Posted by: pinkturtle2 | Mei 23, 2008

Batu Puteh Milik Singapura,Malaysia Dapat Terumbu Karang Sahaja

Sebenarnya Terumbu Karang tu tak de pe pun..Saja Nak Penyedap Cerita je..Sama Luas Dengan Reban Ayam je tu..Jangan Dok Ingat Macam Pulau Perhentian Pula.

Pandangan dan kesimpulan awal saya adalah, dalam bahasa paling mudah — bahasa yang disebut-sebut oleh rakyat jelata kita — kita sebenarnya KALAH.

Rakyat jelata kita tahu pertikaian ini atas nama Pulau Batu Puteh. Kerajaan kita pun berhujah atas nama yang sama.

Sekarang Pulau Batu Puteh sah milik Singapura. Yang kita dapat adalah Middle Rocks — BATU bukan PULAU — yang hampir-hampir tidak pernah disebut dalam kenyataan kerajaan.

Maka dari aspek psikologi dan propaganda, kita kalah kerana minda kita mahu menang Pulau Batu Puteh tetapi sebaliknya kita diberikan Middle Rocks.

Kita tunggu dan lihat bagaimana pakar-pakar ‘spin‘ media massa arus perdana akan mengolah berita ini untuk menyedapkan hati kita.

Dengan terlerainya kebuntuan ini, apakah pemerintah kita akan terus berdiam diri mengenai isu-isu tergantung yang lain seperti Jambatan Bengkok, perjualan air kepada Singapura, tanah KTM di Singapura dan wang rakyat Malaysia dalam Tabung Simpanan Pusat (CPF) Singapura? …more

Dr. Rais Yatim bersalaman dengan Timbalan Perdana Menteri Singapura, Prof. S. Jayakumar (kanan) di The Hague, Belanda ketika Mahkamah Keadilan Antarabangsa bersidang untuk mengumumkan keputusan tuntutan kedaulatan tiga pulau, petang ini. AP

.

Suasana ketika Mahkamah Keadilan Antarabangsa mula bersidang untuk mengumumkan keputusan tuntutan kedaulatan tiga pulau di The Hague, Belanda, petang ini. Delegasi Malaysia mengambil tempat sebelah kiri (barisan depan). AP

Pulau Batu Puteh Milik Singapura

THE HAGUE (Belanda):23-05-2008 07:45:53 PM (Mstar) Mahkamah Keadilaan Antarabangsa (ICJ) hari ini menetapkan bahawa Singapura mempunyai hak kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh manakala Malaysia mempunyai hak kedaulatan terhadap Terumbu Karang Tengah.

Mahkamah itu juga menetapkan bahawa Terumbu Karang Selatan adalah milik negara di mana terletaknya perairan wilayah.

Pertikaian hak milik Pulau Batu Puteh akhirnya berpihak kepada Singapura dengan kelebihan 12 undi berbanding Malaysia, 4.

Undian bagi Terumbu Karang Tengah mendapat keputusan 15-1 yang memihak kepada Malaysia.

Mengenai Terumbu Karang Selatan yang juga dikenali South Ledge, mahkamah menentukan bahawa kedaulatannya tertakluk kepada persempadanan perairan yang dimiliki oleh sesebuah negara.

Penghakiman itu menamatkan pertikaian selama 28 tahun antara Malaysia dan Singapura berhubung pulau itu, yang dikenali di Singapura sebagai Pedra Blanca, dan juga dua terumbu karang itu.
Pulau Batu Puteh terletak 7.7 batu nautika dari pantai Tanjung Penyusuh di Johor.

Kedua-dua negara telah memberi jaminan akan akur dengan keputusan ICJ, badan kehakiman utama Pertubuhan Bangsa Bersatu.

Keputusan mahkamah itu adalah muktamad dan tidak boleh dirayu.

Malaysia dan Singapura juga berulang kali menyatakan bahawa apa sahaja keputusan tidak akan menjejaskan hubungan dua hala.

Penghakiman itu dibacakan oleh Naib Presiden ICJ Shawkat AlKhasawneh, yang bersama dengan 15 hakim lain, telah mendengar penghujahan dari keduadua negara pada perbicaraan kes itu dari 6 hingga 23 November tahun lalu.

Keputusan itu disiarkan secara langsung oleh RTM1 mulai 10 pagi di sini (4 petang di Malaysia).
Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang mengetuai rombongan Malaysia mendengar penghakiman itu di sini menyifatkan keputusan itu sebagai “menang-menang”.

Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah di sini, Rais berkata, walaupun kedaulatan Pulau Batu Puteh berpihak kepada republik itu, namun penting juga dilihat bahawa kedaulatan Terumbu Karang Tengah, yang dikenali sebagai Middle Rocks, diberi kepada Malaysia.

“Keputusan pada pagi ini (waktu Belanda) adalah memberi kemenangan kepada keduadua pihak… pada satu peringkat mahkamah ICJ memutus mengikut fakta sejarah dan perundangan antarabangsa serta menimbulkan kesankesan pentadbiran dan lainlain hal berkaitan tuntutan (Pulau) Batu Puteh.

“Mahkamah memutuskan untuk memberi kedaulatan kepada republik Singapura, tapi pada masa yang sama… ini penting… Pulau Middle Rocks adalah diberi milik kedaulatan kepada Malaysia. Dan ini merupakan satu kemenangan kepada Malaysia jua,” katanya.

Mengenai Terumbu Karang Selatin yang juga dikenali South Ledge, Rais berkata, mahkamah menentukan bahawa kedaulatannya tertakluk kepada persempadanan perairan yang dimiliki oleh sesebuah negara.

“Ia mungkin nanti merupakan satu isu yang harus disusul bersama oleh Singapura dan Malaysia menentukan tahap serta status kedaulatan kepulauan tersebut,” kata Rais. BERNAMA

BERITA MUTAKHIR.. 20:24PM-MAY 23, 2008

Muhyiddin Minta Rakyat Terima Keputusan ICJ

KUALA LUMPUR: (Berita Harian) Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat menerima penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) hari ini yang memutuskan Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura.

Beliau berkata walaupun keputusan itu sesuatu yang mengecewakan tetapi ia harus diterima.

“Saya agak kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh ICJ mengenai Pulau Batu Puteh yang tidak menyebelahi Malaysia.

“Sebagai rakyat Johor, saya sedih kerana walau apa asas undang-undang antarabangsa yang digunakan oleh ICJ, dari segi nilai sejarah, kedaulatan dan moralnya kita sudah kehilangan sebahagian daripada wilayah kita,” katanya di sini hari ini sejurus selepas ICJ membuat keputusan itu.

ICJ yang bersidang di The Hague, Belanda melalui pengundian 12-4 yang berpihak kepada Singapura menetapkan bahawa negara jiran itu mempunyai hak kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh, manakala Malaysia pula melalui pengundian 15-1 diberikan hak kedaulatan terhadap Terumbu Karang Tengah. — Bernama

BERITA MUTAKHIR… 20:42PM-MAY 23,2008

Jangan Ada Lagi Pertikaian Selepas Ini

MUAR 23 Mei – (Utusan Malaysia) Malaysia dan Singapura tidak perlu lagi memanjangkan pertikaian yang berlarutan hampir 28 tahun lalu, berikutan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bahawa Pulau Batu Putih adalah milik Singapura.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Razali Ibrahim berkata, tuntutan terhadap pulau itu yang memakan masa yang lama kini sudah dianggap selesai dan kini kedua-dua negara perlu berbincang kaedah untuk membangunkan kawasan tersebut.

Menurut beliau, rakyat Malaysia pula perlu menerima keputusan yang ditetapkan oleh ICJ itu dengan tenang.

“Kita harap tidak akan berlaku lagi pertikaian yang baru lagi selepas ini, kerana tuntutan terhadap Pulau Batu Putih ini sudah terlalu lama ditimbulkan dan sudah diputuskan oleh ICJ hari ini,’’ katanya di sini hari ini. – Utusan

Berita Mutakhir… 23:29PM-MAY 23,2008

PM minta rakyat Malaysia terima keputusan

TOKYO 23 Mei (Utusan Malaysia)– Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta semua rakyat Malaysia terutama penduduk Johor menerima keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memutuskan Pulau Batu Putih milik Singapura.

Perdana Menteri berkata, walaupun beliau sedih dengan keputusan tersebut tetapi menerimanya kerana ia dibuat melalui persefahaman bersama Malaysia-Singapura selepas kedua-dua negara sepakat membawa pertikaian tersebut ke ICJ pada 1993.

Bagaimanapun, beliau melihat situasi menang-menang dalam keputusan tersebut kerana Malaysia diberi kedaulatan ke atas Middle Rocks sementara South Ledge pula tertakluk kepada wilayah perairan di mana ia terletak.

“Menang pun tak menang semua, kalah pun tak kalah semua. Itulah keadilannya. Saya tahu rakyat Malaysia terutamanya penduduk Johor akan ada yang emosional mengenai keputusan ini.

“Kita perlu ingat bahawa keputusan ini dibuat secara aman dan adil. Keadilan itu mestilah diakui,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sehubungan itu, tambahnya, satu langkah segera akan diambil untuk memastikan kedudukan sempadan South Ledge.

Perdana Menteri berkata, beliau yakin South Ledge adalah milik Malaysia.

Dalam pada itu, Abdullah berkata, beliau akan menghadap Sultan Johor, Sultan Iskandar Sultan Ismail untuk memaklumkan mengenai keputusan tersebut.

“Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim juga akan menghadap sultan dan akan memberi penerangan kepada rakyat terutamanya penduduk di Johor selepas ini,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Singapura mengenai keputusan itu, beliau berkata itu tidak perlu.- Utusan.


Responses

  1. Assalamualaikum…

    Dah itu keputusannya. Mungkin selepas ini JOHOR plak. Untuk permulaan Pulau Batu Putih, kemudian Wilayah Iskandar, 5-10 tahun lagi negeri Johor ler..

    Padan ngan muka Melayu Johor. Undilah UMNO lagi. Mana org Melayu Johor nak lari nanti.. kt tgk 10 – 15 tahun lg. Mungkin akan ada penghijrahan dari rakyat Johor ke negeri2 Melayu yg lain. Tahniah pada rakyat Johor yg prihatindan sayangkan Malaysia.

    Nanti cuba ler muafakat dgn org Yahudi nanti yer…

    Wassalam

  2. Xnak dengar cakap ulama’, xtau nak kata apa. Dulu hangpa kata Penang, lani kna kat Johor. Lagi teruk, hilang kedaulatan. Pakat2 lah dengan Indonesia, kita gabung atas dasar Islam, wat jambatan kat Selat Melaka. Wat terusan kat Segenting Kra. Depa tak belajar sejarah Islam bagaimana nak pertahan kedaulatan. Aku kesian nelayan kat Kuala Sedili tu. Khoybar2 ya yahud.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: