Posted by: pinkturtle2 | Mei 19, 2008

Tanah Runtuh, lebih 200 Penyelamat Dikhuatiri Tertimbus

Chinese rescuers observed three minutes of silence near the rubble of a collapsed building in Dujiangyan in Sichuan Province. Vincent Yu/Associated Press

Tanah Runtuh, Lebih 200 Penyelamat Dikhuatiri Tertimbus

19/05/2008 7:13pm

BEIJING 19 Mei _ Lebih 200 petugas penyelamat di kawasan gempa di barat daya China, dikhuatiri tertimbus dalam kejadian lumpur tebal berikutan tanah runtuh sejak dua hari lalu.

Kejadian berlaku dipercayai akibat kedudukan cerun bukit dan gunung yang tidak stabil ekoran gegaran-gegaran susulan yang berlaku selepas gempa bumi yang melanda wilayah barat daya China itu Isnin lalu, menurut Kementerian Pengangkutan China hari ini.

Maklumat lanjut mengenai kemalangan itu tidak diperolehi, sama ada mangsa berjaya dikeluarkan atau masih tertimbus.

Kemalangan itu terjadi selepas tujuh hari gempa bumi pada skala 7.9 Richter melanda Wilayah Sichuan yang menyebabkan lebih 30,000 orang penduduk terkorban.

Selepas gempa itu, beratus-ratus gegaran susulan dirasai di sekitar wilayah pergunungan itu.

Runtuhan batu-batu gunung yang terjatuh ke dalam sungai menyebabkan aliran sungai tersekat dan keadaan ini diburukkan lagi dengan hujan lebat yang menyebabkan air melimpahi tebing sungai.

utusan


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: