Posted by: pinkturtle2 | Mei 21, 2008

Mengenali Isteri MB Perak Yang Agak ‘Low Profile’

Datin Seri Fatimah yang ‘low profile’

Oleh KuYam Tranungkite

Rabu, 7 Mei 2008, 3.00 petang – detik sejarah bagi ku, rakyat marhaen Perak Darul Ridzuan. Itulah pertama kali daku melangkah masuk ke kediaman rasmi Menteri Besar Perak, yang hanya biasa ku tinjau dari kejauhan entah berapa ribu kali sebelum ini, dalam rangka lawatan bersama-sama teman-teman yang lama dan baru, bertujuan bertemu dan mengenali isteri MB, Datin Seri Fatimah yang agak ‘low profile’, dengan lebih dekat lagi.

Ungkapan ‘mesra rakyat’, antara lainnya, sering disebut oleh MB dalam mempercirikan Kerajaan PR Perak ini. Terbukti bahawa ungkapan itu bukan omong kosong. Sebaik saja kereta kecil ku menyusur tiba di muka pintu masuk utama yang kelihatan gah itu, ia dibuka tanpa lengah dan banyak soal oleh anggota polis bertugas dengan mesra dan senyuman. Wah! Terasa dihargai. Kedatangan kami sudah dijangka dan kami dipersilakan masuk terus ke lapangan meletak kereta. Perasaan ku seperti kanak-kanak yang dilepas bebas dalam kedai permainan Toys-R-Us! Suka sekali! Satu demi satu gambar diambil buat kenangan

Melangkah masuk ke ruang tamu, ‘kekosongan’ dan kesederhanaan kediaman rasmi itu menarik perhatian ku. Terlintas di fikiran, betapa biasanya rumah rasmi MB ni. Kemudian pemerhatianku terjawab apabila diketahui bahawa hampir semua isi rumah itu telah diangkut keluar sebelum dihuni oleh MB baru dan diganti dengan perabot-perabot asas sederhana yang ada ini. Terlintas pula fikiran lain, ‘Bukan ke ini rumah rasmi MB? Boleh ke mantan MB dan keluarganya anggap segala isi rumah itu sebagai hak peribadi dan membawanya keluar?” Pelik. Untuk bersangka baik, mungkin segala perabot dan perhiasan tu dibeli dengan wang mereka sendiri, kut. …more


Responses

  1. Baru berapa hari jadi Menteri Besar….Jangan dok puji sangat. Semua orang bolih berubah. Belum tentu

  2. hello hafizoo..
    jgn pk -ve sgt..gua hepi sgt sbb MB kali ni tak dapat dinafikan lebih mesra (tak protokol sgt) compare ngan yg lama2..so, tak salah kalo puji benda yg betoi..

  3. kalau bini pak lah tutup aurat macam tu kan bagus..

  4. ni bkn psal puji nie reality …ni bru di katekn isteri soleha..mcm bini paklah aduhai saleha…kakakakakaaka

  5. hafizoo…hang penah pgi tak umah MB kelantan?? rumah beliau sgt2 lah sederhana..tapi layanan sgt2 lah 1st class..hang tau tak dah bape lame beliau jadi MB Kelantan??

    hang jawab kat aku..

  6. Betul yang baik haruslah dipuji dan yang jelek haruslah dikeji….baru negara boleh aman……kalau perompak dikata pejuang lagi lah sedih……

  7. eloo, hafiZOO(melaka ke taiping?)…. dan yg seKUTU dgnnya…..
    Jangan nak cerita pasal agama, tunjuk baik, dan cerita pasal ISLAM hadhari (@ Islam ada hari-hari?) kalau orang yg paling dekat dgn kau pun, kau tak boleh betulkan…. pakai tudung tu HUKUMNYA WAJIB!!!!!!!!! tak sekolah ke??????

  8. Have you ever considered about adding a little bit more than just your
    articles? I mean, what you say is valuable and everything.
    However imagine if you added some great visuals or video clips to give your posts more, “pop”!
    Your content is excellent but with pics and videos, this blog could certainly be one of
    the greatest in its field. Amazing blog!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: