Posted by: pinkturtle2 | Mei 23, 2008

Pemuda Umno Jerlun sokong pendirian Mukhriz

Pemuda Umno Jerlun Sokong Pendirian Mukhriz

JERLUN:23 May 2008 17:35 (Berita Harian) Pemuda Umno Bahagian Jerlun hari ini mempertahankan tindakan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir yang meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan.

Ketuanya, Zulfekri Awang, berkata Pemuda Jerlun menyokong penuh pendirian Mukhriz yang juga Exco Pemuda Umno Malaysia.

Beliau menyifatkan Ketua Pemuda Negeri Sembilan, Datuk Jamlus Aziz dan Ketua Pemuda Perak, Zainol Fadzi Paharudin cuba menyekat kebebasan bersuara dalam parti itu apabila mendesak supaya tindakan diambil terhadap Mukhriz.

“Demokrasi dalam Umno akan lumpuh jika semua anggotanya dihalang bersuara dan dipaksa untuk menyokong pemimpin yang mereka tidak bersetuju.

“Sebagai Pemuda, kita harus faham bahawa Mukhriz membawa mesej daripada akar umbi dan kita harus beri peluang kepada beliau untuk bersuara kerana Umno mengamalkan sistem demokrasi,” katanya di sini hari ini.

Jamlus dilaporkan sebagai berkata, Mukhriz harus dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin Umno atas perbuatannya.

Zainol Fadzi pula mendesak Mukhriz melepaskan jawatan exco pergerakan dan keluar daripada parti jika terus berprasangka buruk terhadap pucuk pimpinan. – BERNAMA

Lihat Juga Di Sini.. 9 Ketua Pemuda Umno Kedah Sokong Mukhriz


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: