Posted by: pinkturtle2 | Mei 19, 2008

Kelantan Sebagai Model Pentadbiran-MB Perak

Perak akan jadikan Kelantan sebagai model pentadbiran – MB Perak

Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir Muhammad Nizar Jamaludin, berkata Kelantan akan menjadi contoh dalam pentadbirannya, memandangkan kerajaan negeri itu telah berjaya memenuhi hasrat rakyat pelbagai bangsa selama 18 tahun.

Katanya lagi, selain itu Perak juga akan mengutamakan konsep kebajikan dan amanah yang menjadi teras Pakatan Rakyat (PR), memandangkan rakyat di negeri itu begitu haus dengan konsep tersebut hasil kegagalan kerajaan terdahulu melaksanakannya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra dan sesi dialog bersama pemimpin kerajaan negeri di Bilik Gerakan, Kota Darulnaim, di sini tengahari tadi sempena lawatan rasminya ke Kelantan hari ini.

Nizar dalam rangka lawatan kerjanya turut ditemani Pengerusi Jawatankusa Perpaduan, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Pengguna, Chen Fook Chye, Adun Selising, Husin Din, Adun Semanggul, Ramli Husin, Setiausaha Politik dan akhbarnya, Ustaz Misbahul Munir Masduki dan Anuar Hashim.

Dalam rangka lawatan selama empat jam ke negeri Cik Siti Wan Kembang itu, Nizar turut diraikan pada majlis makan tengahari bersama Anggota Exco kerajaan negeri dan Adun sebelum mengadakan pertemuan rasmi dengan Tuan Guru di pejabatnya.

“Untuk kita, pihak kerajaan akan berusaha sedaya mungkin untuk memikul amanah itu sebaiknya dan akan melaksanakan konsep kebajikan dan beramanah sebagaimana yang rakyat inginkan.Dalam masa yang sama, Perak memerlukan sokongan semua pihak termasuk rakyat seluruhnya mendoakan kesejahteraan kerajaan kita agar sentiasa berada di bawah lindungan Allah,” ujarnya.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyambut kedatangan Nizar bersama 10 orang deligasi lain kira-kira pukul 12.30 tengahari tadi di kediaman rasmi JKR 10, di sini.Sebelum mengadakan sesi ramah mesra dan dialog, Nizar diraikan pada majlis makan tengahari di JKR 10.

Turut hadir dalam majlis makan tengahari itu, Timbalan Menteri Besar, Dato Ahmad Yaacob, Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nasharuddin Daud, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Adun dan lain-lain pimpinan.

Selepas itu, beliau mengunjungi Tuan Guru Nik Abdul Aziz di pejabat Menteri Besar kira-kira pukul 2.30 petang.Kehadiran Nizar buat pertama kali ke negeri itu, menjadi perhatian para media termasuk RTM, TV3, TV9 untuk membuat liputan.

Tegasnya lagi, kerajaan Perak juga akan menjadikan Kelantan sebagai model dalam semua hal termasuk pentadbiran memandangkan kejayaan negeri itu telah menerajui perubahan sejak 18 tahun lalu.Turut berucap pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato Ahmad Yaacob.

harakah daily


Responses

  1. salam teman semua…
    minta tolong klik link dibawah….
    dari klik tersebut dapat jugak saya 10 sen…
    http://jutawanklik.com?a_aid=9420077a
    tolong yer… terima kasih


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: