Posted by: pinkturtle2 | Mei 19, 2008

Terkejut jumpa isteri dibunuh

AHLI keluarga Letchumy yang dijumpai mati dibunuh di rumahnya di Taman Paya Rumput Permai kelmarin terkejut mengetahui berita tersebut.

Isteri Di Bunuh Kejam

MELAKA – Seorang penjual ikan yang baru pulang dari berniaga di pasar malam terkejut apabila menemui isterinya mati di dalam bilik tidur di rumah mereka di Taman Paya Rumput Permai di sini malam kelmarin.

Mangsa suri rumah, P. Letchumy (gambar kecil), 51, ditemui dalam keadaan terlentang di atas katil penuh darah dan terdapat beberapa kesan tikaman di muka dan lehernya pukul 10 malam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan R. Gunarajan berkata, sebelum kejadian pukul 6.30 petang, wanita itu ditinggal bersendirian oleh suaminya berusia 50-an dan anak lelakinya berusia 22 kerana mereka pergi menjual ikan di sebuah pasar malam berhampiran rumah mereka.

“Bila sampai ke rumah, kedua-dua beranak itu hairan mendapati semua pintu rumah terbuka dan keadaan bilik berselerak.

“Lebih mengejutkan apabila mereka menemui mayat mangsa yang sudah tidak bernyawa,” kata beliau.

Menurut Gunarajan, polis turut menemui sebilah pisau ada kesan darah, kayu pengolek roti dan besi di sisi mayat Letchumy.

kosmo


Responses

  1. PATI masih berleluasa di kawasan Kampung Tanah Pinggir Meriang, Nyalas ,Jasin, Melaka.. masih menggaji PATI setelah diberkas kali pertama pada 29HB Sept 2009 dan menjual rokok yang tidak sah ( tanpa cukai ) dikediaman beliau…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: