Posted by: pinkturtle2 | Mei 18, 2008

Serangan Bom Di Golok,Seorang Rakyat Malaysia Cedera

Rakyat Malaysia Cedera Serangan Bom Di Selatan Thailand

BANGKOK, 17 Mei (Bernama) — Seorang rakyat Malaysia adalah antara sembilan orang yang cedera apabila sebutir bom meletup di sempadan bandar Sungai Golok, Narathiwat Sabtu malam.

Seorang jurucakap polis berkata insiden itu berlaku pada kira-kira pukul 7.05 malam (8.05 malam waktu Malaysia), sebutir bom diletakkan di sebuah basikal yang diletakkan berhampiran dengan sebuah restoran, tidak jauh dari balai polis Sungai Golok.

Beliau berkata letupan itu menyebabkan lapan orang yang sedang makan malam di sebuah restoran cedera, termasuk rakyat Malaysia itu.

“Kesemua cedera ringan dan dibawa ke hospital Sungai Golok,” katanya ketika dihubungi.

Jurucakap itu berkata polis percaya serangan itu sebagai tindak balas berikutan kematian dua suspek pemberontak semasa pertempuran dengan pasukan keselamatan di Bukit Rambutan, Chanae di wilayah yang sama pada kira-kira pukul 10 pagi Sabtu.

Bandar Sungai Golok, yang bersempadan dengan Malaysia, ialah sebuah tempat untuk pelancong Malaysia tetapi bilangan pengunjung telah berkurangan beberapa tahun kebelakangan ini kerana keadaan tidak stabil di tiga wilayah selatan Thailand itu.

Lebih 3,000 orang terbunuh sejak Januari, 2004 apabila suspek pemisah memulakan kempen mereka untuk menuntut kemerdekaan bagi wilayah majoriti orang Islam di Narathiwat, Pattani dan Yala.

— BERNAMA


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: