Posted by: pinkturtle2 | Mei 26, 2008

China quake: 69 dams near collapse

69 Empangan Berisiko Pecah

CHENGDU 25 Mei (Utusan Malaysia) – Sebanyak 69 empangan yang retak dalam gempa bumi di barat daya China dua minggu lalu kini menghadapi bahaya akan pecah.

Timbalan Menteri Sumber Air, E Jingping hari ini berkata, semua empangan tersebut di wilayah Sichuan menghadapi bahaya tersebut.

Sebanyak 310 empangan lain berada dalam ‘situasi sangat berbahaya’, manakala 1,424 lagi berdepan dengan risiko sederhana, katanya pada sidang akhbar.

Pihak berkuasa telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasi masalah itu termasuk mengeringkan 69 takungan air dan menurunkan paras air di 826 takungan lain, tambah Jingping.

Kerosakan kepada banyak empangan dan takungan air menimbulkan ancaman berlarutan kepada penduduk di kawasan yang dilanda gempa, walaupun belum ada laporan mengenai empangan yang pecah.

Tanah runtuh berpunca daripada gempa bumi pada 12 Mei lalu juga menyebabkan laluan sungai tersekat dan mewujudkan puluhan ‘tasik gempa.’

Empangan Three Gorges, empangan terbesar di dunia terletak kira-kira 560 kilometer ke timur pusat gempa itu, bagaimanapun tidak rosak dalam bencana tersebut.


Responses

  1. apa yg berlaku di china, adalah balasan dari tuhan, x kira la tuhan sapa pun -atas kekejaman China terhadap Tibet & Dalai Lama.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: