Posted by: pinkturtle2 | Mei 19, 2008

Mencari daging halal

Bereza Di Singapura,Isu Halal Jarang Sekali Timbul

di Singapura, isu halal jarang sekali timbul kerana mereka memiliki Akta Halal dan hanya mengaplikasikan satu logo halal sahaja. Sesiapa yang menggunakan logo selain logo yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Singapura (MUIS) akan dikenakan tindakan denda yang tegas.

“Ini menyebabkan tidak ada pihak yang berani mencipta logo halal sendiri di Singapura.

“Tetapi di Malaysia, isunya ialah kita tidak ada perundangan yang jelas. Pernah juga timbul kes logo halal ditipu atau logo sudah tamat tempoh,” tambahnya.

Dalam perkara ini, kebanyakan pengguna Islam tidak begitu prihatin. Sepatutnya mereka lebih peka. Kalau was-was tidak perlu beli, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Misalnya, sebelum ini ada syarikat menjual ayam yang jelas menyembelih tidak mengikut syarak.

“Hanya seminggu lebih isu itu heboh diperkatakan, masyarakat Islam beli semula selepas terpengaruh dengan taktik pengilang yang licik,” ujarnya.

Ketua Laboratori Polisi dan Pengurusan, Jabatan Sains Haiwan IPPH, Dr. Awis Qurni Sazili pula berkata, keadaan itu diburukkan lagi dengan hakikat penternak ayam bumiputera berdepan dengan masalah kekangan modal.

“Kadangkala konsep penternakan itu sendiri ialah dari ladang sehingga ke produk akhir. Kita lebih menekankan proses integrasi yang bermula daripada makanan ternakan, infrastruktur dan penyembelihan.

“Secara tidak langsung, penternak bumiputera terpinggir kerana tidak mampu. Hanya syarikat gergasi bermodal besar yang boleh melakukannya,” jelas Dr. Awis.

Jumlah rumah sembelihan ayam yang banyak turut menyukarkan pihak berwajib untuk memantau tahap status halal daging di negara ini.

Menurut Pengarah Bahagian Diagnostik dan Kepastian Kualiti dari Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan Putrajaya, Dr. Muhmad Kamarulzaman Muhmad Sharif, di

Semenanjung Malaysia sahaja, dianggarkan terdapat 180,000 rumah sembelihan

“Bagaimana hendak kawal? Mustahil untuk tempatkan pegawai di setiap rumah sembelihan kerana ia tidak praktikal. Jadi, kita kena bincang adakah wujud kaedah untuk pastikan ayam itu halal atau sebaliknya.

“Salah satunya ialah mungkin kajian berkaitan metabolemik sama ada wujud perbezaan di antara sembelihan yang dibaca Bismillah dengan yang tidak dibaca,” katanya serius.

Timbalan Pengarah Unit Halal, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ahmad Solihin Maryakon mengakui bahawa isu halal tidak akan selesai melainkan setiap pihak memainkan peranan masing-masing.

Di pihak agensi kerajaan, mereka patut mengadakan undang-undang lebih jelas dan tegas. Jika ada pusat sembelihan yang melanggar peraturan, sita atau robohkan. Pihak tertentu juga perlu mewajibkan permohonan pentauliahan halal dan mengikut standard yang telah ditetapkan.

“Penguatkuasaan mestilah melibatkan pelbagai agensi dan tidak boleh harapkan Jakim sahaja. Kerjasama antara agensi sekarang memang baik, cuma perlu perbaiki agar lebih positif.

“Pengguna harus menjadi mata dan telinga. Kalau hendak beli ayam, kena tanya siapa dan di mana ia disembelih.

“Saya yakin, jika ada kerjasama yang positif antara masyarakat dengan agensi kerajaan, masalah ini akan dapat diatasi,” katanya.

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN

kosmo


Responses

  1. Setiap kenyataan yang dibuat diakhbar seperti main-main. Cuba nyatakan terus nama syarikat pengeluar atau syarikat pembeli supaya masyarakat kita ambil berat dan berhati-hati ketika membeli.

  2. kami di US mencari daging halal di ladang, konvoi bersama sejauh 18 batu, dan kami menikmati daging halal sembelihan kami sendiri, yang dibasuh oleh kami sendiri, dan di masak oleh kami sendiri..sibuk? ya kami sibuk.. dengan assg, dengan itu dan ini, dengan mencari duit,

    pendek kata, mao atau tak sahaja..alhamdulillah


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: