Posted by: pinkturtle2 | Mei 26, 2008

Akedemi Fantasia: Apalah Kami Sebagai Siswazah….

Akedemi Fantasia: Apalah Kami Sebagai Siswazah….

Tiga, empat hingga lima tahun bertungkus lumus memerah otak untuk mendapatkan segulung ijazah. Dengan istiadat konvokesyen yang dihormati, graduan penuh ceria berjubah dan bertopi empat segi tersenyum dengan penerimaan sehelai kertas yang akan menentukan hidupnya selepas itu. Akan tetapi istiadat itu kini tidak

dianggap sebagai satu perkara yang bernilai, ianya boleh digunapakai kepada “pelajar” yang hanya perlu belajar hanya dalam tempoh 10 atau 12 minggu untuk mendapat taraf graduan tersebut. Tidak perlu

tugasan, tidak perlu kerja rumah, tidak perlu kekalkan CGPA atau GPA pada tahap “kepujian”, tidak perlu semua itu, hanya nyanyian dan undian, mereka mendapat hak yang sama dengan graduan universiti ini.

Walaupun di Akedemi Fantasia, pelajarnya juga belajar, sama dengan pelajar universiti yang belajar, tetapi tekannya lebih tinggi kerana ia melibatkan kewangan, masa, tenaga, pengetahuan yang lebih banyak berbanding dengan rancangan hiburan yang hanya menumpukan kepada keuntungan semata-mata. Secara jujurnya aku melihat (kali pertama aku

melihat secara langsung final A.F iaitu A.F 6) ia sebagai memperli pelajar universiti dengan jubah dan topi empat segi ditambah pula dengan “istiadat penganugerahan” yang sama dengan konvokesyen. Ini memperlihatkan graduan universiti ini tiada yang istimewa selepas belajar tiga hingga lima tahun dengan pelajar yang belajar sepuluh atau dua belas minggu. Keistimewaan itu hilang dek populariti dan juga hiburan yang mendatangkan keuntungan.

Apalah kami sebagai siswazah jika dibandingkan dengan pelajar A.F ini. Mereka mendapat lebih banyak maafaat walaupun hanya belajar selama beberapa minggu berbanding pelajar universiti yang belajar betahun-tahun lamanya untuk mendapatkan sehelai kertas sahaja, bukan wang tunai puluh ribu ringgit, bukan apartment, bukan kereta, bukan piala,

hanya segulung kertas yang dicop mohor universiti sahaja, itupun mereka (orang hiburan) nak tiru “istiadat” yang kami banggakan ini. Dan selepas ini orang hanya tersenyum bila melihat gambar graduan di hari konvokesyen sambil berkata, “Kalau setakat nak bangga dengan gambar konvokesyen, baik masuk A.F aje, dapat juga pakai jubah konvo…. tak payah buang masa“.

http://kipp3k.wordpress.com/


Responses

  1. Hi…ini dikatakan street smart Dalam 10 minggu boleh jadi graduan Akademi Fantasia Tak payah susah2 Dapat bungalow, kereta, wang tunai dan pelbagai hadiah. Nak masuk tak payah susah2 nak ada 10A dalam SPM Darjah 6 pun boleh apply Masa konvokesyen jutaan yg tengok Ada yg tepuk tangan, gembira dan ada yg menangis Pendek kata pelbagai cetusan emosi Soal PTPTN atau biasiswa tak perlu Semua ditanggung beres Tak payah nak bayar balik PTPTN Bukan kah itu dinamakan bijak ? Mak bapak boleh lihat apa anak mereka buat kat ‘IPTA” tu saban hari selama 10 minggu !! Malahan ada “IPTA” yg sanggup bagi sampai RM 1 million. So…….itulah trend sekarang………..nak salah siapa ye ???

  2. Biasalah gitu. Jalan menuju ke puncak jaya sebenarnya bukan satu. Malangnya kita hanya nampak satu, iaitu melalui pencapaian akademik. Walaupun mereka tak bagus akademik, tapi kita lupa mereka ada bakat. Betullah kata Tom, itulah trend sekarang. Lagipun yang jutawan kat dunia sekarang tak semestinya tinggi pencapaian akademiknya. Bill Gates pun tak lulus U. Kat Malaysia, Mokhtar Al-Bukhari dan Lim Goh Tong juga tak belajar sampai U. Jadi kepada kengkawan siswazah semua, marilah kita cari jalan lain untuk ke puncak jaya, selepas kita berjaya mendapat segulung ijazah.

  3. Salam hormat,

    Apa pun, tahniah buat (Stacy), 18, yang hanya dengan kelulusan PMR muncul juara(AF6). Stacy mendapat hadiah, sebuah banglo bernilai RM550,000, sebuah kereta Peugeot 307 XS berharga RM139,535, wang tunai sebanyak RM25,000 dengan ungkapan lain menghampiri insan jutawan.

    Dalam scenario ini adalah pantulan cermin masyarakat Malaysia, John Stuart Mill (1806) ahli falsafah British, dalam bidang ekonomi, moral dan politik menyatakan bahawa, kerajaan sesebuah negara adalah cermin masyarakatnya.

    Justeru masyarakat kita, jelas lebih mendambakan kewujudan individu yang tahu menyanyi berbanding individu yang bijak dalam akadenik. Saya percaya bahawa seseorang yang lulus universiti dan makan gaji dengan kerajaan selama 20 tahun belum tentu dapat mengumpul (RM700,000).

    Dimanakah letaknya standard dan harga diri serta pengiktirafan buat seseorang siswa – siswi yang berhempas-pulas belajar di universiti jika dibandingkan dengan Stacy yang hampir jutawan tanpa SPM? Apa yang jelas ialah sikap dan minda masyarakat Malaysia memerlukan perubahan ke arah orientasi menjunjung tinggi nilai akademik dan sendekiawan tulen.:)

    Wassalam.

  4. Tulah saya kata. Rakyat Malaysia dilatih sehingga terlalu mengagungkan pencapaian akademik. Mereka terlalu megah dengan segulung ijazah dan lupa terhadap pencapaian dalam bidang lain selain akademik. Bukankah Robert Kiyosaki telah mengatakan, sekolah atau universiti bukan melatih seseorang untuk menjadi kaya tetapi melatih orang untuk menjadi pekerja. Sedangkan kita semua maklum, kerja makan gaji dengan kerajaan tidak menjamin kita jadi kaya kecuali kalau kita ambil rasuah, salah guna kuasa atau pecah amanah.

    Kita nak marah macam mana dengan artis ni? Kita nak kata mereka tak berguna tak boleh juga. Selebriti Astro misalnya, mereka digilap tentulah untuk meningkatkan rating penonton program tv berbayar berkenaan. Selain itu, sudah tentulah artis yang kaya merupakan pembayar cukai pendapatan kepada kerajaan berbanding dengan siswazah nganggur yang terpaksa dibantu oleh kerajaan. Masyarakat hari ini pula terlalu bergantung kepada artis untuk mendapatkan hiburan bagi ‘merawat jiwa duka lara’ mereka. Bukan macam orang zaman dulu yang dididik menjadikan rasul dan para sahabat sebagai sebagai idola dan berjumpa para ulamak jika menghadapi masalah kerohanian.

  5. inilah budayo dalam novel islam hadhari karya pak lah.samolah brito nyo ngan novel shit pun nak bawak mano. graduan skarang tak do nilai. apo tak nyo..gayo jubah pun samo ngan jubah universiti. payah-payah aku belaja kat u…karang masih merempat bertugas di ulu sungai..gaji pun tak semewah juara af…alahai…apo kono pak lah ni..?? agak nyo pak lah ni masih tercari-cari sentuhan imam as syafiee dalam sajaknya kot..cobo pak lah mintak tolong pak guru dari kelate…toyol tok uban kat srawak ni “ngasi” agik…he..he..he..doso anak didik af sapo nak tanggung???tepuk dada tanya minda…!!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: