
Yang nyata rata-rata ahli tidak senang dengan gelagat ABC yang buruk di seminar berkenaan. Mengapa hal itu lansung Ustaz Misbahul tidak ulas dan tidak sentuh? Cuma sentuh yang palsu tetapi tak berani sentuh hal yang benar? - GB
Blog Dan Kebenaran Dengan Rujukan Kes ABC
Persoalan samada penulis blog berkenaan berbohong atau membuat dakwaan palsu adalah tanggungjawab penulis blog berkenaan.
Selama ini pun tidak ada yang berani mendakwa maklumat di dalam blog adalah 100% benar dan sahih tetapi ia menjadi asas kepada mencari kebenaran.
Saya menyeru agar penulis blog berkenaan tampil membawa buktinya. Jika tidak beliau mesti bertanggungjawab kerana di dalam alam siber, penyebaran maklumat adalah pantas yang kadangkala melepasi tapisan, dan kita belum ada mekanisma untuk menentukan kesahihan sesuatu berita hatta berita dari harakahdaily sekalipun. Whatever news, especially from the net are all subjected to scrutinization and verification which must be carried out by the readers themselves. Tiada jaminan isi kandungan mana-mana blog di dunia ini boleh diterima sebagai 100% benar.
Namun ada hikmah yang tersembunyi sekalipun jika berita itu palsu. Dimanakan Ust Abu Bakar Chik? Mengapa beliau sendiri tidak tampil membela diri di dalam blognya. Tiada blog? Kenapa tiada blog? Pemimpin PAS Pusat perlu sentiasa up-to-date dengan maklumat terkini. Pemimpin PR yang lain kebanyakannya ada blog masing-masin termasuk DSAI dan Lim Kit Siang, tetapi dimana blog pemimpin-pemimpin tertinggi PAS, Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agong? Mengapa tertinggal? Mengapa marah TGNA menulis di blog kalau anda sendiri pemalas untuk menulis blog? Atau jika ada blog malas pula nak kemaskini.
Blogger adalah blogger. Mereka menulis dari perspektif mereka. Sewaktu kemelut politik Perak, siapa yang berhempas pulas menyampaikan maklumat kalau bukan blogger? Sekalipun berita-berita dalam blog yang ada waktu itu belum dipastikan menyebarkan berita yang 100% benar.
Ada berita yang 100% benar, ada yang sekitar 60%-90% benar, ada yang di bawah 50% tahap kebolehpercayaan berita-berita berkenaan. Cuma kita kekurangan mekanisma untuk penetapan kesahihan sesuatu berita. Namun disebarkan juga waktu itu melalui blog termasuk blog ustadz sendiri yang saya ikuti sentiasa. Itu kaedah yang lazim dilakukan di dalam disiplin kewatawanan.
Kalau hendak menentukan sesuatu berita itu 100% benar, terutama berita-berita mengenai rampasan kuasa di Perak waktu itu, mungkin ia memakan masa kerana kita perlu semak kesahihan dengan pelbagai sumber. Dan apabila hendak diterbitkan pada waktu itu mungkin berita itu telah dikategorikan “basi”.
Justeru ia diterbitkan dan kemudian pihak empunya diri perlu tampil pertahankan diri jika berita itu tidak benar pada masa itu juga melalui blog-blog mereka. Jika mereka tiada blog itu salah mereka sebab “perang siber” mencicirkan mereka yang naif.
Ini zaman teknologi, bukan zaman primitif, bukan abad ke 17.
Kepada Ust Misbahul, rasa nya tak perlu mendabik dada bahawa aku kenal semua pemimpin tertinggi PAS dan boleh telefon bila-bila masa jika mahu. Itulah juga sikap yang pernah dilakukan oleh seorang ahli pathologi berbangsa India yang sebelum memulakan keterangannya di dalam kes Teoh Beng Hock, menyatakan “saya telah melakukan lebih 3000 kajian… bla bla..” untuk menunjukkan kononnya beliau ahli pathologi handalan. Yang kini rupa-rupanya macam nak terbukti beliau terlibat di dalam pemalsuan fakta .. (kena tunggu keterangan ahli pathologi Thailand untuk pengesahan pemalsuan itu)
Kemudian di dalam ulasan saya terhadap artikel itu, saya merujuk kepada kecaman ABC terhadap tetamu yang diundang PAS. Berita itu SAHIH dimana ABC dilaporkan beliau tidak boleh lihat muka Prof Abdul Aziz Bari.
Yang nyata rata-rata ahli tidak senang dengan gelagat ABC yang buruk di seminar berkenaan. Mengapa hal itu lansung Ustaz Misbahul tidak ulas dan tidak sentuh? Cuma sentuh yang palsu tetapi tak berani sentuh hal yang benar?


























Saya setuju 100%,masih ada dan ramai ahli PAS yg masih ketinggalan cara pendekatan mereka, nama je pemimpin tapi laman blog pun x da, nombor tepon selalu bertukar2..cara pendekatan dan cara berfikir mereka x professional, nama je memperjuangkn Islam tapi cara kerja x ikut cara Islam. Lihat je Trengganu, rakyat dah bagi peluang tapi macammana dgn mudah je lepas semula pd UMNO ? Tanya lah pada pengundi2 terengganu macammana sikap pemimpin dan ahli2 PAS bila mereka menang dan memerintah …
By: Leeman on November 9, 2009
at 6:05 am
Tabik untuk TGNA, walaupun dah tua tapi saya rasa kalah pemimpin2 yg lain terutamanya dalam PAS samada tua atau muda dalam cara berpolitik , buah fikiran dan sentiasa up-to-date.Kalau ramai yg macam ABC (yg merasakan dirinya macam Syaidina Omar) habis la PAS…dan Tuan Guru Tuan Man yg nak kondem TGNA tu siapa sebenarnya dia berbanding dgn TGNA yg dah jenuh kena sepak terajang dlm politik…baru dapat jawatan dah nak hentam,baru setahun jagung je
By: Leeman on November 9, 2009
at 6:14 am
kalau tanya aku la, aku lihat daripada sebelum march 8 2008 lagi PAS ini terdiri daripada golongan yang bodoh (pemimpin juga pengikut).
tapi disebabkan usaha gigih TGNA dalam menyeru kepada Islamlah PAS boleh diterima oleh golongan bukan Islam dalam menegakkan keadilan. kelantan telah manjadi a success story kepada PAS. success story yang sepatutnya boleh di-replicate oleh negeri yang diperintah PAS, akan tetapi ego pemimpin PAS ini pun satu hal. tengok saja terengganu, presiden PAS pun tak boleh nak amik hati rakyat sendiri, apa contoh nak ditunjukkan di situ? si nasa pun satu, tempat sendiri tak boleh nak bertanding, lari ke tempat orang lain. apa contoh kewibawaan nak ditunjuk di situ?
golongan PAS ini semakin menampakkan penyakit orang politik UMNO. semakin bongkak, sudahlah bodoh, bongkak pula tu. UMNO sekurang2-nya mereka cerdik walaupun bongkak. itu saya kena salut la. tapi PAS belum apa-apa lagi sudah tunjuk lagak macam UMNO. maka dengan itu apa contoh PAS nak tunjuk kepada umum? PAS itu sama saja dengan UMNO? boleh jadi bongkak, boleh tahan kritikan, boleh buat tak reti? macam tu? kalau macam tu la…memang tepat sangkaan saya, PAS memang ditadbir oleh orang-orang bodoh.
saya pilih PAS kerana sorang saja, dan kerana saya yakin dia berpegang pada prinsip dia, dan dia bukan seperti orang yang kejar glamer dalam PAS. walaupun orang bukan Islam itu tidak paham kepada Islam, akan tetapi mereka paham benar, dan boleh menilai benar jika seseorang itu betul2 berpegang pada prinsip. TGNA orang yang memang berpegang pada prinsip. dan jika mata pedang pun ditusuk ke lehernya, dia masih lagi berpegang pada prinsipnya itu. itulah pemimpin yang PAS tidak akan dapat ganti. itulah seorang pemimpin yang mana telah membawa PAS daripada zaman kegelapan dan tiada hala tuju yang jelas kepada zaman yang penuh harapan dan bermatlamat untuk semua.
PAS for ALL…apa sudah jadi?
By: garden on November 9, 2009
at 7:12 am
Bhai..
Kalu dah ustaz tue… memang macam tue la…. hehehe.. diorang rasa diorang tue hebat, maksum… tak boleh nak ditegur… ego… status quo… dan macam-macam lagie..
Yer la.. kita blogger nie sapa pada pandangan diorang… tapi kalu takder kita… diorang boleh menang ker PRU12 haritue… jangan mimpi la…
By: C++ on November 9, 2009
at 10:14 am
BIsmillahirhmanirrahim
SIAPA YANG SEBENARNYA MENGUSAI POLITIK ?
~Dr Aq
Hakikatnya POLITIK DEMOKRASI ALA BARAT di Malaysia sejak merdeka adalah acuan sistem WESTMINSTER. Lihat dan baca sejarahnya.
SISTEM POLTIK dan semua bidang masyarakat dan negara yang berkaitan dengannya, baik secara langsung dan tidak langsung, ujud tanpa dasar nilai agama, budaya kemsayarakatan.
Ulasan ini dapat dibaca dalam berbagai penulisan yang mendasarkan tradisi kekuatan nilai dan norma masyarakat. Ekonomi liberal bersufat memikiat NAFSU pemegang kuasa politik. Penguasa politik biasanya jadi alat “elite-kaya” dikenal juga dengan nama ‘KAPITALIS BESAR”.
Mereka berkumpul mengusai KUASA POLITIK atau PEMERINTAHAN.
Bidang keselamatan dan undang-undang penting sekali diawasi dan “dijaga”. Pengawasan dan penjagaan dilindung dengan pemerintahan yang tidak memisahkan kekusaan ekskutif, legislatif dan kehakiman.
TIGA KUASA iaitu bentuk tiga dalam satu dikenal sebagai “TRIA JUNCTA IN UNO” . Pengusa sebenar adalah PLUTOCRATS.
Pentadbirannya diisitlah kan sebagai “PLUTICRACY, GOVERNMENT BY THE WEALTHY”. Falsafahnya ialah KEBENDAAN atau materialism ; matlamat menghalalkan cara..
Jadi orang politik yang lemah, bukan sahaja pemikiran mengenai logistik perjuangan, strategi dan langkhnya dhaif, mereka miskin harta, malah mudah tergoda….
Begitu lama berjuang tetapi jalur dan kesan penerokaan kian bersimpang siur dan kelam. Apabila mereka memandu mereka lupa dengan keindahan kota yang ada “red light” dan iklan nion berwarna warni.
[Mereka tiada peta pedoman dan bekalan, jadi mereka lupa bahawa mereka kena singgah di stesyin minyak, mereka kena pergi ke bengkel, kedai tayer yang kebanyakannya bukan kepunyaan Melayu.]
Struktur dangan sudah begitu terbentuk ; jangan arah kepada bukan Melayu ; marah kepada pemimpin yang dari dahulu rebut dan pegang kuasa dalam berbagai paangkat dan bentuk.
[Umpama di rumah orang Melayu Islam krebnyakannya “ketiadaan kotak obat” jika luka maka plaster digantikan dengan obat gigi...itu pun jika ada ]
Justeru itu, mereka mudah diperangkap dengan isu yang menarik “nafsu kebendaan” atas alasan yang “sentimental” berkait dengan unsur sosio-budaya malahan agama.
PEMIMPIN yang lemah hanya berpuAs hati jika mereka jadi penumpang, bonceng (pillion riders). [Mereka lupa bahawa mereka kena singgah di stesyin minyak, mereka kena pergi ke bengkel, kedai tayer yang kebanyakannya bukan kepunyaan Melayu.]
[Itulah jalan mudah atau jadi broker kuasa ; dan pengikutnya seperti ayam dan ucing sanggup “duduk dibawah meja memungut makanan yang dijatuhkan..” ]
KEPUTUSAN politik sering dipaksa. Ia biasanya tidak dirunding secara ILMAIH dan jujur dengan anggota parti dan rakyat..
Malahan juga rancangan segera (paksa) berkenaan diluar janji daripada MANIFESTO awal dalam pemilihan raya.
Perihal ini dapat disemak dengan segala macam projek dan cagan kata yang muluk dan dikuti oleh lagu “phlawan” dan bujukan.
Kacau-bilau, berbagai gejala dan penyakit masarakat, gaduh, merusuh, bakelahi, kemacitan sistem kehidupan atau runtuhnya berbagai projek malahan perang kecil dan PERANG DUNIA adalah berpunca daripada KEPUTUSAN POLITK.
Kita boleh sebut bahawa dunia ini melalui begini rupa kesusuhan oleh angkara pemimpin yang lemah daya fikiran dan nafsu kebendaan.
Pemimpin segelintir bermasaalah lantas membuat
KEPUTUSAN POLITIK yang tidak diresetui oleh rakyat dan para ilmuan berwibawa. Umpamanya, mereka lebih bermegah dengan membangun menara “gajah putih” tetapi bukan hospital terkenal di dunia, meskipun ia seorang doktor ! dan rakyat yang menderita serangan berbagai jenis wabak .
Perjumpaan ilmu, menyatakan masalah dan penawar melalui perbahasan, seminar dan forum.
Jauhkan KEPUTUSAN POLITIK beberapa orang kerana ia telah memusnahkan jutaan manusiai dan makhluk isi dunia dan alam ini.
Sejak zaman Adam dan Hawa sampai sekarang pun soal air dan tandas tidak selesai. Jutaan anak-anak yang tidak cukup makan dan tidak bersekolah. Lihat juga, antara lain, perangkaan “telus” di Malaysia mengenai buta huruf dan daya pendidikan penduduknya di luar bendar.
LIHAT dan kaji apa yang berlaku dahulu dan sekarang ini disekeliling kita.
[Mudah-mudahan penulisn ringkas ini beoleh merupakan secebis ilmu pendidikan politik.] Sekiani sahaja dahulu. ~Maaf. ~Aq 081109
By: Aq on November 9, 2009
at 11:29 am
Aku malas ulas panjang sebab aku pun jenis beruang gak, tapi wajah di atas tu dari jenis beruang cola. Lebih hebat. Patut la Dr Aziz Bari takut sangat. Lihat aksi beruang cola sedang memberi amaran pd Dr Aziz Bari.
By: jusoh beruang dungun on November 9, 2009
at 11:51 am
anak2 pimpinan blanje rai kwn2 guna rm agensi gomen time dapat pegang ganu sblum di beri penendang oleh rakyat pggal kmdiannye,,,jelek nye aku. tahu sgt bidang pengajian tak de maths ni mengeluarkan lulusan cmtu je le…jijik betul
By: shah on November 9, 2009
at 12:42 pm
Tumpang lalu kwn, minta tolong klik link dibawah….
http://jutawanklik.com?a_aid=9420077a
By: heroessss on November 9, 2009
at 12:44 pm
Jenis ustaz macam ABC tu dalam PAS cukup banyak…….akhlak suu’ jenis jahat…….apa dah nak jadi dengan PAS ni kedepan nanti? bila lingkup nanti jangan maraah aaa………buatlah perangai tu lagi muga-muga hancus kamu nanti…ABC ni ada bakat ke jadi pemimpin?……tak pernah dengaq pun….kaset dia pun tak pernah jumpa…..sentimen ganu dia cukup kuat……kata kat orang asabiah…dia tu hapa?lebih teruk lagi…..sampai tak boleh tengok muka Prof. Aziz Bari? Subhanallah….macam ni ka pemimpin? orang tegoq sikit dah melalut bukan-bukan…….
By: nasik kandaq on November 10, 2009
at 1:03 am
Assalamualaikum Rakan-rakan bloger sekelian, sebenarnya dah lama aku pendamkan perasaan aku pasal ada setengah-setengah pemimpin pas yang berlagak macam ABC. Di tempat aku tinggal ni ada kalangan pemimpin PAS yang tak berapa mesra pada ahli-ahli yang lain dan berlagak semacam.Kalau nilah corak sahsiah peimpin yang nak PAS tonjolkan rasanya jauh lagilah PAS perintah Malaysia. Adalah amat sukar mendapatkan pemimpin seperti TGNA. Waullahuallam
By: kesian on November 10, 2009
at 2:07 am
Tumpang lalu. Jika dengar kita beri pendpat maka ada yang menjawab : “Saya sudah fikir juga tetapi…” ;”Kami sudah fikir tetapi…” Ratus halaman penulisan oleh Dr Aq tulis yang sebahagian dahulu tersiar dalam Trengganukite
dikirmkan kepada ramai pemimpin Pas tetapi macam dibakul sampah sahaja. Baca penulisan Dr Aq tentang TGHH tangkap bola dari tendangan permasin bola sepak Mahathir (Dr Tun) waktu ia jadi PM. Mereka pemalas baca dan sering tutup telinga taanya selera. Panajang kesah jika dicabar…Saya msaiih tabik kepada Alyrhm. Dr Burhanudin, Yusof Rawa, Fadhil Nur kurang sangat membesar diri… MAFF. ahmad 101109.
By: ahmad on November 10, 2009
at 8:52 am
sekarang ni.. bila golongan kuat ugama buat silap kecik.. nampak besar kesannya.. tapi kalau orang jahil buat silap besar.. nampak kecik silapnya.. walaupon termaktub maksiat itu nyata.. jd mana silapnya..
By: apple on November 11, 2009
at 6:07 pm
Correct,correct,correct
VK Lingam yang betul
Siapa kata?
Siapa Nadzri?
Orang UMNO atau PAKATAN?
Fikir-fikir siapa yang kena.
By: Kir Toyol on November 13, 2009
at 4:35 pm