Posted by: pinkturtle2 | Mei 18, 2008

Pakatan Rakyat Sedia Mentadbir Johor

Pakatan Rakyat sedia mentadbir Johor

Kejayaan Pakatan Rakyat memerintah beberapa negeri selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu mendorong PR di negeri ini mencari jalan serta melipatgandakan usaha bagi menuruti jejak langkah negeri-negeri tersebut.

Kesungguhan serta komitmen yang ditunjukkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat ini terbukti apabila mereka sentiasa duduk semeja berbincang serta merancang bagi merealisasikan matlamat dan hala tuju perjuangan gabungan itu pada masa depan.

“Apa yang kita lakukan ini menunjukkan bahawa kita memang serius untuk mengambil-alih pemerintahan negeri ini dari BN pada PRU akan datang; hasrat dan cita-cita ini tidak mustahil untuk menjadi kenyataan jika semua pihak terus konsisten dan ikhlas untuk membela nasib rakyat,” kata Pesuruhjaya PAS negeri, Dato� Dr Mahfodz Muhamad selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Rakyat Johor di Skudai, 13 Mei lalu.

Hadir sama pada perjumpaan itu ialah Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Haw, Pengerusi KeADILan Johor, Abdul Halim Dawam, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan para pemimpin Pakatan Rakyat Johor.

Pakatan Rakyat Johor mempunyai lima wakil di Dun Johor iaitu Dr Mohamad Taslim (Maharani), Dr Sheikh Ibrahim Sheikh Salleh (Sungai Abong), Dr Boo Cheng Haw (Skudai), Ong Kow Meng (Senai) dan Ng Lam Hua (Mengkibul).

Menurut Dr Mahfodz, berbagai perkara telah dibincangkan dan dipersetujui pada pertemuan kali ini.

“Saya mempunyai keyakinan yang cukup tinggi terhadap masa depan Pakatan Rakyat di negeri ini berasaskan kepada keputusan PRU lalu.

“Bagaimana pun sokongan rakyat ini masih belum mencukupi bagi PR untuk meraih kemenangan besar sehingga membolehkan kita memerintah negeri ini, begitu pun kita tetap bersyukur dengan kemenangan beberapa kerusi Dun dan satu Parlimen di Johor, ini adalah petanda yang sangat baik bagi Pakatan Rakyat negeri ini.

“Kita mengharapkan kemenangan yang lebih besar akan diperolehi pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.

harakah daily


Responses

  1. aku skong!!!!!!!

    kerajaan pusat sekrg da kecut telo0!!!!!

    xlame lg pakatan akn naik!!!

    slagi pakatan buat yang terbaik untuk rkyt,,

    aku jamin pakatan akan pgg negara yg dijajah oleh lanun2,,,

    perompk2 negara!!!

    mkan duit rkyt!!

    aku hrp pakatn dapt buat yg terbaik untuk rakyt,,,

    dan aku nashtkan supaya pakatn xlpe dri,,,

    jgn jdi erzam!!!

    duri dalam daging!!

    bek mti je,,,

    2 jeaku nk smpaikan,,,,,

    takbir!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ALLAHU AKBAR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  2. takbir!!

  3. Ya hidup kaum Khawarij. Bagus ikut perasaan bukan Iman dalam berfikir. Saudaraku belajarlah apakah hukum mentaati pemerintah

  4. Mimpi disiang hari..
    Bagaimana nak jadi pemerintah.. cakap sajer.. kerjanya tidak..

    Jgnlah menjadi anjing menyalak bukit.. kuman seberang laut nampak..gajah depan mata langsung x peduli..

    Sebelum nak perintah Johor..pastikan jgn jadi ayam yang ekornya terpalit muka sendiri..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: