan dari pemimpin PAS cara cara menegur PAS. Tanyalah sekali apa yang patut ditegur dan apa yang tidak patut ditegur - Ramzi redang

PAS Lemah Sebab Presiden “LEMAH”..!

Walaupun kepimpinannya mendapat kritikan, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau tidak akan meletakkan jawatan kerana ia merupakan satu tanggungjawab dan kepercayaan daripada ahli parti itu.

Bercakap dalam sidang media selepas seminar politik PAS di Gombak hari ini, beliau menyifatkan kritikan terhadap kepimpinannya, terutama ahli akademik, tidak semuanya tepat.

  • “Kita anggap (kritikan) itu biasa. Kita matang dengan kritikan. Kritikan itu ada yang benar, ada yang tidak benar. Yang benar kita ambil, yang tidak benar, kita jawab,” kata Abdul Hadi.

Baik… aku nak mintak TGHH atau mana-mana balachi TGHH supaya jawab insiden yang berlaku dalam kempen Pilihanraya Bagan Pinang bulan lepas… inisiden macam ni selalunya dilakukan oleh siBANGANG atau siBEDOL atau siBIJAK tapi tak pandai..?

Aku cerita seringkas yang boleh…

Pada 6hb. Oktober, 2009, 1 siri program kempen Pilihanraya kecil Bagan Pinang, bertempat di Mayang Sari Resort, Port Dickson telah diadakan dan program tersebut ialah program “Ramah Mesra Pesara Tentera Bersama Presiden PAS”.

Ya… aku ingat program ni akan menjadi 1 peluang keemasan untuk TGHH berkempen dan menarik perhatian Pesara-Pesara Tentera seterusnya membuka minda Pesara-Pesara tentera yang hadir untuk menarik lebih ramai lagi anggota-anggota tentera supaya mengundi PAS dalam PRK tersebut…

Korang tau apa yang jadi dalam program tu..?

Bolehlah aku katakan bahawa ini adalah 1-1nya program yang berjaya menonjolkan ketidak-cerdikan seorang yang berjawatan Presiden bagi sebuah parti yang sewajarnya mempunyai seorang Presiden yang benar-benar cerdik..!

Korang tau apa Tuan Presiden Parti PAS gebang dalam ucapan dia depan Pesara-Pesara Tentera ni..?

TGHH dok cerita balik apa yang berlaku dalam proses undi pos… TGHH cerita balik macam mana penipuan berlaku dalam proses undi pos, TGHH cerita balik macam mana adanya anggota-anggita tentera yang tak pernah melihat kertas undi pos sepanjang mereka bertugas dari awal sampai pencen dan macam-macam lagi yang berlaku dalam proses undi pos dan semua perkara ini diceritakan kepada PESARA-PESARA TENTERA YANG SEMEMANGNYA DAH TAU SEMUA TU..!
Kenapa “cerdik” sangat TGHH ni..? ibaratnya macam aku panggil pakar kek kemudian aku cerita dekat dia macam mana nak buat kek… ni bodoh ke bangang ke bahlol..?

Patutnya masa keemasan tu TGHH bagi peluang kepada Pesara-Pesara Tentera untuk bercakap sebab sah-sah mereka tahu lagi banyak perkara-perkara yang berlaku dalam undi pos sebab mereka semua dah lama dah berada dalam Tentera.

Tapi dalam program tu langsung tak diberi peluang kepada mana-mana Pesara Tentera yang hadir untuk dedahkan apa-apa yang mereka rasa mereka nak dedahkan padahal, semua media ada dalam majlis tu dan itu adalah masa terbaik untuk kita beri peluang kepada mereka mendedahkan apa sahaja yang mereka tau…

Diakhir program tu, aku sempat bersembang dengan beberapa Pesara Tentera yang memang semuanya ramah dan apa yang aku dapat malam tu ialah, betapa mereka-mereka yang hadir malam tu teramat-amat kecewa dengan program malam itu.
Ramai yang dalam nada sinis berkata -

  • “setakat tu je pemikiran PRESIDEN PAS..?”…

Ada jugak yang berkata -

  • “TGHH ni ingat kami ni bodoh sangat ke sampai benda yang berlaku dalam kem pun dia nak cerita balik dekat kami..? kami tau lebih banyak lagi dari yang dia tau dan dia tak sedar ke semua yang dia cerita tu sepatutnya kami yang cerita pada dia..?

Tu antara sikit-sebanyak rungutan dari Pesara Tentera… dan yang paling aku tak boleh lupa sampai sekarang ialah 1 soalan dari seorang Pesara Tentera sebelum aku pergi -

  • “TGHH ni berkhidmat dalam tentera berapa hari..?”

Disebabkan keCERDIKkan Presiden PAS dalam program tu, maka kemungkinan besar PAS kehilangan banyak undi pos (aku agak je la… sape nak undi Parti yang ada Presiden yang SANGAT-SANGAT BODOH..?)

Eh… tak betul ke aku cakap..? patutnya dalam program macam tu, TGHH nak kena ambik kesempatan untuk perjelaskan apa dasar perjuangan PAS, nak gabung dengan UMNO atau tak, nak jumpa dalam gelap atau tidak, nak perkukuh Pakatan Rakyat atau tidak tak pun paling kurang buat la “kenyataan-kenyataan lama yang direcycle kembali” (sekadar contoh sambil-sambil sindir sebab aku tengok kenyataan semalam sama dengan kenyataan yang dulu-dulu – recycle…), ini tidak dok cerita hal dalam kain orang dekat tuan kain sendiri..! sah kurang cerdik..!

Semalam jugak TGHH ada ulas tentang kajian DAB -

  • “Dia punya kajian tidak terperinci. Kita ambil maklum dan kita akan tingkatkan lagi (kemampuan parti). Itu saja,”

Ya… aku paham…tingkatkan kemampuan parti supaya dapat “bertahan ditakuk lama” atau dengan erti kata lain -

  • “Aku dah ada keputusan aku sendiri, tak payah siapa-siapa nak tegur dah sebab aku keras kepala..!”

Dari mula krisis UG timbul sampai sekarang dah banyak sangat dah perbincangan dibuat dan lepas perbincangan demi perbincangan, kenyataan yang keluar “masih konsisten” dengan kenyataan yang mula-mula keluar dulu… dari segi “kenyataan” masih tak berubah, dan “kenyataan yang berlaku” juga masih tak berubah, masih ditakuk lama.

PAS memang tak minat nak berubah, TGHH memang tak de niat nak berubah (tengok cara TGHH kempen masa dekat Bagan Pinang cukupla… bukan 60′ tapi 40′…).

Eh… Presiden PAS ni BODOH ke BANGANG ke apa..?

*lepas ni confirm ramai fanatik-fanatik PAS akan label aku sebagai EJEN UMNO macam yang Ketua Dewan Pemuda PAS labelkan pada DAB… tapi nak buat macam mana..? PAS dengan UMNO sekrang sama je… 2-2 ada pimpinan kepala batu, 2-2 ada pimpinan yang EGO dan 2-2 tak minat nak berubah… – JANGAN SAMPAI KAMI MUAK..!
http://perisik-rakyat.com

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Tidak payah bersusah payah menegur PAS, PAS sudah elok dan sempurna

“Setelah seminar selesai, pada pendapat saya hanya satu kesimpulan yang tepat dapat disimpulkan dari persepsi orang yang mengikuti perkembangannya. Yang jelas dan nyata adalah : tidak payah bersusah payah menegur PAS, PAS sudah elok dan sempurna.

Tentu sahaja akan ada pula yang menjawab, bukan tidak boleh ditegur, tetapi gunalah cara berhemah jika hendak menegur PAS. Jadi, kalau hendak menegur PAS, tanyalah Ustaz Kocik bagaimana caranya kerana Kocik sangat sentimen dengan orang yang menegur

Kenapa ramai pemimpin PAS tidak faham apa itu persepsi? Kenapa ramai pemimpin PAS tidak mengkaji apa persepsi pengundi terhadap PAS? Jika persepsi pengundi terhadap PAS adalah buruk, apakah silap persepsi tersebut atau silap pengundi?

Jika baju yang anda pakai dilihat tidak sesuai dari pandangan ramai, apakah silap persepsi tersebut ataupun anda sendiri yang silap. Rasanya dalam isu pandangan orang ramai terhadap PAS, pemimpin PAS sering menafikan pandangan tersebut. Penafian hanya dengan kata kata, tanpa membuktikan dengan langkah dan perancangan yang rapi.

Jika Islam yang dibawa PAS dipandang menggerunkan oleh pengundi, PAS sering beralasan UMNO yang merosakkan imej Islam. Segala hujah yang mengatakan UMNO yang merosakkan imej Islam dapat PAS manifestasikan dalam gerak kerja PAS dan kemesraan PAS mendekati pengundi bukan melayu. Alhamdulillah setakat ini PAS telah berjaya meyakinkan bukan Islam bahawa Islam bukanlah buruk sepertimana digambarkan oleh UMNO selama ini.

Maknanya di sini apapun persepsi buruk samada ianya benar atau tidak, fitnah atau realiti, hanya dapat dibuktikan dengan perbuatan yang menafikan persepsi itu sendiri.

Bagi saya seminar yang telah berlalu sangat berjaya. Berjaya menggambarkan bahawa PAS memang tidak boleh ditegur. Kepada pengkritik pengkritik PAS saya nasihatkan berhentilah menasihati PAS. Ternyata PAS telah ’sempurna’. Atau jika anda hendak juga menegur, mintalah panduan dari pemimpin PAS cara cara menegur PAS. Tanyalah sekali apa yang patut ditegur dan apa yang tidak patut ditegur.

Kekadang untuk mententeramkan hati, teringat saya dengan pepatah orang tua ‘biarlah si luncai terjun dengan labu labunya’. Semoga PAS tidak menjadi parti ’syok sendiri’. Sama samalah kita tunggu rumusannya pada PRU13.

http://www.detikdaily.net

 


Respon

  1. PAS is GOOD IN BLAMING the warga muda & blogger for not supporting PAS is due to their low moral and has personal agenda.

    keep on continue living in dream world & state of daniel.

    Rakyat will SHAKE & WAKE YOU UP in PR13.

    until then, keep on SLEEPING

    ZZzzzz……..

  2. kritik, bagus laa, tegur menegur, tapi bahasa yang digunakan, elok ke macam ni, tak habeh pon ana baca artikel ni, bagi ana ni bukan ejen umno tapi, susah nak cakap. membina pon tak. tapi nak menghancurkan ada la

  3. Aku setuju sgt dgn komen sebegini !! kadang2 org besar2 ni rasa dia tu hebat dan apa yg dia buat semuanya betul!!! tapi dia sendiri tak sedar, dia seumpama ikan di dalam akuarium, yg diperhati dan dinilai olh semua yg melihat dia…

    bagus artikel ni…disebabkan org sayang lah maka si anak kecil dirotan…dan org yg paling hebat adalah yg tahu kelemahan diri dia sendiri….

    Tengok, siapa yg mulakan UG dulu??? bukan kah ini orgnya? dan dia buat mslh tapi dia pulak terkial2 utk menyelesaikannya ketika UMNO sudah mendapat kembali tilam dan bantal empuk hasil pemberian dari PAS iaitu tilam dan bantal UG!!!! faham kan??? rasalah ko…

  4. Salam.

    Depa2 tu lah.
    Bukan reti nak sayang.
    Bangsa pun, depa tak sayang.
    Islam pun, depa tak sayang.

    Kutuk sana, kutuk sini.
    Benci sana, benci sini.
    Fitnah sana, fitnah sini.
    Merapu sana, merapu sini.

    Bukan sekadaq kutuk UMNO.
    Semua dikutuk mereka.

    Kutuk punya kutuk.
    Dah terlajak.
    Sampaikan.
    Pemimpin2 sendiri pun dikutuk.
    Dah macam, tak sayangkan PAS.

    Itulah, kita dah kata.
    Jangan dok ajaq.
    Jangan dok biak.
    Budaya mengutuk.
    Bila jadi perangai, tabiat.
    Susah nak ubah.
    Habits la kata orang Putih.

    Sekarang dak kena kat hidung2.
    Baru terasa.

    Sebenaqnya.
    Depa sayang kat PAS.
    Cuma depa nak juga kutuk pemimpin.

    Sekadaq dah jadi habits.

  5. sejak dulu lagi kami dh tahu TGHH x pandai dan x layak jadi PM…
    bukan apa cuma pandai dlm kampung je..
    sbb dlm kampung yg tinggal si bengak & si bengong jer..


Leave a response

Your response:

kategori