Posted by: pinkturtle2 | Mei 22, 2008

Umno Terima Dr. M keluar Parti

ABDULLAH Ahmad Badawi bersama Mohd Najib Tun Abdul Razak (kiri) dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (tengah) berbincang sebelum mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn PWTC di sini malam tadi. Turut kelihatan setiausaha kerja UMNO Datuk Husaini Hashim. foto BERNAMA

Umno terima Dr. M keluar parti, nasib Mukhriz diserah Pemuda
KUALA LUMPUR: 22-05-2008 09:02:17 AM (Mstar) Majlis Tertinggi (MT) Umno yang mengadakan mesyuarat khas hampir tiga jam malam tadi, menerima keputusan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk keluar Umno serta-merta.

Selain itu, MT juga membincangkan pelan pemulihan Umno sambil menyatakan sokongan padu kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk terus memimpin parti dan kerajaan.

Ketika bercakap kepada pemberita kira-kira pukul 12.15 pagi (Khamis), Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berharap Dr. Mahathir akan kembali ke pangkuan Umno kelak.

“Kita telah menerima surat rasmi Dr. Mahathir. Ini bukan kehendak kita, ini kehendak beliau, jadi kita terima.

“MT berharap Tun akan kembali ke Umno pada satu masa nanti,” kata beliau pada sidang akhbar yang turut dihadiri Presiden Umno dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Menara Dato Onn di sini.

Abdullah menyerahkan kepada Najib untuk mengumumkan keputusan mesyuarat MT.

Ketika MT mengadakan mesyuarat khas, Dr. Mahathir berada di Jepun. Mesyuarat MT yang dijadualkan untuk diadakan dua minggu lagi dipercepatkan dengan mengambil kira perkembangan semasa politik Umno.

Ketika ditanya jumlah ahli yang telah keluar parti, Najib berkata, belum ada butiran mengenainya.

Kata beliau, setakat ini Ibu Pejabat Umno hanya menerima surat rasmi daripada Dr. Mahathir.

Difahamkan lebih 2,000 ahli Umno di Selangor dan Kedah telah menyatakan hasrat keluar parti.

Kata Najib, MT juga tidak membincangkan kedudukan Datuk Mukhriz Mahathir yang tidak keluar Umno, tetapi semalam telah menggesa Abdullah meletakkan semua jawatan dalam parti dan kerajaan.

“Isu Mukhriz kita serahkan kepada Exco Pemuda untuk membincangkan,” kata Najib yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Exco Pemuda akan bermesyuarat esok (Jumaat) . …more


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: