Posted by: pinkturtle2 | Mei 18, 2008

Haram Terus Live Di Parlimen ?

Kaji Semula Siaran Langsung Sidang Parlimen, Kata Khairy

SEREMBAN, 16 Mei (Bernama) — Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin menyarankan agar kerajaan mengkaji semula siaran langsung persidangan Dewan Rakyat untuk sama ada diteruskan atau tidak dalam jangka masa panjang.

Beliau berkata ini kerana tidak semua penonton dapat mengikutinya secara berterusan memandangkan siarannya berlangsung pada waktu bekerja.

“Saya mendapat maklumat balas, siaran secara langsung persidangan Parlimen mulai menurun memandangkan tidak semua orang ramai yang menyaksikan perbahasan di kaca televisyen setiap hari kerana waktu persidangan berlangsung pada waktu bekerja,” katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata menyifatkan mutu perbahasan mengenai isu-isu yang dibentangkan sepanjang dua minggu lepas sebagai positif walaupun ada kalanya berlaku pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pakatan pembangkang.

“Saya berpendapat isu-isu yang yang diketengahkan oleh pihak kerajaan mahupun pembangkang mencapai penanda aras positif. Walaupun ada pelbagai kekecohan yang berlaku sepanjang persidangan namun itu adalah perkara biasa kerana sebelum ini pun berlaku perkara berkenaan,” katanya.

BERNAMA


Responses

  1. telog dah tak ada laa tuu
    kena gelaq macam2 kat parlimen he he he
    kerajaan anak menantu laa
    ketua pasar laaa
    khinzir jenglot laa…
    macam2 ada…

  2. Tak payah nak jadikan alasan….

    Yang penting siaran langsung tu dipanjangkan bukan di kaji untuk hentikan. Andai kata dipanjangkan masa tayangan sesiapa yang tak sempat nak tengok pukul 10 pagi boleh tengok pukul 11 pagi dan begitulah seterus nya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: