Posted by: pinkturtle2 | Mei 19, 2008

Banyak Cerita Menarik Selepas Pengumuman Tun M


Gempar Seantero Dunia Dengan Pengumuman Tun

DAP terkejut Dr. Mahathir keluar UMNO

19/05/2008 4:07pm

KUALA LUMPUR 19 Mei – Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw terkejut dengan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar daripada UMNO.

Menurut Ahli Parlimen Kepong itu, beliau tidak faham mengapa Dr. Mahathir secara tiba-tiba mahu keluar UMNO.

“Apa sebab Dr. Mahathir mahu keluar dari UMNO. Apakah kerana masalah kepimpinan atau sebagainya. Kita pun tidak faham.

“Adakah Dr. Mahathir keluar UMNO kerana menganggap parti itu sudah tidak relevan lagi,’’ katanya.

utusan

Ahli-ahli UMNO diminta bertenang

19/05/2008 3:52pm

KUALA LUMPUR 19 Mei – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meminta ahli-ahli UMNO bertenang di atas tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan keluar parti serta-merta.

“Tindakan Dr. Mahathir keluar UMNO merupakan satu kehilangan besar kepada parti kerana sumbangan beliau kepada UMNO sangat besar.

“Pada masa yang sama, kita sebagai ahli-ahli UMNO perlu mempertahankan parti kerana matlamat kita memasuki UMNO adalah untuk memperjuangkan nasib orang-orang Melayu,’’ katanya.

– Utusan

UMNO sedih dengan tindakan Dr. Mahathir – Mattaib

19/05/2008 3:32pm

KUALA LUMPUR 19 Mei – UMNO yang sudah berusia 62 tahun hari ini cukup bersedih apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bertindak meninggalkan parti itu.

Bagaimanapun, Ketua Penerangannya, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, keputusan itu adalah hak bekas Presiden UMNO tersebut.

Pada masa yang sama, beliau menegaskan, tiada pihak yang harus mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk berundur.

Menurut Muhammad, ini kerana, walaupun Barisan Nasional (BN) gagal mendapat majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, ia tidak bermakna parti itu gagal untuk memimpin negara ini.

Utusan

UMNO Perlis rayu Tun Mahathir timbang semula

19/05/2008 3:38pm

KUALA LUMPUR 19 Mei – Badan Perhubungan UMNO Perlis merayu bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya menimbangkan semula keputusannya untuk keluar daripada parti.

Ketua Penerangannya, Datuk Hashim Suboh berkata, Dr. Mahathir ialah orang yang telah membina UMNO menjadi parti yang berkesan dalam memimpin kerajaan dan negara.

“Jika ada kelemahan, kesilapan dan kesalahan maka ia adalah masalah kepimpinan dan bukannya salah atau dosa UMNO.

“Rakyat dan akar umbi telah memberi mesej yang jelas kepada kepimpinan parti dan kerajaan. Gerakan untuk memperbetulkan parti dan kerajaan telah bermula dan makin berkembang di dalam UMNO,’’ katanya. Utusan

Pemimpin UMNO Johor turut terkejut Dr. Mahathir keluar parti

19/05/2008 5:09pm

JOHOR BAHRU 19 Mei – Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi terkejut dengan tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengisytiharkan diri keluar daripada UMNO kerana sebelum ini bekas Perdana Menteri itu tidak menunjukkan sebarang tanda akan berbuat demikian.

Beliau tidak menyangka sama sekali Dr. Mahathir mengambil tindakan berani itu dan turut mengakui menerima banyak khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada ahli-ahli cawangan yang berhasrat mengikuti langkah tersebut.

Beliau bagaimanapun tidak akan mengikuti langkah berkenaan kerana lebih suka menyelesaikan sesuatu masalah secara dalaman.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda Johor, Razali Ibrahim kecewa dengan apa yang berlaku di antara Dr. Mahathir dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau menyifatkan apa yang berlaku amat merugikan UMNO terutamanya ahli yang terdiri daripada generasi muda kerana sepatutnya mereka diberi teladan yang baik.

Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam, Datuk Samsol Bari Jamali yang turut terkejut dengan tindakan Dr. Mahathir bagaimanapun menegaskan pemimpin dan ahli bahagian berkenaan tidak akan mengikuti jejak langkah itu.

Menurutnya, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.

utusan

Duri dalam daging sudah terkeluar – Musa Hitam

19/05/2008 5:38pm

KUALA LUMPUR 19 Mei _ Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam menyifatkan tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad meninggalkan UMNO bererti ‘duri dalam daging sudah terkeluar’.

Walaupun mengakui sedih dan berdukacita dengan tindakan Dr. Mahathir itu, tetapi katanya, ia memberikan peluang kepada pucuk pimpinan memperkukuhkan kembali parti.

“Saya berasa sedih dan dukacita mendengar berita Dr. Mahathir keluar daripada UMNO, lebih lagi dalam waktu UMNO menghadapi keadaan yang sangat-sangat mencabar sekarang.

“Bagaimanapun, ahli-ahli UMNO harus menerimanya dengan hati terbuka dan tenang,

tentu ada hikmahnya di sini, duri dalam daging sudah terkeluar,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui satu sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Musa Hitam menambah, kini pucuk pimpinan harus menumpukan usaha mereka kepada dua perkara.

Perkara pertama, jelas beliau ialah menerima realiti bahawa UMNO sekarang bukan lagi sekuat atau diterima sepenuhnya oleh rakyat terutama Melayu.

“Kedua, menerima realiti bahawa konsep ‘Mahathirisme’ sudah berlalu dan UMNO haruslah balik kepada konsep ‘bersih, cekap, amanah’ yang pada awal tahun 80-an dulu diterima dengan begitu positif oleh rakyat jelata.

“Tetapi dalam jangka pendek kita semua dalam UMNO telah kesesatan jalan,” katanya.

utusan


Responses

  1. Baguslah itu. TAR dan Hussein Onn tak mati dalam umno. Sumbangan besar TDM dalam umno:

    1. Memberi tekanan pada TAR supaya letak jawatan.

    2. Terlibat secara langsung dalam pengharaman umno dan menubuhkan umno baru.

    3. Hussein Onn tak masuk pun umno baru

    4. Perletakan jawatan TPM Musa Hitam

    5. Perpecahan umno dan tertubuhnya Semangat 46.

    6. Terlibat dalam permecatan Tun Salleh Abbas

    7. Fitnah terhadap DSAI dan sampai DSAI terpenjara

    8. Terlibat dalam kes VT Lingam korek, korek, korek

    9. Menekan umno dan Pak Lah dan akhirnya BN tewas 5 negeri dalam PRU12

    9. Menekan Pak Lah supaya letak jawatan.

    TDM memang selalu kacau daun macamlah dia itu perfect sangat

  2. Bagaimana dengan kesedihan keluarga mangsa -mangsa Memali dan keluarga tahanan-tahanan ISA semasa Dr.M menjadi PM dulu ? Siapakah yang akan meringankan penderitaan mereka ? Siapa yang sudi membantu mereka ? Apakah tindakan yang dibuat terhadap mereka yang telah menyalah guna kuasa di zaman Dr.M menjadi PM ?

  3. Salam hormat,

    Nasib baik beruk-beruk (pinjam istilah KJ) di hutan tak jatuh kerana turut terkejut. Bagi saya, Malaysia takkan runtuh tanpa si mahathir ini…hehehe.:)

    Wassalam.

  4. allah yang menentukan segala-galanya.

  5. […] Banyak Cerita Menarik Selepas Pengumuman Tun M [image] Gempar Seantero Dunia Dengan Pengumuman Tun DAP terkejut Dr. Mahathir keluar UMNO 19/05/2008 4:07pm KUALA LUMPUR […] […]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: