Posted by: pinkturtle2 | Mei 23, 2008

Adun BN Belanja RM27 Juta Dalam Masa 2 Bulan: MB Selangor

Adun BN Belanja RM27 Juta Dalam Masa 2 Bulan

Selangor: May 23,2008 (Malaysiakini) Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) telah membelanjakan 90.6 peratus daripada peruntukan bagi kawasan masing-masing dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini

Menjawab soalan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan), beliau berkata, jumlah keseluruhan peruntukan tersebut ialah RM26,634,844.33 dan baki yang tinggal ialah RM2,907,155.76.

Khalid kemudiannnya memberitahu pecahan peruntukan bagi setiap kawasan pilihanraya dan baki yang tinggal.

Katanya, sebahagian besar Adun BN masing-masing membelanjakan RM492,800 dan Khalid berkata, beliau akan menyiasat perkara tersebut.

Malah, katanya, Speaker Dewan Undangan Negeri yang lalu, yang bukannya seorang Adun, turut membelanjakan RM600,000.

Sehubungan itu, Khalid mencadangkan supaya sebuah jawatankuasa khas mengenai kecekapan, akauntabiliti dan keteluasan ditubuhkan untuk menyiasat perkara tersebut.

Ekoran perbelanjaan besar dalam tempoh dua bulan pertama ini, kini tidak ada lagi peruntukan yang tinggal bagi 36 kerusi dewan undangan negeri yang kini dikuasai oleh kerajaan Pakatan Rakyat – PKR-DAP-PAS – untuk dibelanjakan sepanjang tahun ini. …more


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: