Posted by: pinkturtle2 | Mei 23, 2008

Membuat laporan yang benar dan melayani maklumat itu secara adil- MB Perak

Pengamal Media Perlu Berubah, Kata MB Perak

IPOH, 23 Mei (Bernama) — Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata para pengamal media di Perak hendaklah memastikan cara penyampaian laporan mereka selari dengan perubahan iklim politik pasca pilihan raya umum lepas agar mereka terus relevan di hati masyarakat.

Beliau berkata para pengamal media yang tidak rela berubah sejajar dengan perubahan yang berlaku di kalangan masyarakat dan masih meneruskan pemikiran tradisional untuk mencari kesalahan pihak lain akhirnya akan dipinggirkan oleh masyarakat yang telah berubah.

“Akhbar-akhbar yang tidak rela menukar jenis-jenis analisis mereka, yang masih lagi membuat ‘monotonous reporting’ (laporan membosankan)… ‘one way reporting’ (laporan sehala)… dengan niat yang tak berapa nak sihat, lambat laun mereka akan disisihkan.

“Oleh kerana apa… oleh kerana masyarakat akan mencari sumber-sumber maklumat yang bertepatan dan bersesuaian dengan era pemikiran hari ini,” katanya ketika berucap pada majlis Makan Malam Bersama Media di kediaman rasmi Menteri Besar di sini malam tadi.

Beliau berkata umur dan hayat media adalah bermusim dan sejarah telah membuktikan banyak media terkenal di seluruh dunia dan sangat dihormati serta mempunyai jumlah pembaca yang tinggi akhirnya berkubur kerana enggan mengikuti arus perubahan politik yang berlaku.

Menurut Mohammad Nizar media yang enggan berlandaskan kepada kebenaran dan elemen keadilan di dalam laporan mereka juga tidak akan bertahan lama dan akhirnya akan turut dipinggirkan oleh masyarakat yang sentiasa dahagakan kebenaran.

Beliau menyarankan pengamal media di Perak membuat laporan yang benar dan melayani maklumat itu secara adil supaya ia bersesuaian dengan naluri manusia yang berkehendakkan kebenaran.

Mohammad Nizar berkata kerajaan Pakatan Rakyat di Perak bersikap terbuka, mesra media dan sentiasa bersedia memberikan kerjasama kepada media di sini supaya suara kerajaan negeri dapat didengari dan disampaikan kepada rakyat negeri ini.

Lebih 50 wartawan dan jurugambar media yang berpangkalan di Ipoh menghadiri majlis jamuan itu.

— BERNAMA


Responses

  1. […] Membuat laporan yang benar dan melayani maklumat itu secara adil- MB Perak […]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: