Posted by: pinkturtle2 | Mei 18, 2008

Ribuan Kanak-Kanak Akan Mati Kebuluran Di Myanmar

Myanmar: Ribuan kanak-kanak diramal mati kebuluran

YANGON 18 Mei – Ribuan kanak- kanak mangsa Taufan Nargis di Myanmar akan mati kebuluran dalam masa dua tiga minggu jika mereka tidak mendapat bantuan makanan dengan segera.

Agensi bantuan global, Save the Children memberi amaran itu hari ini sambil melahirkan kesangsian mengenai jaminan junta bahawa bantuan diagihkan dengan segera dan cekap ke kawasan bencana.

“Kami sangat bimbang kerana ramai kanak-kanak di kawasan bencana mengalami kekurangan zat makanan paling teruk dan tahap kebuluran serius,” kata ketua agensi itu di Britain, Jasmine Whitbread.

Menurutnya, mangsa boleh mati dalam beberapa hari apabila mereka sampai ke peringkat tersebut.

Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan, jeneral pemerintah negara ini mengharamkan import peralatan komunikasi dan ia menyukarkan lagi perhubungan antara agensi-agensi bantuan.

Laporan situasi terbaru PBB semalam menyatakan, hanya sekitar 500,000 penduduk telah menerima bantuan kecemasan daripada masyarakat antarabangsa.

Menurut laporan itu, semua peralatan komunikasi yang digunakan oleh agensi asing mesti dibeli menerusi Kementerian Pos dan Komunikasi.

Setiap agensi hanya dibenarkan membeli maksimum 10 telefon dengan harga AS$1,500 (RM4,725) setiap satu.

Mereka tidak dibenarkan mengimport peralatan

utusan malaysia


Responses

  1. masih belum mengerti dengan kehendak junta militer myanmar yg terkesan menghalang2i bantuan, dan membiyarkan rakyatnya kelaparan..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: