Posted by: pinkturtle2 | Februari 26, 2011

Diharuskan berjabat tangan dengan bukan muhrim dengan dua syarat- Qaradhawi

Ia dibolehkan kerana beliau mendapati hadis yang menegah lelaki menyentuh wanita (termasuk berjabat tangan) tidak terbukti kesahihannya.

Hukum berjabat tangan dengan wanita, pemansuhan hukuman rejam : Qaradhawi dan Abu Zuhrah sembunyi fatwa!

Qaradhawi menyembunyikan sesetengah fatwa beliau selama beberapa tahun!.

Imam Abu Zuhrah pula menyembunyikan fatwa beliau berkenaan hukuman rejam ke atas penzina yang muhsin (yang telah berkahwin) selama 20 tahun!

Ini didedahkan sendiri oleh al-‘Allamah Yusuf al-Qaradhawi, pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, dalam satu nadwah (seminar) di Doha, Qatar.

Bagi yang membaca karya-karya Qaradhawi, mereka arif tentang pandangan beliau berhubung hukum berjabat tangan antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim.

Qaradhawi tidak sependapat dengan jumhur (majoriti) ulama dalam soal ini.

Bagi jumhur ulama, wanita tidak dibenarkan berjabat tangan dengan lelaki bukan muhrim. Begitu juga sebaliknya.

Kecualilah kalau berjabat tangan dengan lelaki atau wanita yang sudah tua atau dengan kanak-kanak kecil. Jumhur ulama membolehkannya.

Mengapa perkara ini tidak dibolehkan?.

Sebab ditegah berjabat tangan dengan bukan muhrim

Jawapan mudahnya begini…

Ini adalah soal etika. Soal protokol seorang Islam. Sama seperti masuk ke parlimen dengan baju yang tidak berkolar. Mengapa ia tidak dibolehkan?.

Mencemar kemuliaan institusi parlimen kah? Atau biadab kah masuk parlimen dengan baju tidak berkolar?

Tidak. Ini soal etika. Begitu juga soal berjabat tangan dengan orang bukan muhrim. Ini jawapan mudah.

Jawapan yang lebih ilmiah begini…

Islam datang kerana hendak menjaga lima perkara asas kehidupan manusia. Agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Semua agama memelihara dan menjaga lima teras ini.

Antara cara menjaga keturunan ialah dengan menghalang penzinaan. Bukan sahaja zina yang dihalang. Semua perkara yang membawa kepada zina, turut ditegah.

Sama seperti jenayah bunuh.

Bukan membunuh sahaja yang ditegah. Menyimpan pistol pun turut dikenakan hukuman berat. Walaupun sekadar simpan dalam almari, ia tetap salah, kerana ia boleh membawa kepada jenayah bunuh.

Demikianlah halnya berjabat tangan. Berjabat tangan antara lelaki dan wanita (terutama yang muda) boleh merangsang nafsu. Nafsu bila sudah terangsang, akan ’menunggang’ manusia kepada zina.

Dengan sebab itulah, dibolehkan berjabat tangan dengan lelaki atau wanita tua. Sebab nafsu kebiasaannya tidak terangsang bila bersentuhan dengan lelaki atau wanita tua.

Inilah falsafah di sebalik tegahan berjabat tangan antara lelaki dan wanita bukan muhrim. Ia ditegah bukan kerana ’rasa tidak percaya’ kepada orang yang bukan muhrim.

”Ah, aku berjabat tangan dengan wanita, tak terasa apa-apa pun”, dakwa seorang lelaki.

Kata-kata seperti ini tidak boleh diterima. Ia sama dengan kata-kata mat rempit bila ditegah memandu laju kerana menyebabkan kemalangan, ”ah, dah bertahun aku merempit laju, tak kemalangan pun!”.

Prinsipnya, sesuatu yang berpotensi membawa kepada sesuatu yang ditegah atau bahaya, ia mesti ditegah meskipun bahaya belum berlaku. Begitu juga soal berjabat tangan dengan bukan muhrim ini.

Jika begitulah falsafahnya, tidak wajar sama sekali dianggap kolot orang yang tidak mahu berjabat tangan dengan bukan muhrim. Ini kerana, keengganan mereka berjabat tangan dengan bukan muhrim ada falsafah dan pemikirannya yang tersendiri.

Kalau kita masih mahu mengatakannya kolot, maka kita kena buktikan bahawa ’bersentuhan antara lelaki dan wanita boleh membangkitkan nafsu’, adalah kepercayaan kolot.

Hendaklah dibuktikan kaedah ’sesuatu yang berpotensi membawa kepada sesuatu yang ditegah atau bahaya, ia mesti ditegah meskipun bahaya belum berlaku’, adalah kaedah kolot.

Jika falsafah, pemikiran dan kaedah yang dinyatakan ini berjaya dibuktikan sebagai kolot dan tidak tepat, barulah kita boleh mengatakan ’tidak berjabat tangan dengan bukan muhrim’ sebagai kolot.

Perkara ini disebut bagi memupuk rasa hormat kepada pendapat dan pegangan orang lain.

Kalau kita boleh hormat tegahan memakai baju tidak berkolar dalam parlimen, walaupun harganya ratusan ringgit, mengapa kita tidak boleh hormat pegangan yang bersandarkan pendapat jumhur ulama?

Pandangan Qaradhawi

Apa pula pandangan Qaradhawi?.

Pada beliau, diharuskan berjabat tangan dengan bukan muhrim dengan dua syarat.

Pertama, adanya keperluan. Kedua, aman daripada fitnah.

Ia dibolehkan kerana beliau mendapati hadis yang menegah lelaki menyentuh wanita (termasuk berjabat tangan) tidak terbukti kesahihannya.

Beliau juga berdalilkan dengan hadis yang diriwayatkan Anas bin Malik r.a bahawa ”mana-mana hamba wanita di Madinah boleh saja memegang tangan Nabi s.a.w dan memimpin tangan baginda kemana saja yang dikehendakinya”(Hadis sahih riwayat Bukhari).

Selain menunjukkan sikap tawaduk Nabi s.a.w, hadis ini juga menunjukkan bersentuhan tangan antara lelaki dan wanita bukan muhrim, diharuskan jika tidak disertai nafsu.

Fatwa keharusan berjabat tangan dengan bukan muhrim ini, beliau sembunyikan selama beberapa tahun bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai terhadap beliau.

Beliau juga mengatakan, ramai ulama masa kini bimbang untuk mendedahkan kepada awam fatwa-fatwa mereka yang bercanggah dengan pandangan dan pegangan umum masyarakat.

Beliau mendedahkan, beliau tidak berani mendedahkan fatwa ini selama beberapa tahun lamanya. Beliau kemudiannya menyiarkannya dalam bukunya, Fatawa Mu’asirah, juzuk kedua.

Rupa-rupanya, bukan beliau sahaja yang menyembunyikan fatwa-fatwa tertentu. Selain beliau, jelas Qaradhawi, al-Imam Abu Zuhrah, ulama besar al-Azhar, juga berbuat demikian.

Abu Zuhrah dan pemansuhan hukuman rejam ke atas penzina

Abu Zuhrah menyembunyikan fatwanya selama 20 tahun!

Pada pandangan Abu Zuhrah, hukuman rejam sampai mati ke atas penzina yang muhsin berasal daripada ajaran agama Yahudi. Ia diterima oleh Rasulullah s.a.w pada peringkat awal.

Namun, hukuman ini kemudiannya dimansuhkan apabila turunnya ayat dalam surah an-Nur yang menjatuhkan hukuman sebat ke atas penzina.

Ertinya, hukuman rejam itu terbatal. Hukum yang diguna pakai ialah hukuman sebat, tidak kira penzina itu muhsin atau tidak.

Imam Abu Zuhrah, cerita Qaradhawi, menyembunyikan pendapat beliau ini selama 20 tahun.

Selepas 20 tahun, barulah beliau menyatakannya. Itu pun di hadapan para ulama yang berkepakaran, antara mereka ialah Syeikh Mustaffa Zarqa’, Dr. Subhi Soleh, Dr. Husain Hamid Hisan, dalam satu seminar berkenaan perundangan Islam di Libya pada tahun 1972.

Rujuk : http://www.onislam.net/arabic/madarik/culture-ideas/121932-2009-12-20%2015-43-56.html

Sebenarnya,  tindakan menyembunyikan sesuatu pandangan atau fatwa kerana bimbang kekeliruan dan kekecohan dalam masyarakat, ada sandarannya dalam syarak.

Imam Bukhari meriwayatkan, Nabi s.a.w berkata kepada Aisyah r.a, “Wahai Aisyah, jika tidak [kerana] kaum mu baru memeluk Islam, nescaya aku [akan] robohkan kaabah dan membuat dua pintu [pada kaabah]; satu pintu [untuk] manusia masuk dan satu pintu [untuk] mereka keluar”.

Nabi s.a.w tidak melakukan apa yang dinyatakannya kerana bimbang kaum Quraisy yang baru memeluk Islam-yang sangat memuliakan kaabah- salah sangka.

Daripada hadis ini dan hadis-hadis yang lain, diasaskan kaedah ‘meninggalkan sesuatu demi mengelakkan kekacauan atau kekeliruan’.

http://warisansemasa.blogspot.com

About these ads

Responses

  1. Islam itu agama Allah swt yang maha mengetahui,bukan buatan manusia untuk perlekeh,ikut sekerat-sekerat yang berkepentingan , atau kena terjemah semula macam kata mamak kutty mahafiraun, juga parti arus jahiliah yang serba boleh dari judi,zina dan rasuah ! Mungkinkah itu nasihat apco ?

    • anda seorang ulama besar seperti Qaradhawi atau Abu Zuhrah? jika belum.. sila kunci mulut anak.. berlapang dada atas perbezaan pandangan..

  2. btol ke

  3. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA suka.

    Kini, sampailah masanya pulak.
    Untuk TGNA menyatakan sesuatu.
    Yang tersembunyi.
    Kerana sudah 20 tahun.

    nasik kandaq.
    Atau nasik kandaq dan 3sukusakatnya.
    Kenalah pi jumpa mengadap TGNA.
    Koot, koot, ada yang TGNA.
    Dok sembunyi selama 20 tahun.

    Sekadaq koot TGNA terlupa.

    • TGNA pernah menyembunyikan
      sesuatu mengenai puasa.

      Beliau merahsiakan isu tersebut
      kerana bimbang akan berlaku
      perpecahan umat.

      Ingat lagi tak apa isunya?

      Lebih kurang 12 tahun lalu, mufti Arab Saudi
      telah mengeluarkan kenyataan,
      korek telinga tidak batal puasa.

      Kenyataan mufti Saudi ini
      dihentam habis-habisan oleh
      seorang lagi mufti yang perasan dia lebih hebat.

      Nak tau sapa…???

      HARUSSANI ZAKARIA.

      Dalam keadaan sedikit kalut ketika itu,
      wartawan Berita Harian sempat menemui TGNA,
      minta pandangan beliau.

      Akhirnya kekalutan berkenaan terlerai,
      apabila TGNA mengesahkan,
      korek telingan TIDAK BATAL puasa.

      TGNA mendedahkan, beliau merahsiakan perkara ini
      kerana selama ini masyarakat Malaysia telah dimomokkan
      membuta tuli kononnya korek telingan boleh membatalkan puasa.

      Sedangkan hakikatnya tidak benar. Aku sendiri pelik
      macam mana dalam silibus subjek Pendidikan Islam,
      dalam buku teks sekolah-sekolah dulu,
      berjela-jela mengatakan
      korek telinga batal puasa.

      Inilah bahananya kalau yang mentadbir negara
      orang yang jahil.

      Habis semua orang bawahannya jahil juga…!!!

      Bila ditanya kat sekolah dulu,
      suntikan BCG ka, Rubella ka,
      tak batai pulak posa…!!!

      Kenapa korek telingan batai…???

      Para pembaca nakkan keyakinan yang lebih,
      sila rujuk kitab BAHRUL MAZI,
      dalam bab puasa (abwabas Soum).

      Dalam kitab tu,
      dinyatakan dengan terang dan jelas,
      koek telinga tak batal puasa.

      • budak tempeyek nie mana laa dia gheti sumua tuuuu…….
        yang dia tau dok tulih mereben meghapu……..
        nak harap dia bagi idea???……puhhhhhhhhh….
        idea tempoyak ada laa…….
        dia pun ‘rahsia’ kan jugak cara-cara membuat tempoyak ngan tempeyek………
        tak paa pulak noooooooooo……

        dlm waktu ulamak nak ‘mengistinbat’ hukum samada yg difaham dari al-Kitab atau as-sunnah…..semua perkara lain yg bersangkutpaut dgn ‘maqasid’ syarie diambil kira………
        cuma ulamak ‘berkepentingan’ sahaja yg ‘melalak’di sana di sini…………
        mereka faham semua ‘dilalah’ yg bertali dgn dua sumber tadi….
        mereka …..ulamak nie…faham semua ‘mazhab’ yg ada….samada dari mazhab ‘mujtahid mutlak’ sampai laa mazhab persendirian para mujtahid seperti ibn sirin…qatadah…al-alusi dn lain-lain……….

        takut kpd ‘kerosakan’ yg lebih besar dlm msyrkt menybabkan sesetengah ulamak ‘berdiam diri’ atas isu tertentu…..
        sebagai cth………
        isu berkaitan ‘talqin’ di atas qubur………
        isu berkenaan bacaan tahlil……..
        isu kenduri arwah………
        dan banyak lagi…………
        semua ini kalu dibahaskan dgn lebih lanjut……akan mnybbkan msyrkt umpama di mehsia ini akan berputar 560 darjah…
        taqlid buta tuli dari msyrkt lah……..jugak mengelakan ‘kerosakan’ yg lebih besar……..yg mybbkan sesetengah ‘fatwa’ itu dirahsiakan………

        jadi apa nak diheran…..
        dalil qatie yg jelas hukum pun puak sarkis tak ambik pot pun…..depa blah semacam saja….
        lepaih tu nak bercakap pasai fatwa yg dirahsiakan……
        pigirahhhhhhhhh…..

        kah kah kah……….

      • sapa kata TGNA sembunyi rahsia.
        tentang korek telinga dan puasa.
        sebelum TGNA kata pon, kita dah tau.
        cuma hang yang tak tau,
        dok tunggulah TGNA.
        lain tak dak.

        yang kita nak tau.
        dah 20 tahun.
        apa fatwa TGNA sembunyi.
        tu yang geng nasik kandaq.
        kena jumpa geng surau.
        pegi jumpa TGNA.
        tanya.

        sekadaq dah 20 tahun.
        dok tak gi, tak gi.

      • TGNA tak sembunyi rahsia?

        Terang-terang TGNA mengaku,
        sebelum 12 tahun lepaih,
        memang dia mengambil sikap
        “bertawaqquf” dalam isu
        batai tak batai posa
        bila korek telinga….

        Lain kali baca jugak Harakah,
        jangan asyik baca buku A B C…!!!

        KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!!

  4. pemimpin turun dari kereta kemudian ramai orang tunggu nak bersalaman tak kira jantina atau umur. apabila pemimpin itu bersalam dengan wanita muda yg cantik dalam ramai2 adakah nafsu pemimpin membuak. pada sy kalau membuak maka sudah tidak jadi harus. tapi kalau tak ada apa-apa maka mungkin harus. masalah ni kena jelas kalau nak difatwakan. takut salah guna.. dulu masa dah baligh bila dapat bersalam dengan perempuan sebaya hok comel, ada mari rasa raaa jugak. hok tu kira dosa terus dah..tapi pernah salam dengan kakak hok lebih tua (bukan wanita tua) tak dok mari rasa raa tu. namun tetap berdosa kerana tak berlapik (mengikut fatwa semasa)..apa pun itu tugasan malaikat la samada dia nak tulis atau tidak. jangan main soal nafsu ni. sentuh paha hak belapik pun rasa ra dah..tu berlapik..tak berlapiuk timbuk slalu..hehehehe

  5. MAJLIS-MAJLIS ILMU FEB-MAC 2011:
    1. Majlis Ilmu Bersama Ustazah Alina al-Munawwar : http://mawlidnabi.blogspot.com/2011/02/majlis-ilmu-bersama-ustazah-alina-al.html
    2. Pengajian/Diskusi Kitab Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin : http://mawlidnabi.blogspot.com/2011/02/pengajiandiskusi-kitab-bersama-syeikh.html
    3. Sambutan Maulid al-Rasul di Baalawi KL bersama Tuan Guru Baba Aziz, Syeikh Fahmi Zam Zam, Habib ali : http://melayucyber.blogspot.com/2011/02/senarai-program-program-sambutan.html
    4. Majlis Maulid: IIUM Kuantan Berselawat : http://melayucyber.blogspot.com/2011/02/majlis-maulid-iium-kuantan-berselawat.html
    5. Maulidur Rasul Bersama Habib Ali di Masjid Tengkera, Melaka : http://www.facebook.com/pages/PONDOK-HABIB/295419981998
    6. MAJLIS PENGHAYATAN MAULIDUR RASUL : http://mawlidnabi.blogspot.com/2011/02/majlis-penghayatan-maulidur-rasul.html
    7. Majlis Silaturrahim Pondok Kali Ke-5 & Sambutan Maulidur Rasul 1432H : http://melayucyber.blogspot.com/2011/02/majlis-silaturrahim-pondok-kali-ke-5.html

  6. Aslkm,

    Kita patut tengok asas fatwa DQ ni… sebab apa harus??? Jangan kita sembarangan salam salam macam takde hal… yang mulia Q ni dia keluar fatwa sebab ada asas asasnya…

    Yang masalahnya bila antara kita ni pantang nampak siHawa cun atau siAdam hensem .. sampai bundar mata… tak berkelip pun ada… kalau jantung dah berdegup kencang lebih sedikit dari biasa gara gara tengok Hawa yang cun atau Adamhensem ni… bernafsulah tu… tengok tetamu bukan muhrim sambil tenung tenung mata ..dalam dalam lagi…berkali kali…… sampai terlupa hukum … kalau degup jantung kita dah tak menentu takpayah salam la… lebih afdal

    Sebab itu yang mulia Q kata tanpa nafsu dan tidak timbul fitnah…

    Apa yang Cikgu Mala atau Kak WanZizah kita buat sekarang ni memang kena dan betul jugak la… Salam macam biasa cuma berlapik/beralas… yang penting kita minta maaf dengan tetamu non Muslim kita sambil menerangkan kenapa berlapik .. InsyaAllah orang akan lebih memandang mulia akan kita dan pegangan syariat kita

    Semoga Allah mengampuni diri saya dan seluruh umat Islam….

    Wallahuallam

  7. takyah lah salam salam,, lagi senang
    qardhawi pon tak salam, jika tak..semua wanita nak salam dengan dia utk ambik berkat
    cuma katanya jika ada keperluan yang bersgatan dan tidak nimbul fitnah (lebihbaiktakyah)

  8. Rasulullah kan tidak pernah bersalam dengan wanita yang tidak halal baginya…. maka bidaah jika kte laksanakan…. dan bagaimana jika dibincang tentang soal nafsu…. apa yang kmu boleh katakan….???

  9. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
    Saya seorang Wanita, Sapa saja yang boleh saya berjabat tangan dlm Lingkungan kluarga, apkah Sepupu saya ato paman dri saya dαη Suami boleh berjabat Tangan, мααƒ dengan izin اَللّهُ saya butuh bimbingan tuk menjadi Wanita shoLehah krn اَللّهُ ta ala ϑeπğåŋ Cara bertahap, Yaitu menutup aurat dαη berjabat tangan yang diPerboLehkan ϑeπğåŋ siapa saja dLm lingkungan KLuarga, SyukRon..


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 61 other followers

%d bloggers like this: