
jika Azizan terus menyokong AUKU, maka beliau sepatutnya menyertai BN, kerana BN pro-AUKU- Prof Aziz Bari
AUKU: MB Kedah patut sertai BN, kata Aziz Bari
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sepatutnya menyertai BN jika beliau terus menyokong Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), kata bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Abdul Aziz Bari.
Katanya, jika Azizan terus menyokong AUKU, maka beliau sepatutnya menyertai BN, kerana BN pro-AUKU.
Pakar perlembagaan itu menegaskan demikian dalam satu akhbar di Shah Alam hari ini sebagai mengulas pendirian menteri besar Kedah itu yang menyokong tindakan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) milik kerajaan negeri itu, menggantung pengajian lima pelajarnya mengikut AUKU kerana dituduh menyertai demonstrasi haram.
Abdul Aziz juga menggesa Pakatan untuk mengambil tindakan tegas terhadap Azizan kerana pendirian menteri besar Kedah yang jelas bertentang dengan pendirian parti.
“… mereka mesti mengambil tindakan tegas terhadapnya, kerana ia (memansuhkan AUKU) disebut dalam Buku Jingga mereka,” kata bekas profesor undang-undang UIA itu.MK


















seorang sahabat berkata – Apa merepek ? Kalau nk serang MB Kedah tu boleh tapi minta la dulu penjelasan apa masalah sebenarnya, kool la sikit. Kalau tak tahu kedudukan sebenar jangan gatal2 nak ulas nanti lain jadinya. KUIN tu memang hak kerajaan negeri tapi AUKU tu adalah salahsatu syarat penubuhan semua IPT oleh kementerian.Sekiranya AUKU tak digunakan dalam kes ini atau MB masuk campur menongkah arus resikonya… KUIN boleh digantung. Ini jerat…tak tau ka.Sebab tu MB suruh pelajar2 buat rayuan tapi yang nak dengar nasihat puak2 yang mencucuk tu buat apa. U all tau ka latarbelakang antara pelajar2 tu..dia tu pun kuat mencucuk pelajar2 lain sambil mencari publisiti dan sengaja mencari isu untuk memporak-poranda KUIN padahal sebelumt masuk ke situ keadaan KUIN tenang saja. Cubala siasat dari mana datangnya sebelum masuk KUIN dan kenapa masuk KUIN, dah tu pandai temberang pulak pada pelajar IPT lain untuk perjuangan pelajar konon. MB adalah mangsa diaorang ni.. sebab dalam mensyuarat MPM target mereka adalah MB sendiri padahal masalah kuliyah tahfiz tu cuma batu loncatan mereka saja. Yang kasihan pelajar2 lain yang termakan dengan perjuangan pelajar yang entah apa2 ni. Sebenarnya isu KUIN ni boleh diselesai dengan mudah tapi mereka sengaja tak mahu selesaikan supaya nampak kegagalan kerajaan negeri.
komen dari comrade
By: amuraria on Januari 27, 2012
at 5:18 am
prof Aziz bari jgn terlalu cepat bagi komen yang menghentam MB Ust Azizan . Ada benda bawah bidang kuasa kita dan kita boleh membuat keputusan dan melaksanakannya. Tetapi isu AUKU ini adalah tertakluk kepada bidang kuasa pusat dan kita tak setuju begitu juga ustz azizan. Bg coth lagi mudah faham..kita tk setuju dengan tol yang dikenakan oleh PLUS melalui kepala bana penjanjian konsesi dan entah apa lagi…tetapi kita bayar …nanti bila Pakatan Naik dan kuasa ada dlm tangan masalah ini cuba kita selesai mengikut apa yang kita harapkan selama ini.
By: Alim Mahmud on Januari 27, 2012
at 3:13 pm
Apa..kalu KUIN x guna AUKU..Kedah akan jatuh bankrap ke…awat kalu KUIN x guna AUKU…MB nak kena tangkap ke..awat kalu KUIN x guna AUKU..KUIN akan kena tutp ke?Logik alasan kamu biarlah logik sikit..nah kalu masih lagi kurang ilmu dan x faham maksud kebebasan bersuara sila baca komen dari bekas ahli lembaga UM dan bekas duta ni:
http://www.themalaysianinsider.com/opinion/article/renungan-di-angkasa/
By: zik on Januari 27, 2012
at 6:17 pm