Posted by: pinkturtle2 | Mei 20, 2008

Pesta Liar Kena Serbu

Festiva Jadi Medan Terlampau Seronak

KOTA BHARU – Lepas pesta liar di Port Dickson, Negeri Sembilan dua minggu lalu, kini muncul pula pesta liar di Kelantan.

Di negeri itu, sekumpulan 23 remaja termasuk tujuh remaja wanita ditahan semasa ghairah berparti di sebuah bilik hotel di bandar ini malam kelmarin.

Mereka yang ditahan merupakan sebahagian daripada kira-kira 50 remaja yang dipercayai sedang menyertai private party di hotel tersebut.

Baki remaja lain itu sempat melarikan diri sebaik mengetahui kehadiran polis.

Mereka yang ditahan itu pula dipercayai tidak sedar dengan kehadiran polis kerana sedang ligat menari dengan pasangan masing-masing.

Ada antara pasangan tersebut sedang berpelukan dengan pakaian masing-masing menjolok mata.

Segelintir lagi sedang lalai minum dan menyanyi di dalam bilik bersaiz sederhana itu.

Kumpulan remaja yang menempah bilik hotel itu telah menggunakan khidmat disc jockey yang disewa khas untuk memeriahkan pesta tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Supritendan Idris Abd. Rafar berkata, serbuan itu dilakukan pukul 10.45 malam selepas pihaknya mendapat maklumat orang ramai. …kosmo


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: