
A farmer uses a water buffalo to plough his rice field as lava cascades down the slopes of Mayon volcano in Legazpi city, 500 km (311 miles) south of Manila, December 16, 2009. Philippine authorities started evacuating about 50,000 people from around the country's most active volcano on Tuesday as it spewed burning mud and rocks. Mayon volcano, famed for its near-perfect cone shape in a coconut-growing region of the central Philippines, started to release lava early this week and vulcanologists are expecting a major eruption in the next few days. REUTERS/Erik de Castro (PHILIPPINES - Tags: ENVIRONMENT DISASTER ANIMALS AGRICULTURE)







Letusan gunung berapi Mayon dijangka berterusan
LEGAZPI, Filipina 16 Dis. – Aliran lahar terus menyusuri kaki gunung berapi Mayon hari ini ketika pakar kerajaan memberi amaran ia mungkin terus meletus selama berbulan-bulan, sekali gus memaksa ribuan penduduk di perkampungan sekitarnya terpaksa menyambut Krismas di pusat pemindahan.
Lima letusan kecil dikesan di puncak Mayon pagi tadi, kali terakhir dengan pancutan debu setinggi 500 meter ke udara, kata pakar gunung berapi, July Sabit.
“Aliran lahar dan ketulan panas masih berlaku. Ia adalah sebahagian daripada aktiviti letusan gunung berapi. Kemungkinan besar ia akan meletus selama beberapa bulan,” ujarnya lagi.
Katanya, letusan kali terakhir Mayon pada 2006 mengeluarkan lahar dan debu selama dua bulan namun tidak menyebabkan kemalangan jiwa.
Bagaimanapun debu gunung berapi yang terkumpul menyebabkan tanah runtuh yang membunuh lebih 1,000 orang pada 2006 akibat hujan yang dibawa oleh Taufan Durian di kawasan sama.
Kerajaan telah memindahkan kira-kira 6,000 keluarga di perkampungan petani di kaki Mayon dan berharap dapat membawa keluar seramai 4,000 keluarga lagi dalam masa dua hari.
Institut Gunung Berapi dan Seismologi Filipina meningkatkan paras amaran Mayon ke Tahap Tiga kelmarin, selepas lahar dilihat melimpahi kawahnya dan pemindahan dimulakan serta-merta.
Tahap Tiga daripada lima bermakna letusan berbahaya akan berlaku dalam masa terdekat.
Mayon yang berada di kawasan pertanian 330 kilometer dari tenggara Manila, telah meletus sebanyak 48 kali sejak rekod mula dicatatkan dan telah meragut beribu-ribu nyawa.
Pada 1814, lebih 1,200 orang terbunuh apabila lahar menenggelamkan bandar Cagsawa. – AFP


















minta tolong klik link dibawah….
http://jutawanklik.com?a_aid=9420077a
By: lily on Disember 17, 2009
at 9:05 am