Posted by: pinkturtle2 | Mei 26, 2008

SPR sudah sedia, pilihan raya tergempar?

kami bersedia untuk apa jua kemungkinan -SPR

.

PUTRAJAYA:26-05-2008 07:06:12 AM (Mstar) Lebih 140,000 pekerja yang secara langsung terlibat dalam pilihan raya umum ke-12 telah dinasihatkan agar bersedia untuk membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menguruskan kemungkinan pilihan raya umum tergempar.

Sambil menegaskan tidak mahu membuat spekulasi mengenainya, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, beliau telah meminta mereka supaya bersedia untuk menghadapi apa saja kemungkinan.

Beberapa pemerhati politik, dengan mengambil kira senario politik semasa,  tidak menolak kemungkinan pilihan raya boleh diadakan.

“Saya tidak mahu membuat spekulasi, kami tidak boleh membuat spekulasi.

“Bagaimanapun kami bersedia untuk apa jua kemungkinan. SPR berupaya untuk menguruskan pilihan raya (tergempar jika diadakan) kerana kami mempunyai segara infrastruktur (untuk mengadakan pilihan raya),” kata Abdul Rashid.

Pilihan raya tergempar merujuk kepada pilihan raya yang diadakan secara tiba-tiba tanpa sebarang penunjuk awal.

Abdul Rashid menyatakan demikian dalam temu bual khas dengan mStar Online di pejabatnya di sini.

Malah, Abdul Rashid menjelaskan, ketika mesyuarat postmortem pilihan raya umum ke-12 sejak dua bulan yang lalu, beliau telah menyeru agar membuat persedian yang sepatutnya.

“Saya telah memaklumkan mereka dalam pertemuan sepanjang dua bulan yang lalu, sila membuat persediaan kerana pilihan raya (tergempar) boleh diadakan bila-bilan masa jua. Ini nasihat yang saya berikan kepada mereka,” katanya.

Katanya, beliau memberikan nasihat sedemikian kerana ia merupakan sebahagian daripada fungsi dan peranan suruhanjaya berkenaan.

“Saya tidak membuat spekulasi apa-apa, ia tidak baik untuk membuat spekulasi kerana ia hanya politik sahaja,” katanya.

“Sebagai badan fungsian, kita perlu membuat persediaan. Ia merupakan tugas kami, tugas anggota panel Suruhanjaya untuk memberikan nasihat (agar bersedia),” katanya.

Pertengahan bulan ini, Timbalan Pengerusi, Datuk Wan Ahmad Wan Omar memberitahu, pilihan raya umum yang baru boleh diadakan pada bila-bila masa meskipun tempoh mandat kerajaan yang memerintah kurang daripada dua bulan.

Undang-undang tidak menghalang daripada membubarkan Parlimen dan Dewan Perundangan Negeri. …more


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: