Posted by: pinkturtle2 | Julai 1, 2011

Selamat tinggal Tanjung Pagar.. BN tidak lagi mampu mempertahan kedaulatan negara ini

One of the last KTM trains steams out of the Tanjong Pagar station with the Singapore skyline in the background Thursday, June 30, 2011 in Singapore. The 1930s railway station in Singapore's downtown will see off its final train Thursday as a piece of Southeast Asian history closes as part of a land swap deal between the city-state and Malaysia. The Tanjong Pagar station, built in 1932 when Singapore and Malaysia formed the British colony Malaya, has been a rare link to the island's past amid the shiny skyscrapers of rich, modern Singapore. The station is part of a land exchange agreement that comes amid improving relations between Singapore and Malaysia.

One of the last KTM trains steams out of the Tanjong Pagar station with the Singapore skyline in the background Thursday, June 30, 2011 in Singapore. The 1930s railway station in Singapore’s downtown will see off its final train Thursday as a piece of Southeast Asian history closes as part of a land swap deal between the city-state and Malaysia. The Tanjong Pagar station, built in 1932 when Singapore and Malaysia formed the British colony Malaya, has been a rare link to the island’s past amid the shiny skyscrapers of rich, modern Singapore. The station is part of a land exchange agreement that comes amid improving relations between Singapore and Malaysia.

A KTM train conductor arrives on one of the last trains at the Tanjong Pagar station Thursday, June 30, 2011 in Singapore. A 1930s railway station in Singapore's downtown will see off its final train Thursday as a piece of Southeast Asian history closes as part of a land swap deal between the city-state and Malaysia. The Tanjong Pagar station, built in 1932 when Singapore and Malaysia formed the British colony Malaya, has been a rare link to the island's past amid the shiny skyscrapers of rich, modern Singapore.

A KTM train conductor arrives on one of the last trains at the Tanjong Pagar station Thursday, June 30, 2011 in Singapore. A 1930s railway station in Singapore’s downtown will see off its final train Thursday as a piece of Southeast Asian history closes as part of a land swap deal between the city-state and Malaysia. The Tanjong Pagar station, built in 1932 when Singapore and Malaysia formed the British colony Malaya, has been a rare link to the island’s past amid the shiny skyscrapers of rich, modern Singapore.

KTM trains wait at the Tanjong Pagar station Thursday, June 30, 2011 in Singapore. The 1930s railway station in Singapore's downtown will see off its final train in the day as a piece of Southeast Asian history closes as part of a land swap deal between the city-state and Malaysia. The Tanjong Pagar station, built in 1932 when Singapore and Malaysia formed the British colony Malaya, has been a rare link to the island's past amid the shiny skyscrapers of rich, modern Singapore.

Passengers arriving on a KTM train at the Tanjong Pagar station are seen through a hole in a fence Thursday June 30, 2011 in Singapore. The 1930s railway station in Singapore's downtown will see off its final train in the day as a piece of Southeast Asian history closes as part of a land swap deal between the city-state and Malaysia. The Tanjong Pagar station, built in 1932 when Singapore and Malaysia formed the British colony Malaya, has been a rare link to the island's past amid the shiny skyscrapers of rich, modern Singapore. The station is part of a land exchange agreement that comes amid improving relations between Singapore and Malaysia.

Passengers wait to board a KTM train at the Tanjong Pagar station, headed to Malaysia, Thursday, June 30, 2011 in Singapore. The 1930s railway station in Singapore's downtown will see off its final train in the day as a piece of Southeast Asian history closes as part of a land swap deal between the city-state and Malaysia. The Tanjong Pagar station, built in 1932 when Singapore and Malaysia formed the British colony Malaya, has been a rare link to the island's past amid the shiny skyscrapers of rich, modern Singapore.

John Boonzaire, 39, of Canada, pops confetti as he rides on one of the last KTM trains out of the Tanjong Pagar station to Malaysia Thursday, June 30, 2011 in Singapore. The 1930s railway station in Singapore's downtown will see off its final train Thursday as a piece of Southeast Asian history closes as part of a land swap deal between the city-state and Malaysia. The Tanjong Pagar station, built in 1932 when Singapore and Malaysia formed the British colony Malaya, has been a rare link to the island's past amid the shiny skyscrapers of rich, modern Singapore. The station is part of a land exchange agreement that comes amid improving relations between Singapore and Malaysia.

John Boonzaire, 39, of Canada, pops confetti as he rides on one of the last KTM trains out of the Tanjong Pagar station to Malaysia Thursday, June 30, 2011 in Singapore.

A Muslim couple Azma Haron, right, and Azmiah Mohd Bakri, left, pose for a wedding portrait in front of the ticket counter at the Tanjong Pagar train station on their wedding day, Thursday, June 30, 2011 in Singapore. The 1930s railway station in Singapore's downtown will see off its final train in the day as a piece of Southeast Asian history closes as part of a land swap deal between the city-state and Malaysia. The Tanjong Pagar station, built in 1932 when Singapore and Malaysia formed the British colony Malaya, has been a rare link to the island's past amid the shiny skyscrapers of rich, modern Singapore. The station is part of a land exchange agreement that comes amid improving relations between Singapore and Malaysia.

A Muslim couple Azma Haron, right, and Azmiah Mohd Bakri, left, pose for a wedding portrait in front of the ticket counter at the Tanjong Pagar train station on their wedding day, Thursday, June 30, 2011 in Singapore. The 1930s railway station in Singapore’s downtown will see off its final train in the day as a piece of Southeast Asian history closes as part of a land swap deal between the city-state and Malaysia. The Tanjong Pagar station, built in 1932 when Singapore and Malaysia formed the British colony Malaya, has been a rare link to the island’s past amid the shiny skyscrapers of rich, modern Singapore. The station is part of a land exchange agreement that comes amid improving relations between Singapore and Malaysia.

Tanah KTMB Tanjung Pagar bukan milik kita lagi

KUALA LUMPUR, 1 Julai: “Selamat tinggal Tanjung Pagar” mungkin paling tepat diucapkan apabila bermula hari ini, tanah Keretapi Tanah Melayu (KTMB), di Tanjung Pagar bukan lagi milik Malaysia.

Ianya kerana pada 24 Mei tahun lalu, kerajaan BN melalui Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak bersetuju menamatkan khidmat KTMB di Tanjung Pagar bermula 1 Julai 2011 dan akan dipindahkan ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP).

Sementara itu, PAS menyifatkan kehilangan tanah KTMB itu membuktikan BN tidak lagi mampu mempertahan kedaulatan negara ini.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, rakyat perlu melihat ketidakmampuan kerajaan BN itu apatah lagi untuk menjaga dan mempertahan perkara bertindih yang lain.

“Barisan Nasional tidak boleh lagi menjamin kedudukan politik dan kedaulatan negara dengan lebih baik pada masa akan datang. Itu warisan terakhir tanah Malaysia di Singapura. Ia hilang dan gagal dipertahankan dibawah era pentadbiran Najib.

“Kita tak tahu apa apakah kita akan kehilangan lagi perkara-perkara berkaitan pertindihan yang masih tidak selesai. Ia tak boleh dipertahan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Beliau memberikan reaksi terhadap kehilangan tanah seluas 200 hektar atau 494 ekar termasuk laluan keretapi dan stesen di Tanjung Pagar mulai hari ini, 1 Julai 2011.

Kesemua tanah itu dimajukan oleh sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte Ltd.

Syarikat itu melibatkan Khazanah Nasional Berhad dari Malaysia yang akan memegang 60 peratus kepentingan, dan Temasek Holdings Limited, cabang pelaburan kerajaan Singapura, yang akan memegang baki 40 peratus ekuiti dalam syarikat usaha sama itu.

“Sebelum ini kita kehilangan Pulau Batu Puteh. Sekarang tanah KTMB pula. Kita tak punya lagi warisan yang memberi erti yang besar dalam konsteks warisan negara.

“Seharusnya jika rundingan dibuat, pertimbangan tidak boleh merugikan negara, atau sekurang-kurang dalam keadaan ‘win-win
situation’.

“Saya kesal dengan kehilangan itu. Dah sampai masanya rakyat untuk melihat sikap Barisan Nasional,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat semalam memaklumkan upacara ‘Tangisan Tanjung Pagar’ dibuat di stesen keretapi Johor Bahru semalam.

Mereka memakai baju putih dan seluar gelap sebagai tanda simbolik kehilangan tanah milik KTMB.Harakahdaily

………………………………………………………………………………………………

ARKIB….

Perasaan kakitangan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjung Pagar dan Bukit Timah semakin sayu menjelang penyerahan kedua-dua stesen itu kepada kerajaan republik ini pada 1 Julai depan.

Paling merasainya sudah tentu ketua di kedua-dua stesen tersebut apabila kereta api terakhir akan bertolak pada pukul 11 malam 30 Jun ini dari Stesen Tanjung Pagar, membawa pergi segala apa yang dapat dipindahkan dan meninggalkan hanya kenangan.

Ketua Stesen Bukit Timah, Atan Ahmad, 46, berkata, dia ditugaskan di stesen tersebut sejak 1998 dan banyak memori dalam menguruskan stesen separa elektrik dengan tiga landasan tersebut.

“Penduduk yang tinggal berdekatan dengan stesen ada datang menemui saya sebaik sahaja berita stesen ini akan ditutup dan memberitahu yang mereka akan merindui pemandangan gerabak kereta api melalui kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di stesen tersebut dalam lawatan Eksplorasi Media KTMB Singapura, di sini hari ini.

Lawatan khas itu membawa kira-kira 40 pemberita ke Stesen KTMB Tanjung Pagar dan Bukit Timah serta depot kereta api dengan menggunakan troli yang biasanya digunakan untuk pemeriksaan landasan, penyelenggaraan dan pelbagai tujuan lain.

Berkuat kuasa 1 Julai, perkhidmatan kereta api ke stesen Tanjung Pagar dan Bukit Timah akan ditamatkan dengan KTMB mengakhiri perkhidmatan kereta api ke republik ini di Woodlands Train Checkpoint (WTCP).

Sementara itu, Ketua Stesen Tanjung Pagar, Shamsul Bahri Sahri, 43, mengakui cukup sayu menjelang tarikh 1 Julai yang tinggal kira-kira sebulan sahaja lagi.

Menurutnya, ini kerana dia akan meninggalkan stesen tersebut selepas 15 tahun berkhidmat di sini dan akan menggalas tugas baru sebagai pengawal trafik koc di Kuala Lumpur.

“Saya bukan jenis yang mudah menangis, tetapi apabila tumpah air mata saya menggambarkan betapa dalamnya kenangan dan nilai sentimental di sini,” katanya.

Dia berharap kerajaan Singapura menunaikan janji untuk mengekalkan bangunan stesen kereta api Tanjung Pagar sebagai tapak warisan.

Pengurus KTMB Wilayah Tenggara, Tariq Umar Mohamed berkata, kereta api terakhir akan bertolak pada 11 malam dengan membawa 90 kakitangan KTMB yang bertugas di sini.

…………………………………………………………………………………..

Selamat Tinggal stesen Tg Pagar, Sultan Johor antara 100 penumpang akhir

KUALA LUMPUR, 30 Jun — Tepat pukul 11 malam ini, kereta api Senandung Sutera — perkhidmatan terakhir dari stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar, Singapura — akan melabuh tirai perjalanan yang bermula 79 tahun yang lalu.

Pengurus kanan korporat KTMB, Mohd Fazil Ismail berkata, kira-kira 100 penumpang akan mengikuti perkhidmatan terakhir ini dengan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar perkenan menyertai perjalanan terakhir malam ini.

The Malaysian Insider juga difahamkan kereta api terakhir tersebut akan dipandu sendiri oleh Sultan Ibrahim.

Notis penamatan perkhidmatan di Stesen Kereta Api Tanjung Pagar. — Foto oleh EquatorialSky2

“Penumpang terdiri daripada kakitangan KTMB sendiri dan orang awam,” kata Fazil ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Bagaimanapun, kereta api harian biasa — Ekspres Senandung Malam — akan beroperasi seperti biasa pada pukul 10 malam ini dengan dinaiki 540 penumpang.

Fazil berkata KTMB terpaksa mengehadkan penumpang yang menaiki kereta api terakhir khas tersebut kerana tidak mahu berlaku sebarang masalah teknikal dan operasi.

Justeru, Fazil berkata, orang ramai turut dipelawa memberi lambaian terakhir kepada penumpang-penumpang perkhidmatan kereta api terakhir ini.

“Saya percaya ramai yang akan hadir melihat dan memberi lambaian sebagai tanda ‘Selamat Tinggal’ kepada kereta api di stesen Tanjong Pagar yang dihentikan operasi selama-lamanya.

“Saya turut sedih tetapi menerima dengan hati terbuka. Sudah hampir  80 tahun ia menjadi destinasi persinggahan terakhir KTMB bagi menurunkan penumpang ke Singapura,” ujarnya lanjut.

Malaysia bersetuju memindahkan stesen KTMB Tanjong Pagar ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP), berkuat kuasa mulai esok.

Keputusan itu dicapai hasil perbincangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura tahun lalu.

Selain itu, Fazil berkata, orang ramai yang menjadi penumpang kereta api terakhir akan diberikan sijil pengesahan KTMB.

“Sijil pengesahan diberikan kepada penumpang sebagai tanda penumpang yang menaiki kereta api terkahir di stesen Tanjong Pagar sebelum dihentikan operasinya.

“Namun, bukan hanya penumpang yang menaiki kereta api terakhir tetapi juga mereka yang menaiki kereta api harian dari stesen Tanjong Pagar sepanjang hari tersebut (hari ini),” kata Fazil.

Dalam pada itu, Fazil berkata, sudah hampir 99 peratus kelengkapan operasi telah dipindahkan ke WTCP.

Platfom dan landasan kereta api di Stesen Kereta Api Tanjung Pagar. — Foto oleh EquatorialSky2

“Tiket, kaunter perkhidmatan dan barang-barang KTMB di Tanjung Pagar semuanya telah dipindahkan ke Woodlands. Pegawai dan kakitangan KTMB yang berkhidmat di stesen tersebut juga dipindahkan berkhidmat di Stesen JB Sentral dan ditempatkan di lokasi yang mempunyai kekosongan,” katanya lagi.

Fazil berkata, persiapan terakhir perjalanan kereta api berjalan seperti biasa.

“Kami akan menunggu ketibaan penumpang sehingga tibanya waktu kereta api terakhir bergerak,” ulasnya.

Tambahnya, KTMB turut mengadakan pameran fotografi dan menyediakan cenderahati yang akan dijual kepada pengunjung pada hari ini.

“Gambar-gambar yang dipamerkan menunjukkan stesen KTMB Tanjong Pagar  sebagai kenangan. Cenderahati pula akan dijual sendiri oleh kakitangan KTMB dan ahli Kelab Peminat Keretapi,” katanya.

Jarak laluan dari Stesen Woodlands ke Stesen Bukit Timah adalah sejauh 14km manakala laluan dari Stesen Bukit Timah ke Stesen Tanjong Pagar adalah 10.25km.

Stesen Tanjong Pagar memulakan operasi pada 1932.MI

About these ads

Responses

  1. Salam KTM,

    Ketua Stesen, Pemandu keretapi, Pekerja2 KTM dan seluruh rakyat sedih.

    Pengurus Besar KTM sedih tak?,
    Menteri pengangkutan sedih tak?
    Perdana Menteri sedih tak?………..
    Merekalah orang yang paling gembira
    kerana telah melaksanakan dasar2 pengecut negara.

    Benar sekali seperti kata-kata seorang wak, ambo panggil dia wok wei (nama dia Ismail) orang tua yang hidup bertani seorang diri dihujung tanjung di kampung ambo pada sekitar tahun 1969 bahawasanya (Waktu itu ambo berusia 10 tahun) antara yang ambo boleh ingat lagi katanya ialah:

    1. Nama malaysia? dia kata asalnya ….”Tunku kena tipu dek Lee Kwan Yew….melayu see aaa (melayu mati aaa)”…

    2……”akan sampai satu masa nanti negara kita yang kita cintai ini akan tergadai/terjual kepada singapura…..”

    3. “….kerajaan kita teroka tanah di bawah rancangan kerajaan ….Orang melayu masuk ke hutan, bangsa asing akan ambil-alih harta kita di pekan dan bandar, akhirnya nanti dengan
    FELDA/FELCRA/RISDA/KETENGAH/KEJORA/KESEDAR tu
    semua sekali akan tergadai/terjual kepada orang asing…..”

    4. “…negara kita kaya tetapi kekayaan negara kita tidak jadi hak milik rakyat kita, dia akan jadi hak milik rakyat asing….kita orang melayu akan jadi peminta sedekah di negara kita sendiri.Sebab apa?….sebab katanya ialah kerana pemimpin tertinggi negara kita menggadai/menjual tanah iar negara ini dan orang melayu pula bermusuhan sesama sendiri…..”

    5….ada 3 saja hak/nama melayu dalam negara melayu: keretapi tanah melayu, utusan melayu, dan baju melayu,

    Setelah lebih 40 tahun berlalu, kini kata-kata orang tua itu sudah menjadi kenyataan, maka ambo teringatlah lagu dulu2 yang dinyanyikan oleh siapa entah ambo pun tak ingat nama penyanyi itu:

    usah dikenang
    kisah yang silam
    janganlah
    bersedih……..

    menyesal
    tiada guna…….

    yang pergi
    biar pergi
    yang lalu
    tak kan kembali

    patah tumbuh
    hilang tiada bergantiiiiii…..

    jangan dikenang
    kisah yang silam
    janganlah….merana

    muzik….
    ten ten ten ten
    ten ten ten ten….
    ten ten ten ten!

    padan dengan muka ambo melayu…….

    • salam 1Malaysia aka
      salam TGNA suka.

      pjoloq ni betoi lah.
      dah ketinggalan zaman.
      sekarang bukang Pengurus Besaq.
      sekarang bukang Ketua Pegawai Eksekutif.

      sekarang dah.
      Presiden KTMB.
      dahsyat.
      Presiden lah katakan.

      tapi.
      dok rughi dok rughi laghu tu lah.
      tak akang untung sampai bila bila.
      walaupun diterajui Presiden.

      sekadaq nama saja Presiden.

  2. Mereka yang terlibat menyerahkan tanah KTM di Singapura akan dikenang sampai bila-bila. Mereka akan kekal berada dalam lipatan sejarah. Kalau Sultan Hussien of Kampong Glam dikenang sebagai orang yang menyerahkan Temasek kepada Stamford Raffles, nama mereka yang terlibat menyerahkan tanah KTM di Singapura sebaris dengan Sultan Hussien of Kampong Glam. Kalau nama Sultan Hussien of Kampong Glam dikutuk sampai bila-bila, nama mereka yang terlibat menyerahkan tanah KTM di Singapura pun akan dikutuk sampai bila-bila.

    Buat sesuatu yang buruk kepada tanah air, kubur akan dikencing oleh generasi kemudian!

  3. salam

    apa nak heran sangat ngan tanjung pagaq……
    satu temasik depa dah gadai lama dahhhhhh……
    mcm mana tak tergadai……
    dok asyik sronok main golf saja…
    puak tempoyak nie bukan nak ingat negara nak kena gadai ke apa ke……
    yg depa tau nak sronok sja……..
    ada duit pun bukan sendiri punya…..
    tu yg shopping sakan tu…….
    rata denia depa pi……caghi barang ori maa……..jam omega laa….apa laa…
    puak puak yg dok kat parit…kat dinding…kat tj belanja……kat lumut….habih pakat berlumut berlemoih tu……plan plan caghi makan……..
    tu pun tempoyak dok eksyen main golf lagi…….
    rempah pun tak boleh nak gilin dahhhhhhhh……..
    tu yg tergadai tu dah nampak cukup terang benderang…….

    tapi jangannnnnnnnnn……….
    wp habih dok kena gadai…….depa tetap sokong menyenget punya……..
    kalu tidak papa gomo n the geng tak boleh caghi makan….soru miss maa…….

    mai kita pakat tengok……
    apa dan brapa banyak yg dah lingkup pahana hasil keroja puak puak nie,,,,,,,,,,,,,,
    tanah rizab melayu semakin terhakis……
    kuasa politik Melayu semakin merosot…….
    penguasaan ekonomi negara semakin terlepas………

    http://www.kedahlanie.info/2011/05/senarai-pengkhianatan-umno-kepada.html

    http://onlytanahairku.blogspot.com/2010/11/senarai-pengkhianatan-umno-terhadap.html

    dah berbuih mulut……
    dah habih ayaq lioq………
    dok cerita pasai nie……
    terlalu banyak maa…….
    yg lain tu hangpa caghi sendiri laa………

    kalu kepulauan falkland yg jauh sangat sangat jauh ngan tokey penjajah dia……………tetap dia mempertahankan bermati matian……..
    kalu nak harap tempoyak ngan geng dia nak berjuang…..kah kah kah
    pakai lagi lingkup ada laa……..
    dok pakai seluaq katok lagi…….
    kencin merata……….

    kah kah kah…………..

    • kahkahkah…kata dulang paku serpih….hang sedaq dak hang pun tengah menyumbang nak derma negeri hang pelan-pelan kat depa…

      orang penang man hebat…tu yg panggil org melaka mai…maklum kat melaka kena reject…

      saja…tak sabaq nak p penang pakai passport/border pass…ishk ishk

  4. Nilai sebenar tanah KTM di Singapura menurut anggaran pada tahun 1995 ialah RM1.5 trillion. Bagi forumer yang gagal matematik ketika UPSR (atau Penilaian Darjah Lima), RM1.5 trilion bermaksud RM1,500,000,000,000.00.

    Itu adalah penilaian pada tahun 1995. Pada tahun 2011, nilainya bertambah berkali-kali ganda lagi. Pada tahun 2015, nilai tanah itu boleh mencecah RM3 trillion. Jumlah RM3 trillion itu kalau dibelanjakan untuk bajet tahunan negeri Kelantan, 7,500 tahun baru boleh habis. Apa yang Malaysia dapat sebagai imbuhan ialah tanah sekangkang kera di pinggiran pantai yang nilainya tidak seberapa.

    Bandingan dengan bajet tahunan negeri Kelantan ialah RM400 juta. Bagi forumer yang gagal matematik ketika UPSR (atau Penilaian Darjah Lima), RM400 juta bermaksud RM400,000,000.00.

    Tanah KTM sudah terlepas ke tangan Singapura. Persoalan yang timbul ialah, oleh kerana nilai tanah itu sangat mahal, siapakah yang mendapat komisyen dari GOS dan berapa banyak?

  5. UMproNo memrintah 46 tahun. Separuh malaysia dijual dan diberi kepada cina.

    Apa punya celaka UMproNo ni.

    • kahkahkah…sedaq dak PR perintah Perak tak sampai setaun…hampir setengah Perak nak bagi kat Cina…Kalau 46 taun macam hang kata…aku rasa nama Malay kat depan nama Malaysia dah tak dak dah…hang Siam kut no

      bodo la hang…

  6. Bagi ambo,

    Ketua Pengarah KTM ke,
    Ketua Pegawai Eksekutuf KTM ke,
    Pengurus Besar KTM ke,
    Presiden KTM ke,
    Menteri KTM ke,
    Perdana Menteri KTM ke,
    Sudah ketinggalan keretapi

    Mereka ni semua sama saja:
    Bodoh,
    Benak,
    Bengong,
    Bangang,
    Bahlol,
    Biol,
    Benawe,
    Binate

    semua berlambangkan B….
    Be END……..
    tidak terkecuali
    Budak tadika = B…buuughek!

    sekadaq ambo nak ghoyak bkn woyak

    • bagi mu.
      lebih dari itu.

      ni, kerana mu.
      malais membaca.

      mu tanyo TGNA.
      kalu mu tak cayo.

  7. Salam sdr semua,

    Peribahasa Melayu kita sudah lama tercipta lebih lama dari Tanjung Pagar:

    “HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI”

    Nama-nama besar dalam sejarah Singapura seperti, Temangi, Temasek, Sang Nila Utama, Hang Nadim, Tanjung Katung, Pasir Panjang, Selat Teberau, Bukit Timah, Bukit Merah,Teluk Belangah, Pulau Sentosa, Batu Puteh termasuklahTanjung Pagar akan habis ditelan waktu.

    Apa salahnya, jika Pulau Pisang dan Pulau Pinang satu hari nanti terkeluar dari peta Malaysia.

    Sesuatu yang tidak mustahil sama sekali.

    • sdr alam……..

      Tempoyak suatu hari nanti pun,,,,,,,,
      akan tinggai nama saja……

      kah kah kah

      • sama la…nanti nasik kandaq pun tinggai nama ja…kalau teringin nak makan kena pi negara China la pulak…hangpa dok pelan2 bagi…

  8. saheh tu NK,

    Kubur dia kat Gelang si paku Gelang, tepi hutan Tampenis menghala ke Changi dalam tempurung tersangkut kat pokok Cheri………

    tak kecian kat dia ke?

  9. Bila ada tukang jual tentu ada tukang beli
    Bila ada tukang ugut tentu ada sebab dia diugut.
    Bila ada tukang tipu tentu ada yang kena tipu.

    Umporno terpaksa juai Singapura kepada Lee Kuan Yew pasai Tengku lebih bodoh daripadanya. Kalau tak juai! Tengku tak boleh jadi PM.

    Tanah KTM Tanjung Pagar juga terpaksa kena juai pada Lee Kuan Yew pasai kena ugut, kalau tak juai rahsia kasi pecah. PM sekarang lebih bodo dari Tengku,

    Nak jadi presiden dan pemimpin2 Umporno. Depa kena lebih cerdik dari ahli2 Umporno, mesti punya skill bagaimana mau menipu, kendatipun begitu mereka tetap bodo dari Lee Kuan Yew. Takpa jadi bodo asalkan boleh kaut khazanah negara, Rakyat yang cerdik mengutuk mengherdik. Mampoih pilah depa asalkan kita kaya, kita kaya, kita kaya….

    Sibodo yang nak selamatkan kuasa, kena “patternkan” melantik ketua Hakim Negara dari tong yang sama, Peguam Negara yang dungu meskipun ramai yang cerdik dan berkalibar darinya, Ketua PDRM mesti dari yang pandai bodek dan sanggup kata ” Ya! Ya! Ya!…

    Umporno harini masih bertahan kerana rakyat yang dipatterkan menjadi robot bodo masih mengiyakan lagi pembohongan dan penipuan mereka dengan alasan pihak lain yang menipu dan gila kuasa.

    Singapura tergadai kerana ditipu oleh cina…
    Tanjung Pagar kena jual untuk mudah dibangunkan oleh Singapura.
    Batu Putih kita Win- win dan tak hilang semuanya
    Pulau Pinang.Umporno hilang kuasa pasai cina telah bersatu sementara melayu takmau berpadu tak sayang bangsa.
    Pembangunan Iskandar Johor kita buat kerana Singapura akan datang melabur bersama sama…

    Dengan ekonomi sekarang.. kita sedang menunggu, bilakah Malaysia akan dijual kepada Yahudi Apco yang berpengkalan di Singapura.

    • salam Kucing Kota.

      kemana hang p.
      betapa.

      hang tulih panjang-panjang.
      apa hang dah buat.

      hang tak buat apa apa.
      hang tak boleh buat apa apa.
      susah sikit, hang lari.
      tekena sikit, hang sembunyi.
      tekena banyak, hang betapa beberapa hari.

      sekadaq tulih saja, tak guna.
      action mau.
      mau ada action.

  10. salam 1 malaysia dan islam hadhari.
    Teringat waktu kecik2 dulu,bagaimana buku2 sejarah memaparkan pejuang2 yang mempertahankan tanah air dan negara tercinta sebagai pemberontak.Tok janggut,datok bahaman,mat kilau,abdul rahman limbong,dan ramai lagi yang seangkatan dengannya dilabel sebagai pemberontak a.k.a pengganas.Betapa ramai murid diwaktu itu mempercayainya dan membesar dengan maklumat dan kepercayaan tersebut.Bahkan sampai hari ini rasanya fakta itu masih kekal dan tidak ada usaha untuk membersihkan nama mereka apatah lagi uuntuk mengisytiharkan mereka sebagai pejuang negara.

    • salam 1Malaysia aka
      salam TGNA suka.

      mu baca buku sejarah, waktu kecik.
      hebat mu, mat.

      dah lama mu baca.
      mu tak buat apa apa ka.
      kalau tak buat apa apa.
      setakat ingat.
      seropa tak baca lah.

      sekadaq mu dah tua.

    • dah tua2 ni baca la balik…tengok buku sejarah cucu…kita dah panggil depa pejuang negara…

      cuma belum jumpa…nama anwar ibrahim pengkhianat negara…depa baik tak sampai hati nak tulis dalam buku sejarah…ishk

  11. Jgn peduli kat budak tadika
    Ini orang gila makan tahi.

  12. Thiss particular ifo is without a doubt so effective.

    I genuinely wish I’d stumbled upon it very much
    earilker thaqn right now. The actual manner its actually been written tends
    to makie so much sense as I’ve reaslly been struggling to get my head
    aaround this for ages. Thanks a ton ffor creating sso properly.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 61 other followers

%d bloggers like this: