Posted by: pinkturtle2 | Disember 6, 2009

Tragedi KB Mall: 2 maut 3 cedera parah, kereta menjunam ke dalam supermarket

salah seorang mangsa yang cedera parah terkena bongkah batu dan kereta meninggal dunia serta merta di tempat kejadian.Mengikut maklumat pengawal di situ kedua-dua mangsa yang tekorban adalah pelajar dari kolej perubatan swasta Masterskill bersebelah KB Mall.

setelah berita ini tersebar, ribuan yang datang membanjiri di hadapan KB Mall untuk mengetahui cerita sebenar dan melihat sendiri apa yang berlaku di dalam supermarket KB Mall.Sehingga berita ini ditulis semua pintu utama supermarket masih lagi ditutup.Orang ramai masih lagi menunggu berita terkini dari luar KB Mall. gambar ini dirakam dari tingkat 3 tempat Parking KB Mall di mana tempat kereta merempuh benteng simen.

Pecahan siling dan Lubang besar yang terbentuk akibat dari rempuhan kereta yang hilang kawalan dari parking tingkat 3.Dari pecahan benteng simen inilah kereta menjunam ke dalam supermarket.

Beberapa orang anggota Polis sedang memerhati pecahan dinding konkrit simen yang pecah akibat rempuhan kereta.Dari tempat inilah kereta yang hilang kawalan telah merempuh dan masuk menjunam ke dalam supermarket.

Dalam kita semua dok kalut urus tragedi dan mangsa-mangsa... 3 ekor ni kalut dok mencuri pakaian.Salah seorang tu abg aik dan saya sempat tangkap..bagi upah mencuri sikit.selepas 10 minit, sekor lagi kita dapat tangkap sedang bersembunyi dalam kedai pakaian yang telah ditutup... alasan 3 ekor ni pada pengawal2 senang je,, depa nak ambik helmet yang tertinggal kat dalam KB Mall.Teruk juga Pengawal2 tu bagi upah menipu kat 3 mangkuk ini.

2 Maut 3 cedera parah, kereta jatuh dari parking tingkat 3 menjunam ke dalam supermarket KB Mall Kota Bharu

Kejadian berlaku lebih kurang dalam pukul 4:30 petang

Lokasi : Di Supermarket KB Mall Kota Bharu

Punca: Kereta yang dinaiki di tempat parking tingkat 3  KB Mall hilang kawalan lalu merempuh benteng simen dan terus menjunam ke dalam supermarket.Jatuh tepat di atas tangga eskeletor dan merempuh beberapa orang pengunjung supermarket.

Mangsa: Mengikut maklumat daripada pengawal yang bertugas, saya diberitahu Setakat pukul 6:30 petang tadi 3 orang telah disahkan meninggal dunia dan 2 lagi cedera parah.

…………………………………………………………………………………………………………………………………….

Sebaik saja berita ini tersebar,saya terus menghubungi abang aik yang merupakan bonzer di KB Mall. Dia sempat cakap”datang cepat kalau nak tengok benda pelik dalam dunia’ .. saya terus menghubungi Perisik rakyat supaya datang segera megambil gambar bersama saya di KB Mall.Saya dan perisik rakyat antara yang paling awal sampai dan dibenarkan masuk ke tempat kejadian.kalau nak lihat gambar-gambar yang lebih jelas, tengok je kat blog perisik rakyat.Dia banyak rakam gambar.Terima kasih buat abg aik kerana membenarkan kami masuk walaupun pengawal2 dan polis tidak membenarkannya…  dan menghalang semua yang lain dari memasuki KB Mall.

About these ads

Respon

  1. Adakah kejadian ini akan didakwa sebagai kes keslahan trafik kerana kecuaian pemandu. Kawasan letak kereta diatas bangunan ini adakah telah digezet sebagai jalan untuk sebarang kenderaan atau kenderaan awam?, adakah pemandu kereta ini mengalami masalah mental?. Mari kita tengok apa pihak polis terafik akan jawab.
    Kalau semua soalan diatas dikatakan bukan!. Bolehkah dikatakan pemandu ini membunuh tanpa niat. Atau mungkin ada satu agenda lain untuk meruntuhkan bangunan KB Mall bagi memburukan kerajaan Kelantan. Polis mesti siasat dengan terpeinci kenapa insiden ini boleh berlaku.

  2. SALAM SUMERS………………

    LAGU NI LA ABANG KELABU GHASA SIKIT MARAH LA…….. KECUAIAN ORANG LEIN…. ORANG LAIN PULAK DAPAT BAHANA.

    KALU PIKIAG BETUI JUGA KEJAAN NAK HAPUS KETA2 BUGHUK MACAM NI…….NENGOK KAT KETA TU ABANG KELABU GHASA MODEL MAZDA FAMILIA 1.3 KELUARAN 1982/83….. DAH HAMPIG 30 PULUH TAUN. REGA PUN LEBIH MURAH DARI HONDA CUP LAMPU BULAT.

    YANG ABANG KELABU FEDUP……… KETA2 MACAM NI LA DOK GELEWAK KAT JALAN RAYA.
    NAK LARI LAJU TAKLEH SABIK TAK SERVIS. KALU SERVIS MAW DEKAT RM 1000.00 SEDANGKAN DEPA BELI TAK SAMPAI BANYAK TU.
    PEDAL BREK PUN TADAK……HANYA TEKAN KAT TONGGOI NYA SAJA. ITU PUN KENA PAM LIMA NAM KALI.

    KALU TAK MAMPU PAKAI KETA……. PAKAI MOTOR JE…..KALU NAK PAKAI JUGAK ………..
    DEPA BULIH BAWAK KAT FELDA…… JANGAN MASUK KAT ORANG RAMAI….. BAHAYA…..

    NI SAPA YANG NAK BERTANGGUNGJAWAB NI.
    KETA ADA ROAD TAX KE TAK…….. PEMANDU YANG LAGHI TU ADA LESEN KA. LEIN KALI KALU HANG NAK PAKAI KETA LAGU TU…… HANG PI WAT DRIFF KAT JALAN BALAK TEMPAT TADAK ORANG………. PALING NAK AKSIDEN SANGAT HANG LANGGAG RIMAU NGAN BABI JE. LONI…
    SAPA YANG SUSAH…….. MATI 2 ORANG.

    barang malaun yang bak keta tu malaun jambataik la…… tadak tanggungjawab langsung…. ptuuuuuihhhh.

    • salam abe klabu…aku skong gler apo kau kto… meme r kto bruk lepar dle gaung r. wt nyemok r….tok pasa2 member aku mti

  3. Kejadian yang memberi iktibar kepada remaja yang kemaruk nak bawa kereta.Pandu laju tanpa fikir, cuma nak tunjuk lagak.Kejadian yang secara logiknya merupakan bala dari Allah s.w.t terhadap remaja yang semakin meruncing keruntuhan moral. LOOK AND REFLECT…THERE’s SOMETHING BEHIND ALL THIS.

  4. dinding yang akses ke tangga tak sepatutnya di design macam tu. patut ada double dinding atau ketera tak boleh parking area tu. arkitek yang design tak teliti benda macam ni.

  5. Salam, minta tolong klik link dibawah….
    http://jutawanklik.com?a_aid=9420077a

  6. Assalamualaikum..maaf la ye sblum tu kalu ade ayat i ni menyakiti hati sesetengah pihak..sbnarnya kjadian cmtu berlaku tak de sape yang menduga, ajal maut semua di tangan tuhan..pemilik kete 2 pun tak mau kjadian smua ini berlaku, tgh2 duk suke2 p shoping pun leh maut.. so pd u all..yg suke kapel2 tu..ingt la yang maha kuasa sdang memerhati kita…n xptus2 mnguji kite..sdekah kn la Al-Fatihah pd merekayg telah prgi..

    P/s: kepada LORD RIED,u xde hak nk mnilai seseorg tu..smua nya telah di takdirkan…

  7. tengok pada lubang tu, atas pada siling tu tak ada lantai, dia orang nak sambung lagi tak bangunan tu lagi tinggi. itu rasanya punca kereta boleh gi sopping.. tentang kereta, itu masalah pemandu… bukan salah kereta lama ke baru ke!

  8. assalamualaikum..no komen…….ksian la kt famly yg mninggal 2.

  9. Jnge nk sabik ko keto lamo ko,ko gapo2..Kalu xdok brek,ore nyo xbwok keto 2 dlu ag.Babuk molek hk jong ngata komeng 2.Xsoh dok kato gapo2 la mugo doh nk geroh dio c2 doh 2gok..

  10. ini bukan punca dari kereta lama atau baru, tapi faktor kecuaian manusia tu sendiri.. Contoh la kalau kau bawa kereta baru yg berjuta2 harganya pun dan secanggih2 mana pun tapi kalau kau tak reti nak handle pun tak guna jugak.. Nak drive kereta kena cekap, secekap alonso memandu F1

  11. kawan heran sungguh , macamana pemandu kereta tu boleh keluar….
    dok tunggu jugak cerita selanjutnya

  12. [...] Tragedi KB Mall: 2 maut 3 cedera parah, kereta menjunam ke dalam supermarket [...]

  13. Maklumat lanjut ada dalam b. harian hari ni…

  14. Rujuk pandangan pengamal OSH mengenai kejadian ini di; http://oshthejourney.blogspot.com/

    Lukmanw

  15. Fuh.. dasyat… dengar ada yang dah di tahan. Sapa dia ek?

    Latest Blogger Template

  16. saya rasa sedeh

  17. bkpo sdih plop?? share r..

  18. [...] Tragedi KB Mall: 2 maut 3 cedera parah, kereta menjunam ke dalam supermarket (Blog PinkTurtle2) [...]


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 61 other followers

%d bloggers like this: