Posted by: pinkturtle2 | Mei 18, 2008

18 Negara Dalam Pesta Wau Antarabangsa Kelantan

Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2008 Terima Penyertaan 18 Negara

KOTA BAHARU, 18 Mei (Bernama) — Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2008 yang akan diadakan pada 23 hingga 27 Mei ini di Pantai Geting, Tumpat, sehingga kini telah menerima penyertaan daripada 18 negara.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan berkata selain Malaysia, antara negara luar yang telah mengesahkan penyertaan adalah Australia, Kemboja, Jerman, Korea Selatan, Taiwan dan Vietnam.

“Penyertaan mereka ini bakal menjadi medium untuk kita memperkenal dan membawa seni keunikan wau ke mata dunia. Pada pesta kali ini juga lebih banyak wau yang akan dipertandingkan antaranya wau bulan tradisi, wau puyuh tradisi, wau kucing, wau darat, wau sobek, wau kikik, wau tradisi naik dan Rokaku Korporat,” katanya kepada pemberita pada satu sidang akhbar di sini hari Ahad.

Takiyuddin berkata Rokaku yang diambil daripada bahasa Jepun membawa maksud wau yang direka bentuk dan ditampal logo syarikat-syarikat tertentu yang akan menyertai pertandingan itu.

Selain itu, beliau berkata seramai 300 peserta tempatan akan mewakili negeri-negeri bagi mempamerkan keunikan pelbagai jenis wau yang terdapat di negara ini.

“Penganjuran pesta ini dapat memberi banyak kebaikan kerana melaluinya para peminat wau dapat berkumpul, bertukar-tukar idea dan seterusnya mengembangkan lagi seni permainan wau ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Takiyuddin berkata kerajaan negeri yakin sasaran untuk menerima kedatangan enam juta pelancong ke negeri ini akan tercapai.

Katanya sehingga kini, Kelantan menerima kunjungan dua juta pelancong sempena Tahun Melawat Kelantan 2008 (TMK 08).

bernama


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: