Posted by: pinkturtle2 | Januari 18, 2011

Kejatuhan Diktator Ben Ali membuka lembaran baru sejarah Tunisia..

‘Berhala’ Besar Tunisia Tewas Di Tangan Penjual Sayur!

Kebiasaannya, sesuatu peristiwa besar seperti revolusi dicetuskan oleh tokoh besar masyarakat atau pemimpin agung.

Namun siapa sangka, kebiasaan itu tidak berlaku dalam Revolusi Rakyat di Tunisia baru-baru ini yang menyaksikan penggulingan diktator, Ben Ali.

Siapa sangka, pencetus revolusi besar dan bersejarah dalam dunia Arab moden itu, hanyalah seorang penjual sayur.

Akibat kecewa dengan salah guna kuasa kerajaan pimpinan Ben Ali dan gejala pengangguran di Tunisia, seorang pemuda yang bekerja sebagai penjual sayur, Muhammad al-Buazizi, yang juga graduan universiti bertindak membunuh diri dengan membakar dirinya.

Kejadian tragis ini telah mencetuskan Revolusi Rakyat Tunisia yang menyaksikan kejatuhan Ben Ali,74 yang berkuasa sejak 1988-2011.

Ben Ali ‘Berhala’ Terbesar

Menariknya,kejatuhan Ben Ali ini dianggap oleh ulama terkenal dunia, Syaikh al-Qaradhawi sebagai kejatuhan ‘taghut dan berhala terbesar, (bernama) Hubal”.

(Hubal adalah salah satu berhala yang disembah orang-orang Arab sebelum Islam. Ia berbentuk manusia yang patah lengannya, lalu orang-orang Arab membuatkan untuknya lengan daripada emas).

Beliau juga mengumpamakan orang-orang kanannya sebagai berhala al-Lat, al-‘Uzza dan Manat yang menjadi sembahan orang-orang Arab jahiliah.(Lihat http://www.onislam.net/arabic/newsanalysis/special-folders-pages/tunisia/127860-2011-01-16-10-12-27.html)

Jika dilihat rekod Ben Ali sepanjang memerintah Tunisia, kita dapat memahami mengapa beliau dianggap sedemikian oleh ulama terkenal itu.

Semasa pemerintahan beliau, wanita-wanita Tunisia dilarang mengenakan tudung di tempat-tempat awam, sekolah dan universiti serta pejabat-pejabat kerajaan.

Beliau juga mewajibkan ‘Sistem Kad’ bagi sesiapa yang bersolat di masjid. Melalui sistem ini, setiap orang yang bersolat di masjid diberikan kad yang akan ditandatangani sebelum solat dan sebaik sahaja selesai bersolat.

Masjid juga hanya dibuka beberapa minit sebelum solat dan ditutup segera sebaik selesai solat.

Bagi tokoh akademik dan pemikir Tunisia, Nuruddin Mukhtar al-Khadimi, kejatuhan Ben Ali akan menumbuhkan semula ciri-ciri keislaman Tunisia yang sekian lama ditekan oleh Ben Ali sepanjang 23 tahun memerintah secara kuku besi.

Kejatuhan Ben Ali yang memenangi Pilihanraya Presiden Tunisia dengan mendapat 99.02% undi itu, dijangka membuka lembaran baru sejarah Tunisia!

http://warisansemasa.blogspot.com

About these ads

Responses

  1. Kalau Syeikh Qardhawi menganggap Ben Ali sebagai ” Taghut dan Berhala besar” dengan perilaku dan peraturan yang dikenakan kepada rakyat Tunisia, maka Ben Ali dengan kuasa yang ada padanya itulah sifat Taghut.

    Taghut mengikut tafsir Pimpinan Rahman dalam surah An Nahl ayat 36 memberi tafsiran: ialah syaitan, berhala, dan apa saja yang menyesatkan.
    Ben Ali telah memerintahan wanita-wanita Tunisia dilarang mengenakan tudung di tempat-tempat awam, sekolah dan universiti serta pejabat-pejabat kerajaan.

    Telah mewajibkan ‘Sistem Kad’ bagi sesiapa yang bersolat di masjid. Melalui sistem ini, setiap orang yang bersolat di masjid diberikan kad yang akan ditandatangani sebelum solat dan sebaik sahaja selesai bersolat.

    Sudah tentu juga Ben Ali seorang pemimpin berkuasa yang mengaku muslim tetapi tidak melaksanakan pemerintahannya menurut AlQuran. Menolak tuntutan AlQuran sebagai dasar sebuah kerajaan yang pada majoriti rakyatnya beragama Islam, inilah yang dilebelkan oleh AlQuran sebagai menurut kehendak Taghut.

    Bagaimana pula dasar kerajaan Malaysia dengan sistem pemerintahan yang dilaksanakan pada hari ini. Apakah sistem “Lord Reid” yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia ini tidak menolak AlQuran?.

    Apakah undang2 syariah yang ujud dimahkamah majlis dan jabatan agama Islam di Malaysia lebih besar kuasanya melebihi undang2 yang ditentukan oleh Perlembagaan Malaysia?.

    Apa bezanya masjid di Malaysia dengan masjid di Tunisia yang kononnya diwarwarkan sebagai symbol syiar Islam terulung di nusantara?.

    Yang menjadi lucu dan peliknya, apabila akhbar2 perdana milik Umno, bertaliarus menyiar dan melaporkan berita kejatuhan kerajaan Tunisia, dan bagaimana Ben Ali perdana menteri Tunisia telah lari ke Arab Saudi untuk mendapatkan perlindungan politik.

    Berani sungguh media Umno ini melaporkan dan meyiarkan gambar rakyat Tunisia yang berjaya mencetuskan Revolosi Besar sehingga Ben Ali terguling.

    Atau media kerajaan ini cuba menyindir dan memperlekehkan rakyat Malaysia yang sedang bakal menderita inflasi tertinggi dan peratus pengangguran rakyat yang meningkat dari tahun kesetahun.
    Bolehkah golongan ini bertahan sehingga tahun 2013 ?……..

    • salam Kucing Kota.

      kita tetap bagi salam.
      kat hang.

      sebab dulu2 lah.
      hang dok salam, salam.
      hang dok keluaq hadis.

      hebat hang dulu.
      kalau solat jemaah, hang.
      kena dok baris pertama.
      mai lambat pon, kena langkah lain jemaah.
      nak dok depan.
      hang sondoi saja.

      ni.
      panjang2, sampai kita.
      nak baca pon, bosan.
      sapa tulih, hang copy kat mana.

      sekadaq tak caya lah.
      dari otak celaRu hang.

      • Tu lah kata otak hang memang bengap, pasai hang tak dapat bezakan tulisan Kucing. Kalau orang yang ceredik depa boleh tangkap style dan gaya bahasa sipenulis.
        Sebenagnya cara pikiaq dan perihatin hang hang memang standard mangkuk jamban…. terpaksa kutuk hang pasai tak ceredik2….

        Bodoh hang makin melantun lantun…

      • salam Kucing Kota.

        yang ni baru original.
        baru datang dari minda hang.

        bukang susah sangat, nak tau,
        bila tulihsang ada mangkuk jamban.
        maka sahlah bukang copy.
        original kucing, macam.
        original kfc.
        original milo.
        original nescafe 3 in 1.

        saja nak bagi tau kat hang la.

  2. Petikan dari Malaysiakini:
    ISA SAMAD-Tenang:

    ……….….Tuan-tuan dan puan-puan, jangan percaya Anwar,” kata Isa sambil disambut gelak ketawa daripada hadirin.

    Isa juga tidak melepaskan peluang menyindir PAS yang didakwa cuba menunjukkan DAP sebagai parti yang mesra dengan Islam serta menerima Islam sebagai agama rasmi negara dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

    “Siapa tak boleh terima ini (status Islam dan Bahasa Melayu)? Tak ada siapa-siapa yang mengadu tentangnya. Tuan-tuan dan puan-puan, semua ini boleh diterima sebelum sertai DAP.

    “(Musyidul am PAS) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) lagi gila. Dia kata DAP sudah memahami Islam. Kita sebagai Muslim, kadang-kala tidak berapa faham. Macam mana (pengerusi DAP) Karpal Singh dan (pemimpin veterannya) Lim Kit Siang boleh faham Islam dengan hanya berkawan dengan PAS untuk dua atau tiga tahun? Semua ini penipuan,” kata Isa…..

    Kalaulah betul seperti dilaporkan wartawan maknanya ni seekor lagi manusia BABI yang benar-benar GILA BABI baru terlepas dari kandangnya. Aku berharap dia akan GILA tak lama lagi. Manusia muslim yang menghina agama islam ialah manusia KEPARAT. Pemerintah keparat di Malaysia akan jatuh dalam keadaan yang lebih hina dari Presiden Tunisia KEPARAT tu.

  3. Marcos : Emelda

    Zine el-Abidine Ben Ali di Tunisia isteri : Leila Trabelsi

    Najib : Rosmah

    Isa Samad : Ibrahim Ali

    Mahadhir : Pak Lah

    Samy Vellu : Shahrukh Khan

    Budak Tadika : ………………

    sama je!!!!

    jangan mareee BT ku cayang!

    • KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!!!

    • salam mr. esdi.

      hi, apa dah jadi.
      masuk tak bagi salam.
      orang tulih BABI dan KEPARAT pun, tak tegoq.
      berapa rm, dah dapat.

      kena repot, kat sprm.
      sukusakat jenih malais membaca.
      dok suap mr.esdi.
      bukang dengan nasik kandaq gulai KeLi.
      depa suap dengan rm.

      sekadaq kena guna bahasa baik.
      kalau kita orang Islam.
      tapi, kalau setakat mengaku Islam.
      terjoloqlah jadinya.

  4. bagus gak pakai kad… bole tahu history, siapa yg jaga solat dan siapa yg tak jaga, sapa yg jaga jemaah dan sapa tak jaga.. :)
    aku lum pernah dgr lak presiden Ben Ali larang wanita memakai tudung. mana dapat cerita ini? bukti? dah berpuluh web aku masuk lum pernah dgr lagi, jgn caya bulat bulat,,terutama web dari Syiah yg sesat. sentiasa nak masuk jarum.

    http://abgrara.wordpress.com

  5. salam semua….

    ibn khaldun yg terkenal tu….adalah orang tunisia…
    tapi jenih orang macam Ben Ali ke atawa Habib Bourqiba…..
    tak terpengaruh langsung dengan keilmuan tokoh Islam dan ahli falsafah Tunisia terkenal tu…….
    depa lebih cenderung ikut cara macam turki…
    mcm kamal ataturk….
    cara ataturk mati secara tragis pun depa tak mau ingat kerana menentang islam…..
    abu jahal lah ‘idola’ depa….pasai tu jadi lagu tu…
    laa nie ben ali mintak suaka politik dari arab saudi….
    arab saudi pun sama macam depa jugak….arab saudi nie laa yg mintak amerika jahanam tu menyerang iraq dlm kes perang teluk dulu…

    ibn khaldun dgn ‘muqadimah’nya dah cukup terkenal serata dunia islam….
    jadi ‘rujukan’ di merata varsiti…terutama dlm maudu’ tamadun islam….
    pasai tu tindakan biadap habib bourqiba dulu…sampai sanggup panggil tv depa suruh siarkan yg dia makan tengahari dlm bulan puasa dengan hidangan arak dan berjudi…….satu tindakan yg cukup biadap oleh sebuah negara islam dan memalukan seluruh umat islam sedunia……

    sekarang peralihan kuasa berlaku di sana…..
    jangan bagi ruang kat puak-puak toghut ini kembangkan ideology depa lagi…
    cantaih buang sampai ke akaq umbi…,daulatkan islam sebagai satu cara hidup yg syumul……..

    sarkis di malaisia ni pun hampir sama wajahnya mcm tunisia nie…
    cuma kendoq sikit saja…
    sari dua dulu ada juga dengaq depa buat ‘tiger show’ kat putra jaya….
    apa dah jadi nie….ulama’ depa dah bisu ke?….tak dengaq kata apa pun….

    kah kah kah………..

    • salam nasik kandaq.

      kesianlah kat hang.
      oh sori.
      kitsianglah kat hang.

      hang tulih lagu ni.
      celaRu, haRu, biRu,
      sapa nak paham.

      bila orang tak paham.
      baiklah hang tak tulih.
      seropa tak tulih.

      kata dapat ijazah u. kanada.
      ni ka, standard depa.

      kalau hang pi sana, duit mak ayah.
      kitsianglah kat depa.
      kalau hang pi sana, duit biasiswa (rakyat).
      hang kena mintak halai.
      dari 1Malaysia.

      sekadaq kalau biasiswa, tok kita.
      halailah, sebab hang guna duit cukai.
      yang dia bayaq.

      • aloo budak……..

        hang tak payah kesian kat aku……..
        kesian kat diri hang sendiri lebih aulaa lagi…….
        hang patut kesian kat diri hang sendiri pasai aku tulis mcm tu pun hang dok bengong lagi…….patut pun hang masih dok berkubang kat kelas tadika….pasai tu lambat paham……..dok bengap memanjang………….

        yang patut hang bagi idea pasai tajuk kat atas tu….hang dok menyebok ke lain…dok kacau orang….dok kona ke lain……….
        sejak bila depa lantik hang jadi KPI instructor?……..
        macam nie ke nak berforum……..buat malu sarkis saja……….
        masuk tak kena tempat langsung……….
        pasai tu puak hangpa tak dak teloq n tak dak berani punya nak berdebat…..
        pasai apa nak takut ‘Buku Jingga’ ????……….
        pasai hangpa semua nie dah ‘Ghaplah Jingga’………

        kah kah kah……………

  6. Assalamualaikum mr. BT,

    Ingat bila dah duduk satu bilik forum xperlulah setiap
    kali nak masuk nak kena bagi salam. Tapi seelok salam
    tu dibiasakan berulang-ulang kali pun tak mengapa.
    Salam anak kepada emak bapa, Salam adik beradik,
    Salam suami isteri, Salam kakitangan kepada pegawai
    kendatipun salam murid (tadika) kepada cikgu (tadika).
    Begitulah sebaliknya antara kedua-dua belah pihak.
    Berkat dari salam tu amat besar…..sebaik-baik salam ialah
    “assalamualaikum warahmatullah wabarokatuh”…..
    bukan setakat kata-kata “salam” je.
    Terima kasih atas teguran itu. Tegur menegur adalah
    tanggung jawab kita bersama. “Berpesan-pesan untuk kebaikan”
    Tapi yang dok kata abg esdi makan rasuah tu tak betul.
    Ada bab-bab abg esdi tak tegur kawan-kawan tu bukan bermakna
    abang esdi suka. Bukan pasai terima rasuah dik. Suka tegur adik
    BT ni pasai abg esdi ni cayang kat adik BTlaa. Tu dah kira
    bagus dah tuuu dik. Abang2 yang lain tu biarkan dulu masing-masing
    dah besar panjang. Biar depa fikir-fikir sendiri.

    TQ

    • salam mr. esdi.

      panjang bebenor, mr. esdi.
      tulih.

      ni, dah standard u.
      macam u kat canada.
      alma mater nasik kandaq.

      kita ni, kat tadika.
      kena pendek dan jelas.

      saja nak bagitau kat mr. esdi lah.

  7. MAJLIS BERSAMA ULAMA SYIRIA
    SYEIKH MUHAMMAD KURAYYIM RAJIH
    Syaikhul Qurra’ Asy-Syamiy
    (Ketua Ulama al-Quran di Syiria)

    DI MASJID AL-FALAH USJ 9

    pada :
    RABU , 19 JAN 2011
    LEPAS MAGHRIB
    (jadual asal pada Isnin 17 jan tetapi ditunda ke tarikh baru seperti di atas)

    biodata ringkas : (dipetik dari pada : http://www.islam-dz.com/vb/t1761.html )

    * Lahir pada tahun 1344 h = 1926 m di Hayyul Maidan, Damsyik, Syiria .
    * Mula mempelajari dan menghafaz al-Quran semenjak kecilnya dengan Ibunya sendiri yg seorang alimah.
    * Kemudian berpindah berguru kepada masyaikh , antaranya: Syeikh Yaasin az-Zarzuur, Syeikh Hasan Habannakah (Ulama terkemuka ketika itu), Syeikh Husain Khitab, Syeikh Sulaim al-Hilwaniy (Syeikh Qurra ketika itu).
    * Mendalami pengajian Qiraat Sepuluh Kecil (Toriq Syathibiyyah dan ad-Durrah) dengan: Syeikh Sulaim al-Hilwaniy. kemudian dengan Syeikh Ahmad Sulaim al-Hilwaniy (setelah wafat ayahnya). kemudian dengan Syeikh Mahmud Faiz Ad-Dir ‘Atthoniy dan ramai lagi.
    * Meneruskan pengajian Qiraat sepuluh Besar (Toriq Toyyibah) dengan Syeikh Abdul Qadir Quwaydir .
    * Diisytiharkan sebagai Syeikhul Qurra’ pada tahun 1408 h oleh Syeikh Abdul Razzak al-Halabi (Ulama Besar ketika itu) di Masjid Bani Umaiyyah (Masjid Utama di Damsyik), setelah dipersetujui oleh para Ulama dan para Qurra ketika itu termasuk Syeikh Abul Hasan al-Kurdiy dan lainnya.
    * Kekallah beliau sebagai Syeikh Qurra hingga kini .
    * Beliau menjadi Pakar Rujuk di dalam bidang Qiraat di negara Syiria dan seleruh dunia amnya .
    * Sehingga dengan bantuan beliau terhasilnya kitab: Qiraat Sepuluh yang Mutawatir (dijadikan rujukan utama pengajian Qiraat al-Quran) dan al-Muyassar Qiraat Empat Belas .. lihat gambar di bawah :
    * Karangan beliau : Ringgkasan Tafsir Ibnu Kathir , Ringkasan Tafsir al-Qurthubi, Audhohul Bayan Fis Syarhi Wat Tafsir al-Quran dan lain-lain.
    * Antara murid beliau yang terkenal adalah : Syeikh Muhammad Fahad Kharuf (juga menantu beliau), Taufiq Haddad, Yusof Farih , Muhammad as-Syafii’
    * Giat menyebarkan dakwah : Mengajar di Maahad al-Fath al-Islami di Damsyik (bahagian Takhassus). Memberi fatwa di masjid-masjid sekitar Damsyik , seperti Masjid al-Hasan dan Masjid al-Mansur .
    * Semoga Allah panjangkan umur beliau dan dikurniakan keberkatan dan rahmat Ilahi di dalan usaha dan khitmad beliau untuk Islam dan umatnya , khususnya untuk al-Quran .
    * Diharapkan ziarah beliau buat kali pertama ini akan menghasilkan faedah yang banyak dan berjaya dimanfaatkan oleh umat Islam di negara ini.

    Tuan puan adalah dijemput hadir dan tolong sebar-sebarkan maklumat ini.
    wassalam

  8. salam 1Malaysia aka
    salam TGNA suka.

    Ben Ali.
    diktator negara arab.

    rasanya, rasanya lah.
    kalau puak2 parti arab semalaysia.
    memerintah.
    pemimpinnya, jadi seropa Ben Ali.
    jugak.

    cuma, di sini, sehari dua ni.
    bukan Beng.
    cuma Tapa.

    tu, yang tak gi, tak gi.
    dok tak gi lagi tu.
    ikut budaya Ben Ali lah.
    budaya sapa lagi.

    saja nak bagi persamaan lah.

  9. salamlah juga BT,

    dalam PAS sekurang-kurangnya:

    tak ada manusia mcm rosmah mansor

    tak ada manusia mcm rahim thambi chik
    tak ada manusia mcm abu hassan omar
    tak ada manusia mcm mohammad taib
    tak ada manusia mcm umi hafilda
    tak ada manusia mcm mohd khir toyo
    tak ada manusia mcm shahidan kassim
    kita tak ada manusia mcm isa samad
    tak ada manusia mcm jamaluddin jarjis

    tak ada manusia mcm rahim nor
    tak ada manusia mcm agustine paul
    tak ada manusia mcm abdul khalid jafri

    eeeehhhh!!! ramai lagilah yang tak ada kat dalam PAS

    ada ke?, kalau ada tolong habak mai dik?

    berburuk sangka ni tak baik dik. Merosakkan hati sendiri.

    adik BT faham dak tuuuu?

    • nak tambah sikit esdi………

      tak ada pengikut Buta Tuli…Berat Temolok
      macam BT…….
      dah jadi Bisul Tua…..kematu…………

      kah kah kah……………….

    • salam mr. esdi.
      salam nasik kandaq.

      memanglah tak dak.
      mana nak ada.
      manusia mana boleh seropa.

      tapi, dalam PAS pon ada.
      bukang tak ada.

      yang hodoh2, seropa.
      nasik kandaq yang gerai selekeh.
      Kucing Kota yang suka mangkuk jamban.
      KeLiWoN yang ToNg Ong.
      ikutCeramah yang suka cela-cela.
      yang teNganga dan tejoloq, pun ada.

      yang tak gi, tak gi, seropa.
      TGNA.
      TGHA.
      Tapa Ali.
      lah, sapa lagi.

      saja nak bagi tau lah.
      mr. esdi memang dah tau.

  10. Wow!!

    …..Rosmah berkata: “Bagi saya, jika mereka mahu bersungut, saya tidak ada isu. Biarkan saja. Saya hanya lakukan ini sebagai isteri seorang pemimpin.

    “Ia adalah tugas dan tanggungjawab saya untuk membantu setakat yang saya mampu, terutama yang berhubung usaha untuk memperkasakan wanita dan isu-isu kanak-kanak.”

    “Saya tidak terbabit dalam politik, saya tidak terbabit dengan polisi kerajaan – yang telah dijalankan oleh perdana Menteri, timbalan perdana menteri dan kabinet…….Malaysiakini

    Kalau tidak terlibat dengan polisi kerajaan siapa tanggung perbelanjaan lawatan berjuta rm tu……? pakai duit rakyat atau duit sendiri?

  11. mohon dicopy.. perkongsian menarik..^_^


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 61 other followers

%d bloggers like this: