Posted by: pinkturtle2 | Mac 17, 2011

Pelepasan radioaktif tidak mungkin sampai ke Malaysia

Japanese Defence Force members walk past the 4,724-tonne freighter 'M.V. Asia Symphony' lying on a pier after being hit by the tsunami, at the port in Kamaishi city, Iwate prefecture on March 16, 2011. All 17 Filipino crew are safe living at an emergency shelter near the port.

Japanese Defence Force members walk past the 4,724-tonne freighter ‘M.V. Asia Symphony’ lying on a pier after being hit by the tsunami, at the port in Kamaishi city, Iwate prefecture on March 16, 2011. All 17 Filipino crew are safe living at an emergency shelter near the port.

Japanese Defense Force members search for victims at the port in Kamaishi city, Iwate prefecture on March 16, 2011. The official toll of the dead and missing following a devastating earthquake and tsunami that flattened Japan's northeast coast has topped 11,000, with 3,676 confirmed dead, police said. The total number of people unaccounted for in the wake of Friday's twin disasters rose by more than 800 to 7,558, the national police agency said in its latest update.

Japanese Defense Force members search for victims at the port in Kamaishi city, Iwate prefecture on March 16, 2011. The official toll of the dead and missing following a devastating earthquake and tsunami that flattened Japan’s northeast coast has topped 11,000, with 3,676 confirmed dead, police said. The total number of people unaccounted for in the wake of Friday’s twin disasters rose by more than 800 to 7,558, the national police agency said in its latest update.

A man looks on as US rescue workers search for survivors in a house in Kamaishi, Iwate prefecture on March 16, 2011, after the devasting earthquake and ensuing tsunami on March 11. The official toll of the dead and missing following a devastating earthquake and tsunami that flattened Japan's northeast coast has topped 11,000, with 3,676 confirmed dead, police said. The total number of people unaccounted for in the wake of Friday's twin disasters rose by more than 800 to 7,558, the national police agency said in its latest update.

A man looks on as US rescue workers search for survivors in a house in Kamaishi, Iwate prefecture on March 16, 2011, after the devasting earthquake and ensuing tsunami on March 11. The official toll of the dead and missing following a devastating earthquake and tsunami that flattened Japan’s northeast coast has topped 11,000, with 3,676 confirmed dead, police said. The total number of people unaccounted for in the wake of Friday’s twin disasters rose by more than 800 to 7,558, the national police agency said in its latest update.

Members of the French rescue team look for victims in collapsed buldings as snow falls, after the recent tsunami and earthquake in Natori, Miyagi Prefecture, on March 16, 2011. The official toll of the dead and missing following a devastating earthquake and tsunami that flattened Japan's northeast coast has topped 11,000, with 3,676 confirmed dead, police said. The total number of people unaccounted for in the wake of Friday's twin disasters rose by more than 800 to 7,558, the national police agency said in its latest update.

Members of the French rescue team look for victims in collapsed buldings as snow falls, after the recent tsunami and earthquake in Natori, Miyagi Prefecture, on March 16, 2011. The official toll of the dead and missing following a devastating earthquake and tsunami that flattened Japan’s northeast coast has topped 11,000, with 3,676 confirmed dead, police said. The total number of people unaccounted for in the wake of Friday’s twin disasters rose by more than 800 to 7,558, the national police agency said in its latest update.

Crews using heavy construction equipment tear down the remains of a building in Kamaishi on March 16, 2011, following the devasting earthquake and ensuing tsunami on March 11.

Crews using heavy construction equipment tear down the remains of a building in Kamaishi on March 16, 2011, following the devasting earthquake and ensuing tsunami on March 11.

Crews use heavy equipment to clear debris in Kamaishi on March 16, 2011, following the devasting earthquake and ensuing tsunami on March 11.

Destruction is seen in Kamaishi on March 16, 2011, following the devasting earthquake and ensuing tsunami on March 11.

Cars and parts of houses float in the sea in front of a destroyed port facilities in Kamaishi on March 16, 2011, following the devasting earthquake and ensuing tsunami on March 11.

Cars and parts of houses float in the sea in front of a destroyed port facilities in Kamaishi on March 16, 2011, following the devasting earthquake and ensuing tsunami on March 11.

Cars and parts of houses are jammed up against a building in Kamaishi on March 16, 2011, following the devasting earthquake and ensuing tsunami on March 11.

Cars and parts of houses are jammed up against a building in Kamaishi on March 16, 2011, following the devasting earthquake and ensuing tsunami on March 11.

Braving falling snow, a woman carries her household goods from the rubble Wednesday, March 16, 2011 in Miyako, Iwate Prefecture, five days after an earthquake and a tsunami devastated northeastern coastal towns in Japan.

Braving falling snow, a woman carries her household goods from the rubble Wednesday, March 16, 2011 in Miyako, Iwate Prefecture, five days after an earthquake and a tsunami devastated northeastern coastal towns in Japan.

Braving in snow an elderly woman carries water bottles on her bicycle Wednesday, March 16, 2011 in Rikuzentakata, Iwate Prefecture, five days after an earthquake and a tsunami devastated northeastern coastal towns in Japan.

Braving in snow an elderly woman carries water bottles on her bicycle Wednesday, March 16, 2011 in Rikuzentakata, Iwate Prefecture, five days after an earthquake and a tsunami devastated northeastern coastal towns in Japan.

Pelepasan radioaktif tidak mungkin sampai ke Malaysia

KUALA LUMPUR 16 Mac – Pelepasan radioaktif ekoran loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi yang terjejas akibat kejadian gempa bumi dan tsunami di Jepun Jumaat lepas, adalah rendah dan tidak mungkin akan sampai ke Malaysia, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

“Maklumat dari Jabatan Meteorologi Malaysia menunjukkan arah dan pergerakan angin adalah ke timur dan timur laut Jepun. Oleh kerana pelepasan radioaktif adalah rendah, tidak mungkin ia akan sampai ke negara kita,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pemantauan melalui Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar (ERMS) di enam lokasi seluruh Malaysia iaitu Chuping, Ipoh, Kota Kinabalu, Kuantan, Kudat dan Senai masih menunjukkan paras sinaran di Malaysia berada pada paras normal iaitu 0.17 uSv/jam.

“Had dedahan sinaran orang awam adalah 0.50 uSv/jam,” katanya.

Menerusi mekanisme pengawalan masuk bahan radioaktif sama ada melalui kargo atau manusia melalui Sistem Pemonitoran Portal yang dipasang di lapangan terbang antarabangsa KLIA, Kota Kinabalu, Kuching dan Pulau Pinang sejak 2009 juga menunjukkan tiada kadar dedahan melebihi paras normal dikesan sehingga kini, katanya.

Ongkili berkata, kementeriannya melalui Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan Agensi Nuklear Malaysia terus memantau situasi di Jepun sehingga kini. – Bernama\…..

………………………………………………………………………………………

Lebih baik tidak bina loji kuasa nuklear -Dr Mahathir

CYBERJAYA 16 Mac – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendiriannya bahawa Malaysia tidak perlu memiliki sebuah loji tenaga nuklear.

“Anda tahu pandangan saya tentang hal ini. Kita tidak begitu arif mengenai reaksi bahan ini,” katanya kepada pemberita bila ditanya tentang pandangannya berhubung loji seumpama itu.

Dr Mahathir berkata, radiasi yang bocor dari loji tenaga nuklear Jepun yang terjejas akibat tsunami setelah gempa dengan kekuatan magnitud 9.0, menyokong pandangannya itu.

“Sebaik saja dihidupkan, ia menjadi radioaktif. Orang tidak tahu bagaimana untuk mengendali bahan buangannya,” katanya.

Dr Mahathir menarik perhatian ketika beliau menjadi perdana menteri, kerajaan telah memutuskan empat strategi bahan bakar iaitu minyak, gas, arang batu, hidro, dan “tidak termasuk nuklear”. – Bernama

……………………………………………………………………………………………………..

Hentikan Segera… Hanya risiko yang menanti…

Saya turut serta rakan-rakan Ahli Parlimen yang lain di dalam solidariti dan menyampaikan ucapan takziah kepada Negara serta rakyat Jepun. Ribuan nyawa manusia telah kehilangan akibat tragedi tersebut. Ribuan manusia bersedih di atas kehilangan dan kematian keluarga tercinta. Malah seluruh dunia berdukacita diatas bencana yang Alam Sekitar dan keselamatan penduduk bukan merupakan satu isu yang selalu mendapat perhatian awam di Malaysia sehinggalah tragedi seperti ini berlaku dan kita semua telah menyaksikan dengan perasaan gerun bercampur terharu serta sedih melalui kaca televisyen tentang bagaimana dasyatnya keadaan di Negara Jepun apabila tsunami melanda.

Sehubungan dengan perbahasan Alam Sekitar ini, saya ingin membawa isu berkenaan refinery plant ataupun logi pemprosesan rare earth kepunyaan Lynas Corp Ltd di Kuantan. Perkara ini telah saya bangkitkan buat pertama kalinya di dewan yang mulia ini pada 18 November 2008 dan seterusnya buat beberapa kali lagi. Namun perkara ini masih belum dianggap penting oleh Kerajaan Malaysia. Projek ini masih diteruskan sehinggalah seorang wartawan NYT, Keith Bradsher telah terbang jauh ke Kuantan untuk membuat penyelidikan dan seterusnya akhbar New York Times pada 7 November 2011.

Apabila masyarakat antarabangsa mula mengambil perhatian tentang perkembangan yang berlaku di Malaysia berkenaan isu ini, maka rakyat di Malaysia juga sudah mula bercakap dan berbahas di kedai kopi serta di media sosial dan internet.

Setelah lebih dua tahun berbahas mengenai isu ini saya masih tidak faham apakah rasionalnya Kerajaan Pusat mahupun Kerajaan Negeri Pahang bertegas dan beria-ia mahu meneruskan projek ini. Jelas tiada siapa yang akan mendapat keuntungan dari projek ini.

Memang industri ini merupakan industri yang strategik akan tetapi, wajarkah Malaysia melibatkan diri didalam keadaan tiada keuntungan buat Negara kita? Memang kita tiada mendapat keuntungan langsung. Hanya risiko yang menanti.

Hanya risiko yang menanti

Saya jelaskan dan tegaskan keadaan ini adalah kerana:-

1. LYNAS CORPORATION LTD merupakan syarikat milik penuh Australia (tiada ‘local partner’ di atas kertas). Maksudnya tiada syarikat milik rakyat Malaysia yang akan mendapat keuntungan dengan projek ini.

2. LYNAS CORPORATION LTD dianugerahkan oleh MITI “Strategic Pioneer Status” – tidak perlu membayar cukai import atau export selama 12 tahun. Maka tiada keuntungan buat Malaysia dari segi cukai korporat yang dikutip. Syarikat LYNAS Corp Ltd akan mendapat US$1.7 billion setahun daripada nilai export rare earth dan Malaysia tidak akan dapat satu sen pun dalam bentuk cukai selama 12 tahun.

3. Logi pemprosesan rare earth di Gebeng apabila beroperasi hanya akan mengambil 450 orang pekerja (tidak ‘labour intensive’). Kebanyakan pekerja pula akan merupakan tenaga mahir dari luar Negara dan sedikit sahaja bilangan buruh dari tempatan.

Yang ada kesan ke atas kita, hanyalah risiko di atas sisa buangan thorium yang mengandungi bahan radioaktif. Malaysia mendapat penghormatan menjadi “dumping ground” atau tapak buangan sisa bahan radioaktif dan rakyat Kuantan menjadi mangsa tak pasal-pasal.

Di seluruh dunia, buat ketika ini, selain di Negara China, hanya Negara India yang punyai logi pemprosesan rare earth – itu pun dalam skala yang amat kecil. Malaysia pula merupakan hanya satu-satu Negara di dunia yang akan melibatkan diri dalam pemprosesan rare earth ini di dalam rangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Apabila seluruh dunia sudah punyai kesedaran tentang bahaya rare earth dan menolak untuk memproses bahan ini selama lebih tiga dekad, Malaysia buat keputusan untuk menerima pula?

Cucu-cicit boleh jadi mangsa

Negara China memang ada kepentingan untuk memproses “rare earth”, kerana mereka sekarang mengawal pasaran dunia di dalam industri strategik ini. Malah kilang LYNAS di Negara China sebelum ini diarahkan tutup kerana Negara Cina mahu mengawal pasaran dunia. Sekarang ini Negara China juga meletakkan embargo ke atas “rare earth” ini demi untuk menjaga harga di pasaran dunia dan mengaut keuntungan yang lebih banyak.

Negara Amerika Syarikat dan Canada juga mempunyai deposit “rare earth” akan tetapi berhenti melombong bahan ini kerana Negara China dapat menghasilkannya dengan lebih murah. Negara China yang mempunyai lombong “rare earth” mereka sendiri, mempunyai lebih kurang 30% daripada deposit di dunia akan tetapi mengawal 97% dari produk rare earth dalam pasaran. Maka di atas sebab itu mereka ada sebab untuk meneruskan pemprosesannya di sana, walaupun logi pemprosesan mereka di Shanghai sungguh-sungguh tidak menepati piawaian Alam Sekitar yang di tetapkan dunia antarabangsa.

Malaysia tiada lombong “rare earth” dan Malaysia tidak PERLU untuk proses “rare earth” ini. Seluruh dunia selama tiga dekad sudah pun menolak untuk memproses bahan ini.

Penegasan dari saya ialah Negara Malaysia mahupun Kerajaan Negeri Pahang tidak mendapat keuntungan dari jumlah export LYNAS CORP sebanyak US$1.7 billion setahun hasil dari pemprosesan bermula pada penghujung tahun ini.

Apa yang rakyat Malaysia, khususnya warga Kuantan hanya akan dapat ialah sisa buangan yang mengandungi thorium. Satu bahan yang radioaktif serta juga carcinogenic (boleh menyebabkan cancer).

Yang paling merisaukan ialah, kesan-kesan negatif dari bahan buangan radiaoaktif bukan sahaja akan berlarutan selama satu atau dua tahun – tetapi beribu-ribu tahun!!! Ini bermaksud, Cucu kita, cicit kita, dan cucu kepada cicit kita juga boleh menjadi mangsa!

Kenyataan PM dan TPM

Saya di fahamkan bahawa Malaysian Atomic Energy Licensing Board (AELB) hanya mengeluarkan lesen kepada LYNAS Corp Ltd untuk bina logi pemprosesan di gebeng Kuantan akan tetapi belum lagi mengeluarkan Lesen untuk beroperasi memproses rare earth. (Memetik Kenyataan Ketua Pengarah AELB)

Timbalan Perdana Menteri juga berkata beliau tidak pasti samada logi Lynas di Gebeng sudah mendapat kebenaran beroperasi atau tidak. Timbalan Perdana Menteri juga berkata beliau akui bahawa ada kerisauan rakyat berkenaan pembinaan logi rare earth di Gebeng Kuantan ini.

Akan tetapi Perdana Menteri sudah pun membuat kenyataan bahawa semua langkah keselamatan telah diambil di logi Lynas Gebeng. Mana mungkin PM membuat kenyataan demikian di dalam keadaan AELB masih lagi meneliti prosedur keselamatan berkenaan pengurusan sisa buangan di logi Lynas.

Sehubungan dengan itu, saya ingin bertanya kepada AELB selain dari laporan dalaman agensi, adakah AELB sudah berusaha mendapatkan laporan dan kajian dari Badan Bebas (Independent Risk Assessment) berkenaan risiko yang akan kita bakal hadapi dan impak daripada bahan sisa buangan yang mengandungi thorium ini. Selama ini apabila saya menuntut satu DEIA dibuat ke atas projek ini, pihak Kementerian buat tak tahu juga.

Tregedi Bukit Merah

Buat masa ini LYNAS masih belum ada perancangan konkrit berkenaan bagaimana sisa yang mengandungi thorium itu akan diselenggara.

Saya tegaskan di sini bahawa apa yang terbaik patut dilakukan oleh AELB ialah hentikan segala niat untuk keluarkan lesen memproses rare earth kepada LYNAS. Logi LYNAS kini masih di dalam binaan dan belum bermula operasi sehingga penggal terakhir tahun ini. AELB masih sempat balik ke pangkal jalan dan buat keputusan yang terbaik demi rakyat.

Adakah kita mahu tunggu ada kes seperti di Bukit Merah, ada anak pekerja yang lahir cacat, abnormal, baru kita mahu bertindak? Adakah nyawa dan keselamatan rakyat Kuantan begitu tidak berharga kepada Kerajaan Malaysia?

Pada ketika ini, kebanyakan rakyat Kuantan sudah pun menyedari risiko yang dibawa oleh logi Lynas ini dan sedang bangkit untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka. Sekiranya selama ini pihak MOSTI, Kerajaan tempatan mahupun LYNAS mampu memperkecilkan isu ini dengan membuat “PR exercise”, kini tidak lagi.

Selaku wakil rakyat di Kuantan usaha saya membela keselamatan rakyat Kuantan akan saya teruskan sehinggalah logi pemrosesan LYNAS yang kini dalam binaan ditutup dan kita hantar mereka balik ke Australia. Kalau mereka terdesak sangat mahu memproses rare earth mereka, buat lah logi pemprosesan di Negara mereka sendiri.

Sehubungan dengan itu, saya gesa sekali lagi, AELB, untuk hentikan serta merta segala usaha yang menjurus kepada pengeluaran lesen kepada LYNAS untuk beroperasi. Malah pada saya isu ini tidak seharusnya timbul untuk dibahaskan kerana Kerajaan Malaysia sepatutnya sudah awal-awal lagi menolak projek yang tidak mendatangkan manfaat serta tidak membawa keuntungan serta faedah di dalam semua aspek kepada Negara ini.

Latar belakang maklumat Pemprosesan bahan yang sama di Malaysia sebelum ini:

1. November 1979: Syarikat Asian Rare Earth (ARE) dibentuk untuk mengekstrak itrium (sejenis unsur nadir bumi) daripada monazit. Sisa buangan yang menjadi milik kerajaan Negeri Perak akan disimpan kerana berpotensi sebagai sumber tenaga nuklear.

2. Jun 1982: Penduduk Parit, Perak mendapat tahu kerajaan telah memilih kawasan seluas sembilan ekar, kira-kira 6 km dari penempatan mereka untuk dijadikan tapak penimbunan sisa radioaktif syarikat ARE. Ekoran bantahan hebat daripada jawatankuasa penduduk serta lain-lain pertubuhan politik dan sosial, kerajaan membatalkan cadangan itu dan kemudian mula mencari tapak baru. Kilang ARE mula beroperasi di KM 7.2, Jalan Lahat di Bukit Merah.

3. 24 Mei 1985: Kira-kira 6,700 penduduk Papan dan pekan-pekan yang berhampiran menandatangani satu surat bantahan dan menghantarnya kepada Perdana Menteri, Menteri Besar Perak, Menteri Kesihatan serta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Kemudian seramai 200 penduduk Papan membantah tapak pembuangan yang dicadangkan. Mereka menyekat jalan yang menuju ke tapak itu. Pelbagai tunjuk perasaan telah diadakan oleh masyarakat setempat sebagai membantah tindakan kerajaan ini.

Kemudian pada 19 September 1985, sekumpulan tiga orang dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengunjungi tapak buangan di Papan atas jemputan kerajaan Malaysia. Mereka mengisytiharkan tapak buangan itu tidak selamat.

4. 11 Januari 1985: Selepas mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Musa Hitam, kerajaan mengambil keputusan memindahkan tapak buangan sisa ke Mukim Belanja di Banjaran Kledang yang terletak kira-kira 5 km dari Papan dan 3 km dari Menglembu. Lapan orang penduduk, bagi pihak diri mereka sendiri dan penduduk Bukit Merah membuat satu permohonan di Mahkamah Tinggi Ipoh menahan ARE daripada mengeluar, menyimpan atau menimbun sisa radioaktif di sekitar kampung tersebut. Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 dikuatkuasakan. Ia memastikan pengendali bahagian pemasangan nuklear (termasuk kerajaan) bertanggungjawab terhadap ancaman nuklear. Lima ahli Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dibentuk di bawah Akta itu, dengan perwakilan dari Puspati, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

Kemudian Hakim Anuar Datuk Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Ipoh memberikan kepada penduduk Bukit Merah perintah menahan dan menghentikan ARE daripada mengeluar dan menimbun bahan sisa radioaktif sehingga langkah-langkah keselamatan yang secukupnya diambil. Lebih daripada 1,500 penduduk Bukit Merah hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan itu.

5. Kemudian pada 19 Januari 1994 ARE telah memberhentikan operasinya.

*Fuziah Salleh ialah ahli parlimen Kuantan,

merangkap Naib Presiden PKR. Tulisan ini disedut daripada ucapan Perbahasan Titah DYMM SPB Yang Di Pertuan Agung sidang parlimen Penggal Ke-4, Parlimen Ke-12.

About these ads

Responses

  1. bro n sis…….

    pasai keselamatan nie….
    m’sia selalu ambik mudah…
    menteri cakap pun nak bagi sedap halua telinga saja…..

    nak bercakap pasai nuklear apa??……
    buat stadium.stadium runtuh……..
    buat jmbtan….pun runtuh……
    brapa banyak projek yg dah lingkup……
    tu pun ada hati nak buat nuklear plant lagi……
    power plant yg dok ada pun dok bagi kat cukong saja kenyang………
    kalu nuklear plant nanti……cukong mana yg nak kenyang pulak tak tau laa….
    kalu bocoq mcm jepun tu…….depa laa yg lari dulu……
    tinggai laa budak-budak yg jadi mangsa……
    mula laa mata sepet…kaki jadi kecik….rabun pulak….gigi rongoh…….nak telan tempoyak pun tak lepaih…….

    dulu kat chernobyl habis punah ranah…..
    yg jadi mangsa tu depa yg jadi buruh nak ‘cover’ kebocoran……
    muda-muda dah mati…..kasiannnnn….

    lepaih nie dengaq cerita…..letrik nak naik harga lagi……
    yg untung dah buat berkandaq….tak cukup lagi kaa……
    tak kan pasai jepun jadi cacamerba nie……hangpa nak adjust harga pulak…….
    memang hangpa nak peranap rakyat sungguh……..

    sisa radioaktif kat bukit merah tu apa cerita??…….
    budak tadika lari dah kottttt…….takutttttttt….!!!!

    kah kah kah……..

    • budak tadika lari nyorok celah2 big mama la……

  2. Baiki jalan, lorong, longkang, parit, sungai bagi sempurna dulu. Aku lalu jalan2 persekutuan di mana-mana ceruk rantau, amatlah sedih. Tak usah pergi jauh tengok saja jalan2 di sekitar KL asal hujan saje banjir. Bukan sungai yang banjir tapi atas jalan tu yang terlebih dulu banjir. Air bertakung sebab air tak boleh lari ke longkang. Jalan baru siap, kenapa pula air bertakung? kenapa sistem longkang tak betul?. Sape lulus? sape pantau?..Tengok Jalan selayang pasar borong-taman wah yu- jalan kucing, jalan kepong, jalan tun razak,janal cheras, jalan ampang, jalan wangsa maju, jalan ulu kelang, jalan puchong, jalan kajang, jalan salak south, jalan sungai besi, jalan pantai dalam, jalan sri damansara, jln sungai buluh, jalanlah ke mana-mana pun di Malaysia ni serupa sajalah keadaan. Selain lobang di sana sini, salur air keluar tidak sempurna. CIDB ada, JKR ada, , DBKL ada, MPS ada, JPJ ada, Majlis Jalan Raya ada, Jabatan Keselamatan Jalanraya ada, Jabatan Parit dan Saliran ada, Kementerian Kerja Raya ada, Kementerian pengangkutan ada, Plus Highway ada dan macam-macam jabatan dan kementerian termasuh GLC lagi yang berfungsi untuk tahi pantat dia orang. Semua tu ciptaan, bukan untuk berkhidmat untuk rakyat pengguna tetapi berkhidmat untuk perut kroni sendiri. Dah lama kaya raya mencekik duit rakyat. Apa lagi benda yang boleh dipaksakan untuk rakyat beli selepas ini selain tali pinggang tempat duduk belakang?. Kau orang tunggulah nanti Menteri Pengangkutan baru akan isytiharkan. Kadar Insuran kenderaan…..?salah satunya lepas ini.

  3. Jangan lupa negara kita juga ada Institut Keselamatan Jalanraya Malaysia (MIROS). Perjawatannya sama macam agensi2 lain juga. Cukup lengkap dengan Pegawai Tadbir, Penolong Pegawai Tadbir, Pegawai Penyelidik dan Pegawai Penyelidik So sial dan entah apa-apa lagilah. Tidakkah semua ni menghabiskan boghaih saje. Adakah jalan2 raya kita selamat?. Kalau berlobang sana berlobang sini, jalan dok ghate……aku bimbang takut budak tadika terjatuh kat dalam lobang itu payah jadinya. Kalau dia kena gelek terus dek treller atau lori tak mengapa. Pergi kutip cebisan-cebisan saja and than bawa pergi zoo bagi makan kat buaya, ghimau dan singa. Berbaloilah dengan kerja dia selama ni. Persoalannya di sini ialah buat apa kita nak beriya-iya benar nak bina kilang neu klear kalau kita sendiri tak klear. Buat apa nak ditambahkan lagi dengan pelbagai penyakit zaman millenium. Cukuplah dengan masalah aktor-aktor yang sedia ada yang telah banyak membawa penyakit. Rektor2 kat universiti pun banyak yang mendatangkan masalah. Jadi tak payahlah kita susah2 kita nak cerita pasal radioaktif….rakyat kita pun dah ramai yang berminat dengar radio rtm lagi dah. Mereka suka dengan radiotakaktif.

    Penyakit yang sedia ada dalam negara kita satu demi satu tak terjaga. Penagih dadah, HIV/AIDS, gonorea, siplis, herpis, bronkitis, hepatatis, denggi, pernah dulu penyakit babi gila babi JE di Bukit Pelandok, lepas tu timbul pulak penyakit H1N1, selesema burung, kecoh satu dunia, kemudian ni timbul pula penyakit leptospirosis (air kencing tikus), sudah berapa ramai orang terkorban, terkini pula adenovirus setakat ini telah meragut 2 nyawa, 34 masih dirawat, beratus2 masih di kuanrentin di PULAPOL. Pada mula virus ni menyerang pihak kerajaan cepat2 menafikan. Tak ada, tak ada, tak bahaya, nah sekarang ni, apa dah jadi?

  4. MAJLIS2 ILMU HUJUNG MINGGU INI :

    1. Malam ini Majlis Ilmu di Surau Al Hidayah, Au3 Keramat, KL Mulai jam 9.30pm,

    2. Malam Esok di Masjid Baitul Aman, Jalan damai off Jalan Ampang lepas mahgrib .

    3. Poster Talaqi Terbaru UIAM Gombak : http://melayucyber.blogspot.com/2011/03/poster-talaqi-terbaru-uiam-gombak.html

    4. LAIN2 MAJLIS ILMU : http://www.facebook.com/pages/PONDOK-HABIB/295419981998

  5. Kalau radioaktif sampai ke Malaysia
    Tak mengapa
    Foemula terbaru
    Semua orang gemuk bulat di Malaysia akan jadik kurus langsing
    Tak perlu susah2 nak pi joging koyak buluh
    Tak payah pakai botot
    Tak perlu cucuk apa tuuuu silikon
    Ulaq2 di Malaysia tak perlu takut matila

    Cuma bimbang juga kot raja2 ulaq
    mati sebab tergigit neneng bersilikon tuuuu!
    Hati2lah nak gigit pun bang bukan tak boleh gigit

    wa berpesan2 untuk kebaikan je….

    Watashi wa tetak gilak belakang pintu. Auuuuk!

  6. bro n sis……

    sapa yg teringin nak jadi saudagar besi buruk dan barang terpakai………
    pi laaa masuk tender kat Natori di jepun tu……
    sure dapat punya…..
    silap silap dapat butarey saja……

    masa nie laa nak kaya pun…….
    kalu tidak….boleh kuyup……..
    cukong kat mehsia depa tak teringin ke masuk tender nie…….
    korang korang pun dpt ringankan beban jepun nak cuci bagi clear balik segala sampah meredak toh………

    budak tempoyak boleh laa jadi broker…..
    tapi hang kena kautim ngan GC dulu….dia kepala broker kat sini……….

    kah kah kah…….

  7. tak apa bila noeklier sampai ke malysia tewas lah mlsya berarti indonesia tak ada ganggu

  8. ku pun x faham la ngan org-org yg dok gla duit. dorang x pkir ker mslah org lain. dari dok ckap nak wat tempat rare earth yang x da kesan adioaktif tu baik pikir cam mn nak setel mslah penyakit brjangkit yg dok ada kat malaysia ni.. masalh kebajikan rkyat yd ada skang ni pun x habis2 lagi dh nak tunjuk hero plak.. chait pooodahh.. tu pnyakit polapol dan pulada apa namanya adenovirus ke i dont know virus kot, itu x abis2 lagi dah nk jd pakar radioaktif.. klau menteri r mna2 pihak stuju, bior dorang wat rumah kat keliling pagar kilang tu.. ckap barni la x da kesan.. pikir la sejarah dulu yg pernah terjadi…. jgn smpai malaysia atau lebih tepat lagi kuantan akan tinggal kenangan plak… para menteri atau orang politik kerajaan atau pembangkang lagi baguslah jaga kebajikan rakyat dari dok cekek rkyat tuk pnuh poket seluar tue…


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 61 other followers

%d bloggers like this: