Posted by: pinkturtle2 | Mac 12, 2010

15A : Habibah Hanan, Pelajar Paling Cemerlang SPM 2009

Habibah Hanan Adalah Pelajar  dari Sek Men Ugama (A) Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu

Habibah Hanan Pelajar Terbaik SPM Peringkat Kebangsaan 2009

KOTA BHARU: “Saya jadikan Nik Nur Madihah sebagai idola untuk berjaya dan hasilnya terbukti sebaik mendapat keputusan cemerlang 15A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan semalam,” kata Habibah Hanan Mat Yusoff, 18.

Habibah Hanan menjadi pelajar terbaik di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) apabila memperoleh keputusan cemerlang 15A termasuk 10A+ dalam peperiksaan diumumkan, semalam.
Kejayaan Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal yang memperoleh 20A dalam SPM 2008 tahun lalu dijadikan idola serta pembakar semangat kepada pelajar Maahad Muhammadi Perempuan (MMP).
“Walaupun tidak sehebat pencapaian Nik Nur Madihah yang memperoleh 20A, tetapi saya sudah berusaha sebaik mungkin untuk mencapai keputusan terbaik bagi diri saya dalam SPM 2009.
“Usaha gigih saya selama ini membuahkan hasil kerana dinobatkan sebagai pelajar cemerlang seperti kejayaan dikecapi Nur Madihah tahun lalu,” katanya, semalam.
Habibah Hanan yang diumumkan sebagai pelajar cemerlang MMP menerima keputusan slip peperiksaan SPM serta hadiah wang tunai RM500 yang disampaikan Pengarah YIK, Ahmad Robert Abd Rahim.

Habibah berkata, kesabaran belajar tanpa mengira waktu dan mendapat dorongan daripada ibu bapanya, selain sokongan guru dan rakan membantunya merealisasikan impiannya.
Katanya, kejayaan itu disokong dengan kesabarannya mengulang kaji pelajaran serta bijak membahagiakan masa.

Harian Metro
………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Biasalah kalau ingin berjaya, kita kena ikutilah jejak langkah mereka yang telah berjaya. Saya mengetahui cara belajar Kak Fatimah, Kak Madihah dan Kak Amalina belajar.Saya cuba mengikuti cara mereka dan kalau tidak sesuai saya akan membuat kaedah sendiri - Habibah Hanan Mat Yusof

Tahniah…SPM: 2 pelajar Maahad Muhammadi dapat 15A

Pelajar-pelajar sekolah agama di Kelantan terus mengungguli pencapaian dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 apabila seorang pelajar mendapat 12A+. Pelajar terbabit, Ahmad Harith Zabidi Azhar dari Maahad Muhammadi Lelaki itu juga mendapat 2A dan 1A menjadikan pencapaian keseluruhan 15A.
Manakala Habibah Hanan Mat Yusof dari Maahad Muhammad Perempuan pula mendapat 10A+ di mana jumlah keseluruhan subjek (15A).  Pencapaian bagi kedua-dua sekolah tersebut ialah 100 peratus.

Keputusan SPM bagi sekolah bagi Maahad Muhammadi Perempuan diumumkan Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Ahmad Robert Abdul Rahim pagi tadi. Pengumuman di Maahad Muhammadi Lelaki dilakukan pengetuanya, Azhar Salleh petang ini. Seramai 385 calon menduduki peperiksan SPM di Maahad Muhammadi Perempuan. Daripada jumlah tersebut seorang mendapat 15A, 14A (1), 13A (1), 12A (9), 11A (9), 10A (13) dan 9A (22).Di Maahad Muhammadi Lelaki, seramai 359 pelajar menduduki SPM tahun lepas, di mana keputusan keseluruhan tahun ini meningkat.

Keputusan tersebut iaitu seorang pelajar mendapat 15A, masing-masing seorang mendapat 14A dan 13A, 12A (5), 11A (10), 10A (14) dan 9A (20). Sementara itu, Habibah Hanan yang juga pelajar terbaik Maahad Muhammadi Perempuan mendedahkan rahsia kejayaannya dengan mengikuti kaedah yang digunakan pelajar yang telah berjaya sebelum ini.

“Biasalah kalau ingin berjaya, kita kena ikutilah jejak langkah mereka yang telah berjaya. Saya mengetahui cara belajar Kak Fatimah, Kak Madihah dan Kak Amalina belajar.

“Saya cuba mengikuti cara mereka dan kalau tidak sesuai saya akan membuat kaedah sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita.

Beliau mengakui, pelajar cemerlang SPM 2008 peringkat negara, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal sebagai idolanya untuk mencapai kecemerlangan. Pelajar berasal dari Jalan Bayam, Kota Bharu merupakan anak bongsu daripada 10 beradik. Ayah dan ibunya merupakan pesara guru.

Ditanya ke mana akan melanjutkan pengajian selepas ini, beliau memberitahu akan berbincang keluarga dan guru terlebih dahulu. “Namun saya minati Fizik, tetapi saya tidak mendapat A+. Selain itu saya juga meminati bidang kehakiman. Bagaimanapun keluarga meminta saya menyambung pengajian dalam bidang perubatan,” katanya.
Tahun lepas Nik Nur Madihah juga dari Maahad Muhammadi Perempuan muncul pelajar terbaik SPM peringkat kebangsaan apabila mendapat 20A. Harakah

About these ads

Responses

  1. tahniah???????????????
    Allah sentiasa bersama orang-orang rajin berusaha sprt anda?

    • betul2..

  2. tahniah?????????????

  3. Taniah !!!!………….
    dari abang NK

    Pakatan Rakyat menang lagi……….
    dua tahun PR mencatat kemenangan akedemik kebangsaan……..
    2 tahun jugak kelantan mengungguli dunia akademik ini………

    kelantan still dok go….. dok go
    masih gah dan gagah………..

    dak tadika saja buta………buta akai…buta perut
    …..ada kaitan laa…….negeri barakah…..
    Tok Guru still reliable 2 run the show…..still reliable…………………..no reason to quit the post daaa…….

    adik bibah………
    pesan abang………
    belajar laa elok-elok…rajin-rajin…biar ada misi dan visi………
    biaq ada hala tuju…..
    kuatkan iman……..pertahankan ISLAM dengan jujur……..

    see u

  4. tahniah la drpd abang kelabu……..

    adik habibah…….. tak lama lagi mai la pak din muka sembab ngan stopa mamat bak hadiah2
    n tawaran yang berbacam2 bersama borang puteri umngok.

    adik amik la tawaran tu ……… lagipun bukan gheta mak bapak depa……. tapi awas…….
    adik jangan kotoqkan tangan ngan sentuh borang puteri jambantaik tu………. najis.

    he he he
    abang kelabu bergurau sambil nasihat.

    • hehehe….betooolll!!!

  5. tahniah buat akak..hrp akk b’sykr dgn sgla yg dtgnya dr allah..moge kjyaan akk m’bri seribu rhmt..doakn kjyaan sy..alaiki binnajah..salam

  6. salam….

    Terlebih dahulu ucapan tahniah wat adik Habibah……
    mohon jasabaik sesiapa yg menpunyai contact no. pelajar ini utk saya hubungi beliau….

    terimakasih

    • untuk ape ek..

  7. Tahniah buat adek Habibah.
    Ini yang dikatakan pelajar cemerlang dunia dan akhirat. Benar2 cemerlang.

    Sewajarnya keputusan cemerlang seperti ini dinobatkan sebagai pelajar2 contoh.

    Mereka bukan sahaja perlu survive untuk mendapat cemerlang dalam subjek akademik, tetapi mereka juga telah membuktikan mereka mampu meletakan subjek yang ada hubungkait dengan agama Islam setaraf dengan subjek akademik.

    Malangnya kerajaan UBN tidak pandang keupayaan itu semua. Bagi kerajaan UBN, kejayaan dalam akademik lebih didahulukan berbanding dengan subjek keagamaan Islam.

    Dalam satu waktu yang lain kerajaan UBN mendambakan rakyat berakhlak dan berperkerti mulia konon mau melakarkan Malaysia menjadi negara Ulul alBab. Poooorahh !!!…

    Kalau gadis muslim didorong belajar dan dididik seperti Habibah dan Madiha, kerajaan UBN tentu sukar mendapat ahli puteri Umno.

    Puteri Umno sebahagiannyalah yang menceriakan apa juga aktiviti Umno dan mudah digauli. Bahkan ada diantara mereka dijadikan gundek oleh pemimpin Umno baik diperingkat Bahagian, Negeri dan Pusat. Apa moral adab dan akhlak yang nak dididik oleh Umno?.

    Sebab itu, kalau boleh kementerian Pelajaran akan berusaha sedaya upaya mencari tokoh pelajar cemerlang bukan dari pelajar sekolah agama. Keputusan 10A akademik lebih dimegahkan dari 15A dari sekolah Aliran agama.

    Apa ada dengan agama! yang katakan kolot, tak menjana kepada ekonomi negara, semata2 persediaan masuk kubur sahaja. ALaaahai…berjuang demi agama dan bangsa!

  8. salamm…

    alhamdulillah…tahniah kpd sdik habibah..tahniah jga kpd ibubapa adik,tahniah jga kpd guru2,ustaz & ustazah yg mendidik adik habibah dan x lpa jga tahniah kpd tuan guru haji nik abdul aziz bin nik mat kerana doa dari seorng tok guru lbh baik dri seorng pemimpin sekular..apa2 pon..tahniah..tahniah..tahniah jga kpd kerajaan dn rakyat negeri kelantan yg menjadikan umat dinegeri dibawah payung naungan ALLAH subhanawataala..cuma aku sahaja yg dilahirkan dibawah payung naungan UMNGOKK johor al-karat bin al- totoki..

  9. …tanniah kepada habibah kerana berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang dlm spm ….saya harap saya akan mencapai kejayaan seperti anda juga suatu hari nnti..saya ingin sekali nak mrasa kemanisan kejayaan itu..

  10. tahniah……….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 62 other followers

%d bloggers like this: