Posted by: pinkturtle2 | Disember 26, 2009

Pimpinan Pak Lah menerima bayaran RM270 bilion daripada Petronas – Tun M

Lima tahun rejim Tun Abdullah menerima sebanyak RM270 bilion daripada Petronas sedangkan dalam tempoh 22 tahun saya memerintah, syarikat minyak itu membayar sebanyak RM126 bilion - Tun M

Jangan Siasat Saya Sahaja – Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR: Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu siasatan turut dijalankan ke atas kerajaan pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menerima bayaran sebanyak RM270 bilion daripada Petronas sepanjang lima tahun pemerintahannya sebagai Perdana Menteri.

Dr. Mahathir berkata, siasatan itu perlu menjurus kepada ke mana wang sebanyak itu dibelanjakan sedangkan yang digembar-gemburkan hanyalah ‘koridor kosong’ di sana-sini.

“Lima tahun rejim Tun Abdullah menerima sebanyak RM270 bilion daripada Petronas sedangkan dalam tempoh 22 tahun saya memerintah, syarikat minyak itu membayar sebanyak RM126 bilion,” tegasnya dalam blog popular beliau, Che Det di sini.

Baru-baru ini, Dr. Mahathir mencabar kerajaan menubuhkan suruhanjaya bebas bagi menyiasat dakwaan bahawa beliau ‘menghilangkan’ RM100 bilion sepanjang 22 tahun pemerintahannya seperti yang didakwa dalam buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, karangan Barry Wain.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, orang ramai berhak mengetahui bagaimana wang sebanyak itu digunakan oleh kerajaan Tun Abdullah termasuk projek-projek yang telah dibiayai dengannya.

Beliau mempersoalkan tindakan meminjam dana daripada China bagi membina Jambatan Kedua Pulau Pinang.

“Saya tahu banyak usaha dilakukan untuk menyiasat sama ada saya ada menyalahgunakan wang kerajaan tetapi tidak berjaya lalu dibuhkan Surujanjaya Diraja dan menuduh saya dipengaruhi pihak tertentu dalam pelantikan hakim-hakim,” jelas beliau.

Beliau menegaskan mempunyai hak untuk membersihkan namanya termasuk Tun Abdullah juga dengan cara kerajaan perlu membuka semua ruang siasatan tanpa melindungi sesiapa atau apa-apa sekalipun.

“Kerajaan telah berjanji mahu telus dan mereka perlu membuktikan janjinya itu,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, dalam buku karangan Wain yang menggelar bekas Perdana Menteri itu sebagai ‘penyeleweng’, Dr. Mahathir mengakui kerajaannya ada kehilangan wang tetapi bukan seperti yang didakwa.

Kata beliau, pada ketika itu kerajaan mungkin kehilangan kira-kira RM10 bilion melibatkan kes seperti pembelian timah daripada spekulator di pasaran dunia, tindakan Bank Negara memperdagangkan mata wang asing – kerajaan bertindak memberhentikan urus niaga itu – dan kerugian oleh Bank Bumiputera di Hong Kong.

“Saya tak fikir jumlah itu lebih RM10 bilion, jika kita hilang RM100 bilion maka kerajaan memang dalam masalah yang sangat besar,” katanya lagi.

Tambah beliau, terdapat tahun-tahun tertentu pertumbuhan ekonomi negara amat teruk tetapi kerajaan tidak pernah gagal memenuhi komitmen kewangannya termasuk melunaskan hutang.

Pembangunan banyak projek, katanya lagi, sememangnya memerlukan wang yang banyak dan tetapi kesemuanya dapat dinikmati oleh rakyat termasuk projek Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar KLCC, Menara Kuala Lumpur (KL), Lapangan Terbang Antrabangsa KL, Pelabuhan Utara dan Barat di Klang, komuter, Transit Aliran Ringan dan monorel.

Selain itu, tambahnya, rangakaian lebuh raya, tren elektrik dan landasan berkembar, Putrajaya, Cyberjaya, pembangunan Langkawi, Proton, Modenas, loji pembuatan cip Silterra dan lain-lain.

“Jadi saya tak fikir Barry Wain merujuk kepada projek-projek itu ekoran dakwaan kehilangan RM100 bilion itu,” ujar beliau.

http://mstar.com.my

About these ads

Responses

  1. Aslkm,

    Kita tak pasti pulak mamat Barry tu merujuk 100 billion tu dari mana… tapi kalau guna akal aku yang tak berapa panjang ni.. ada logik juga la kalau 100 billion tu turut melibatkan segala projek…

    Kalau projek sekolah 100juta jadi 150 atau 200 juta dan sebagainya, maka tak heran juga la ia akan mencecah 100 bilion selama 22 tahun…

    Memang TDM baguih jugak sebab tak lupa buat pembangunan tapi kalau 100 billion tu di belanja ke jalan yang benar, aku yakin tak ada lansung anak Malaysia yang miskin tegar atau taraf miskin… kampung kampung kat negara kita semua boleh ada jalan tar… termasuk kampung kat sabah sarawak…

    Tak perlu lagi orang sana mengeluh naik bot atau jalan kaki… 100 billion duit rakyat masuk poket puak BN…. silap silap TDM and family is richer than Robert Kuok…. kalau guna proksi sana sini susah nak trace kan.. kan..

    TDM ni busuk hati… kalau dah benci… DSAI dgn Pak Lah pakai perfume pun dia kata bau tahi… tak habih habih nak burukkan nama depa nih…

    Pak Lah jadi PM ada juga Pak Lah bagi dia jadi chairman Petronas… tak pandai bersyukur tapi pandai cukur orang… kepada yang selalu puja dan puji dia tu.. tolong buka mata sikit…

    TDM … TDM… berenti berenti la… dulu aku respek , tapi la ni… hang boleh blah daaa…

    • Bismillah~~
      ULASAN II~
      TAHUKAH ANDA ? WAHAI MALAYSIA YANG KAYA (?) !

      Ramai orang tidak tahu tentang banyaknya satu billion itu. Berapa angka kosongnya ? Akhbar dan media massa hanya tulis huruf “billion” dalam bahasa Inggeris dan bilion dalam bahasa Melayu sahaja.

      Kamus DBP : 1. US & UK bilion) ; 2. (Often in pl) indefinitely large number, berbilion-bilion. Tidak digambaarkan dengan tepat pemakainnya.

      Inggeris asalnya memakai dua belas kosong (1,000,000,000,000) makala Amerika sembilan kosong (1,000,000,000). Malaysia sekarang ikut siapa ? sembilan kosong.

      Otak kita sukar membayang angka yang besar seperti seratus bilion atau 100,000,000,000. Berapa banyak sebenarnya ?.

      Agar otak jadi cerah maka kita kena kira dengan berbagai cara dan rujukan. Satu daripadanya ialah dengan mengukur wang seringgit yang disambung..
      Seringgit panjangnya ialah 4.45 inchi. Jadi, jika satu bilion atau 1,000,000,000/= bererti panjangnya ialah 4,450,000,000″ X 100 =445,000,000,000″ panjang wang seringgit itu jika disambung.

      Bumi ini lilitnya ialah 25,000 batu (miles). Sebatu panjnagnya 1760 ela dan kali pula dengan 36″.

      KIRALAH BERAPA KALI LILITAN BARU SELESAI. ?
      SATU BILION LILITANNYA TIGA + KALI DUNIA.
      JADI, JIKA 100 BILLION BAGI MAHATHIR DAN 270 BILION BAGI ABDULLAH BADAWI MAKA ANGKA MASING-MASING ITU DIKALI TIGA + MAKA BERAPA BANYAK WANG ITU, DIBAYANGKAN DALAM OTAK WAHAI PEMBACA YANG BUDIMAN ?

      2. MENGAPA MAHATHIR TIDAK MENDIRIKAN HOSPITAL TERAGUNG DI DUNIA. ? MAHATHIR SEORANG DOKTOR DAN “PEMENGANG WANG” SERTA SEBAGAI PM YANG BOLEH DISEBUT KUASANYA “TIGA DALAM SATU”.

      MENHGAPA RAMAI PEMIMPIN MALAAYSIA APABILA SAKIT DAN RASA MAHU “MATI” MEREKA PERGI KE SINGAPURA DAN LUAR NEGERI ? …NALURI MEREKA “MACAM GAJAH” IAITU APABILA RASA MAHU MATI MEREKA CEPAT PERGI KE GUA TERTENTU,..MENYOROK GADING.
      WAHAI MALAYSIA !

      MENGAPA TIADA PERUBATAN PERCUMA (FREE) ? ; MENGAPA TAIADA AIR BERSIH PERCUAMA ? MENGAPA TIADA PENDIDIKAN PERCUAMA ?
      PADAHAL ALLAH MEMBERIKAN BERBAGAI BAHAN ALAM UNTUK MANUSIA SEJAK DUNIA SEJAK NABI ALLAH ADAM LAGI.

      KESIMP[ULANNYA bahawa ‘keputusan politik ” sering MEMNGHASILKAN AKIBAT iaitu BENCANA PENDERITAAN DAN KEMISKINAN YANG BERANATAI KESEMUA SEKTOR KEHIDUPAN.yang demokrasinya diragui ~ahmad 291209..

  2. Salam,

    Alahai TDM
    TDM dah bersara

    dok meratuih
    dok beletiaq
    dok tak puaih hati
    dok perasan
    perasan PM lagi

    dah lah TDM
    Dok kalut pasai duit
    Kisah dlm. kelambu kluaq
    Terbakaq habih

    Kot2 la
    Pi dakwah ka
    Pi tarbiah ka
    Pi baca khutbah ka
    Pi dok semejid ka

    Tak bleh tak bleh
    Dah gelong
    Dah nyanyok
    Dah laeih
    Tak sama TGNA
    Tak byk baca
    Dok banyak kira
    Dok byk. korek korek
    Bilion billion……

    Hijau kena bisek
    Bisek kat telinga
    Plan2 bisek bagi sedaq

    “”rumah keriau pi
    kuboq sini mari””””

    ‘””those are the day’s”””

    • amboi2 great chief………..

      lani komen pun dah terikut2 ngan
      IJAU TAIK PLIAQ.

      he he he

      • salam 1 malaysia
        hehehehe…macam biasa tengok je ayat macam tu,tapi di mana ya??

      • salam,

        dlm. kandaq penuh taik
        budak2 dok bergolomiang
        kalau krebau berkubang

        “”perangat kuah nasi kandaq sat
        lagi perangat lagi ummpph”””

  3. BISMILLAHIRRAHMANNIRAAHIM!

    1~ BENCANA kian kencang. KEBENARAN adalah daripada ALLAH, Al-HAQ. Lihat Al Baqarah 43 ; 147 ; Al-Imran ; Yunus 94.

    Al-Isra (Bani Israel) 81 : “Katalah telah datang KEBENARAN (haq) dan telah musnah Kebathilan”
    Lihat dan baca : Saba 49 dan Sad 84.
    Bawa dalam solat hajat dan sunat supaya yang bathil cepat musnah. Kami sudah baca ini hampir dua tahun yang lalu.

    2~ Tsunami dan gempa dan banjir dan penyakit memusnahkan kekotoran dan kemungkaran. Ramai kena dan akan kena sapu akibat yang dibuat oleh kekotoran tangan mansuai yang jadi pemimpin dan pengikut yang membabi buta. Mereka tidak “menegur” dan mengubah.
    Perhati dan dengar : Malah sekarang secara langsung “mulut-mulut” pemimpin sudah membuka pekungnya sendiri. Apa yang tersirat nampak jantan betinanya. ALLAH MAHA KUASA DAN mengetahui.

    Dunai ini musnah adalah disebabkan oleh “keputusan politik” Sebagai satu daripada ribuan keputusan ialah PERANG. Pemimpin yang mengistiharkan perang, bukan ? Bukan askar atau rakyat matrhaen.

    3~ Kapitalis guna UMPAN dengan projek bersisikan senarai jualan barangan mereka. Atas nama pembangunan dan AID kepada negara ketiga.

    4~~ORANG POLITIK dan pasukan keselamatan jadi ALAT dengan upah dan dalal yang lumayan.
    Allah mengazab mansuia yang ingkar dan mungkar di dunia lagi sebelum azab yang lebih teruk dan di akhirat. Lihat dan Surah Sajdah 21.
    _ahmad. 271209.

  4. salam adik beradik………….

    income malaysia ni kalau agih sorang 5K sebulan pun dgn jumlah penduduk yg sikit masih ada baki lagi kalau takat nak buat projek tu di sana sini……..

    tapi bagi kat puak-puak penjarah ni satu kapal chindabaram pun tak cukup…….anak melayu dok merempat cari kereja…….kerja kosong dibeku…….nak sekolah pun macam-macam yuran nak kena bayaq……..cukai pula naik tak tentu pasai…….cukai pendapatan laa….cukai perkhidmatan laaa……..cukai pintu laa…….indah water laa dan tah apa-apa lagi…….penattttttt.

    tu tak kira duit ayaq, api, anak nak sekolah…….kalau ada lima nam orang anak……..boleh demam……punggahhhhhhhh…….

    Tapi senang-senang puak-puak penjarah di atas sana tu perabih duit negara macam duit mak bapak depa……..macam laa rakyat m’sia ni kebuloq sangat dgn projek n pembangunan tak tentu arah tu…….bila duit dah hanguih…..baru ungkit sana ungkit sini……tuduh sana tuduh sini……tuding sana tuding sini…….coba duit tu dulu berhemat sampai sekarang…….tak laa anak cucu dok menyumpahhhhhhh macam laa ni…….

    M’sia ni lingkup bila pemimpin ………

    – x ada iman
    – x ada maruah
    – x ada rasa malu
    – mau kemegahan duniawi
    – sentiasa berdendam sesama pemimpin
    – tamak haloba
    – kibriya’ aka berasa diri besaq
    – menunjuk-nunjuk dgn kekayaan palsu
    – rasuah
    – tidak amanah…………….

    ANAK CUCU KITA LAA KENA SURVIVE BILA NEGARA DIKUASAI OLEH ORANG-ORANG MACAM NI………….
    CARILAH PRIBADI MCM TGNA……..sederhana dlm semua hal…..itulah uswah hasanah yg ada di malaysia takat laa ni…….pelajari dan contohilah……….

    TIADA AMANAH TIADA SEGALANYA……….

  5. Dalam Islam, pesanan Nabi agung kita untuk umatnya ialah AMANAH. Tak guna kita solat sehari 5 waktu kalau kita tidak mampu beramanah.
    Tiada pemimpin yang baik atau agung jika dia tak amanah. Jadi tanya kepada Che Det, adakah dia seorang yang amanah? Jangan dok menuding jari dan menyalahkan Pak Lah atau Tok Jib. Kalau dia tak mampu beramanah, maka tak usahlah beliau dok hujah lagi. Kalau kita tiada integriti, maka kita tidak layak untuk menuduh orang lain tiada integriti.
    AKU hanya kasihan melihat anak cucu kita akan merempat di negara sendiri akibat dan angkara pemimpin yang tidak beramanah ni. Bagi puak munafikun, soal ini tidak penting, yang penting ialah KUASA. Pedulikan amanah tu, …… fikir-fikirlah sendiri wahai melayu kita.

  6. aku sokong dr M…siasat secara telus…dr M semua dah tahu…bekas Pm…memang beliau bagus…pengkritik hanyalah penulis lirik yang tak ada noktahnya…ashik kritik ajer…sampai hilang kebaikan…salam

  7. Ini lah akibat dibawah pemerintah BN.
    Pandai memerintah ke macam ni

    Seorang pM boleh ambil berbilion
    kalau ahli umno dapat juag ke?

    minta budak tadika bodoh jawab.
    babi, celaka, haram jadah, anak haram

    marah pasail pemimpin BN makan rasuah
    tapi tiada siasatan

    Rakyat didahulukan
    piraaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

    Bagus orang umno makan babi

  8. Barua barua umno akan pertahankan pemimpin umno yang makan rasuah
    Mathir tak makan rasuah
    Lah pun tidak makan juga

    Oiiiii Haramjadah umno
    kalau nak kaya jangan makan rasuah
    Duit rakyat pun nak dikebas
    apa la umno ni

    Ingat lah, dah tua nak mampus
    Tapi orang umno akan pertahankan juga

    Ini semua dunia sahaja.

  9. gunakan bahasa indah indah baru ada daya tarikan untuk membacanya…sumpah seranah org islam takguna dah…kata nista tu bahasa syaithan…sampai bila pun standard maki hamun tak digunakan abad ini…itu zaman jebat…baliklah kawan keasal…salam

  10. umno tu parti ajer…diri empunya diri kena suci dulu baru sikap akan berubah…eloklah bg najib perentah…aman jugak msia…diapun manusia sama jugak tgna…salam

  11. salam,

    Firaun pon memerintah juga.Dia pon manusia juga
    macam najib dan tgna….

  12. ULASAN II~
    TAHUKAH ANDA ? WAHAI MALAYSIA YANG KAYA (?) dan SIAPA SEBENAR YANG MENGAUT UNTUNG ?

    Ramai orang tidak tahu tentang banyaknya satu billion itu. Berapa angka kosongnya ? Akhbar dan media massa hanya tulis huruf “billion” dalam bahasa Inggeris dan bilion dalam bahasa Melayu sahaja.

    Kamus DBP : 1. US & UK bilion) ; 2. (Often in pl) indefinitely large number, berbilion-bilion. Tidak digambaarkan dengan tepat pemakainnya.

    Inggeris asalnya memakai dua belas kosong (1,000,000,000,000) makala Amerika sembilan kosong (1,000,000,000). Malaysia sekarang ikut siapa ? sembilan kosong.

    Otak kita sukar membayang angka yang besar seperti seratus bilion atau 100,000,000,000. Berapa banyak sebenarnya.

    Agar otak jadi cerah maka kita kena kira dengan berbagai cara dan rujukan. Satu daripadanya ialah dengan mengukur wang seringgit.
    Seringgit panjangnya ialah 4.45 inchi. Jadi, jika satu bilion atau 1,000,000,000/= bererti panjangnya 4,450,000,000″ X 100 =445,000,000,000″ panjang wang seringgit itu jika disambung.
    Bumi ini lilitnya ialah 25,000 batu (miles). Sebatu panjnagnya 1760 ela dan kali pula dengan 36″.

    KIRALAH BERAPA KALI LILITAN BARU SELESAI.
    SATU BILION LILITANNYA TIGA + KALI DUNIA. JADI JIKA 100 BILLION BAGI MAHATHIR DAN 270 BILION MAKA KALI TIGA + , BERAPA BANYAK WANG ITU, WAHAI PEMBACA YANG BUDIMAN ?

    2. MENGAPA MAHATHIR TIDAK MENDIRIKAN HOSPITAL TERAGUNG DI DUNIA. mAHATHIR SEORANG DOKTOR DAN PENGANGA WANG SERTA SEBAGAI PM.

    MENHGAPA RAMAI BILA MAHU MATI PERGI KE SINGAPURA DAN LUAR NEGERI ? …MACAM GAJAH APABILA MAHU MATI MER EKA PERGI KE GUA TERTENTU..MENYOROK GADING.
    WAHAI MALAYSIA !

    MENGAPA TIADA PERUBATAN PERCUMA (FREE) ; MENGAPA TAIADA AIR BERSIH PERCUAMA ? MENGAPA TIADA PENDIDIKAN PERCUAMA ?
    PADAHAL ALLAH MEMBERIKAN BERBAGAI BAHAN ALAM UNTUK MANUSIA SEJAK DUNIA SEJAK NABI ALLAH ADAM LAGI.
    KESIMP[ULANNYA ‘keputusan politik ” sering MEMNGHASILKAN AKIBAT BENCANA PENDERITAAN DAN KEMISKINAN YANG BERANATAI KESEMUA SEKTOR KEHIDUPAN. ~ahmad 291209.

  13. salam……….

    aku tengok semua posting bab ni ………tapi budak tadika tak nampak pun masuk buat kacau kat sini……..

    dia sereyau kot ngan angka billion-billion ni……maklum lah tak berapa reti nak kira sangat jumlah macam nie….atau dia redho ngan apa yg berlaku atas pembaziran seperti tuduhan Mat Barry Wain tuu???????……..aku harap sangat laa kalau dia nak kelentong lagi kat sini……sekadaq budak-budak tak reti kira duit banyak……..bagi dua tiga kupang dah laa buat dia beli coklat…….

    kehilangan seratus billion tu tidak kena mengena dengan segala macam projek yg dibangunkan……….

    kehilangan 100 billion sprti kata Mat Barry Wain tu….adalah kehilangan tunai bukan besangkut ngan projek tu kot…….sapa-sapa boleh bagi komen dak pasai ni……….

    sekadaq hilang saja bukan pi mana pun…….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 62 other followers

%d bloggers like this: