Posted by: pinkturtle2 | Mei 26, 2008

23 ditahan jual bayi

Sindiket babit doktor, pegawai JPN tumpas, 4 bayi selamat

JOHOR BAHRU: Empat bayi antara tujuh bulan hingga satu tahun yang dalam proses untuk dijual kepada beberapa keluarga, berjaya diselamatkan selepas polis menumpaskan satu sindiket menjual dan membeli bayi dalam Ops Kasih, di sini, Khamis lalu.

Dalam operasi khas itu, polis turut menahan 23 individu, termasuk tiga rakyat Singapura dalam tempoh 24 jam.

Turut ditahan ialah doktor yang beroperasi di sebuah klinik swasta di pusat bandar raya ini, isteri, kakitangan serta pegawai Jabatan Pendaftaran Negara yang memalsukan dokumen identiti tiga bayi lelaki, seorang perempuan berkenaan serta pasangan yang membeli bayi daripada sindiket itu.

Difahamkan, sindiket terbabit menjual bayi dengan harga antara RM10,000 hingga RM20,000 bergantung kepada jantina serta bangsanya kepada pasangan yang terdesak ingin menimang cahaya mata.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner II Amer Awal, pada sidang media di sini, semalam, berkata modus operandi sindiket beroperasi di klinik swasta itu adalah dengan mendekati ibu yang mahu menggugurkan kandungan dan menawarkan sejumlah wang sebagai bayaran hingga anak mereka dilahirkan.

Klinik berkenaan juga dipercayai menawarkan kegiatan pengguguran haram kepada ibu yang mengandung anak luar nikah. Amer berkata, pihaknya mendapat maklumat daripada orang ramai berhubung kegiatan sindiket terbabit sejak beberapa bulan lalu dan sepasukan anggota dari Bukit Aman serta Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri menyerbu klinik swasta terbabit kira-kira jam 4 petang, Khamis lalu.

Katanya, operasi berkenaan berterusan hingga tengah malam hari yang sama dan polis turut menyerbu empat rumah sekitar bandar raya ini, sebelum menemui empat bayi itu yang dipercayai untuk dijual.

Dalam serbuan di klinik itu juga, polis menemui beberapa fail dokumen yang menjadi bukti berlakunya transaksi penjualan dan pembelian bayi yang dilakukan sindiket berkenaan. …MORE


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: