Posted by: pinkturtle2 | Mei 25, 2008

Tiga lelaki rompak kedai emas dalam tempoh seminit

PULAU PINANG: 25-05-2008 06:30:44 PM (Mstar) Tiga lelaki bersenjatakan sepucuk revolver melarikan beberapa dulang barang kemas yang dianggarkan bernilai RM200,000 dalam satu rompakan di sebuah kedai emas di Lebuh Teck Soon kira-kira pukul 11.30 pagi ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Supt Mohd Nashir Ya berkata rompakan itu dilakukan dalam tempoh seminit sahaja, selepas dua lelaki yang menaiki dua motosikal dengan memakai topi keledar penuh bersenjatakan sepucuk pistol menyerbu kedai itu.

“Dua perompak itu masuk ke dalam kedai, manakala seorang lagi rakan mereka menunggu di atas motosikal di luar kedai itu,” katanya ketika dihubungi di sini, Ahad.

Beliau berkata semasa kejadian hanya dua pekerja berada di dalam kedai itu, dan mereka diarahkan tidak melawan semasa salah seorang perompak mengacukan senjata api dipercayai revolver ke arah mereka.

“Mereka mengambil beberapa dulang barangan kemas dalam tempoh seminit sahaja. Siasatan awal mendapati motosikal yang dinaiki penjenayah itu menggunakan plet nombor pendaftaran¬† palsu,” katanya.

Nashir berkata polis sedang menjalankan siasatan termasuk melihat kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat dalam kedai itu.

Beliau berkata pihaknya juga sedang mengenal pasti sekiranya senjata yang digunakan dalam kejadian itu adalah revolver betul atau palsu kerana tiada kesan tembakan di dalam kedai itu.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya. ¬† BERNAMA

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 61 other followers

%d bloggers like this: