Posted by: pinkturtle2 | Mei 26, 2008

TMB Kelantan Masuk CCU

Husam lawat Ahmad Yaacob di CCU

KOTA BHARU – 11:43:09 AM  5/26/2008 (Sinar Harian) Keadaan Timbalan Menteri Besar (TMB) Kelantan Datuk Ahmad Yaacob yang dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini kerana serangan jantung tidak membimbangkan dan berada dalam keadaan stabil.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, Ahmad yang dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) pada jam 1 pagi semalam akan menjalani beberapa pemeriksaan lanjut.

“Saya telah melawat Datuk Ahmad (Yaacob) dan mendapati keadaannya tidak serius tetapi perlu pemeriksaan lanjut dan rehat secukupnya,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Ahmad dilaporkan mengalami serangan jantung selepas selesai menghadap Sultan Kelantan bagi mendapat perkenan memangku tugas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang akan menunaikan umrah selama dua minggu mulai hari ini.

Mengulas mengenai sebarang kemungkinan yang akan berlaku mengenai jawatan pemangku Menteri Besar sekiranya Timbalan Menteri Besar itu terus mendapat rawatan di hospital, Husam berkata, beliau tidak tahu.

“Saya tidak tahu sekiranya keadaan itu berlaku kerana saya kena keluar negara pada 31 Mei ini. Antara negara yang akan dikunjungi ialah Kuwait, Dubai dan Iran untuk lawatan kerja.

“Di Kuwait berkenaan dengan bank (bank Islam) manakala di Dubai untuk promosi negeri dan di Iran pula lebih kepada bekalan beras dan gandum kerana gandum di sana ada lebihan. Kita harap boleh runding untuk dapat bekalan gandum dan kurangkan harga gandum di Malaysia,” jelas beliau lagi.

Sementara itu, Pas semalam turut mempelawa bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Noor untuk menyertai parti itu.

Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, dasar Pas ialah untuk menerima sesiapa sahaja ke dalam parti itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Salor itu yang mengakui rapat dengan Mohamad Ezam berkata, pelawaan itu dibuat kerana Mohamad Ezam belum lagi mengumumkan untuk menyertai UMNO.

“Dia belum buat keputusan hanya media UMNO yang buat bising. Biarlah Ezam buat keputusan dulu. Mana tau esok dia masuk Pas,” katanya.

Ura-ura Mohamad Ezam memasuki UMNO timbul selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan keluar daripada UMNO.


Responses

  1. ***Kita sering gopoh gapah ; banyak cakap “besar” dan kurang “strategic” atau rancangan matlamat ; tiada persediaan yang lengkap. Macam Plastin “panadol” dan “plasters” pun tidak ada. 50 tahun logistik simpanan makanan dan obatan “kosong”.

    PAS sudah banyak kali kena kelentung dari dalam dan luar. Lihat kembali sejarah PAS dari beberapa sudut perjuangan.
    MENGAPA MENDAKWAH BEGITU CARANYA ; HIDUNG TIDAK MANCUNG PIPI TERSORONG -SORONG ?
    APAKAH PAS SEDANG KEKOSONGAN ATAU KEKURANGAN PEMIMPIN ?
    Ada pemimpin PAS yang dahulunya “berniaga” masih terhutang…sekarang pegang jawatan tinggi. Sudah hendak berabik dan dilingkungi oleh orang UMNO tertentu.
    BEGITU MUDAH MASUK RUMAH TERBUKA. MAKANAN APA YANG DIHIDANGKAN ?
    Ketupat sotong manis ? Nasi berlauk belut ?
    Ayam percik. Macam-macam ada sampai ke Selangor dan KL. !
    Terlihat PKR dan PAS ini terlalu terbuka. Berapa banyak mereka yang sudah “putar dan hautar” kepada PAS ?.
    Zaman ini zaman silap mata. KAJI sumber kewangan mereka merujuk kepada kehidupan harian. Sebahagian besar hanya bergantung pada politik cari makan…Kerja dan “broker” projek kerajaan..
    SIAPA id belakang kebanyakan “orang politik”, termasuk pimpinan PAS ? Dalam zaman ekonomi kian meleset dan merundum tali barut “kapitalis” menggerakkan pemimpin politik jadi alat mereka.
    Belajarlah : mengapa isntitusi kebajaikan terlungkup dan jaringan PLUTOCRACY yang menjerat pemimpin tua dan muda politik sambung hayat mereka.

    Sekian secebis pendapat. Yang lebihnya iaitu AMARAN tidak dapat ditulis dalam ulasan.
    Hendaknya jangan ‘ ADA KOPIAH TERTENTU DI ATAS KEPALA PEMIMPIN PAS JUGA TERLEKAT BULU AYAM… Maaf. ~Aq 020309~


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: