Posted by: pinkturtle2 | Mei 28, 2008

Zaid: Ahli Parlimen BN kritik PM perlu diambil tindakan

Zaid: Ahli Parlimen BN kritik PM perlu diambil tindakan

28-05-2008 02:44:42 PM

KUALA LUMPUR:(Mstar) Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang mengkritik kerajaan perlu diambil tindakan?

Ini cadangan terbaru Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim yang meminta agar tindakan yang sewajarnya harus dikenakan kepada mana-mana ahli Parlimen yang terus-menerus menentang kerajaan.

Abdullah selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno berdepan dengan komen pedas dan kritikan daripada kalangan kalangan pemimpin-pemimpin Umn, termasuk sebahagian daripada mereka merupakan ahli-ahli Parlimen.

Termasuk dalam senarai ialah Datuk Mukhriz Mahathir, Ahli Parlimen Jerlun dan Exco Pemuda Umno yang sejak pilihan raya umum ke-12 telah menggesa Abdullah berundur daripada jawatan kerajaan dan parti.

SUSULAN….

Ahli Parlimen BN Pertikai Perlantikan Zaid sebagai Menteri

Kabinet sudah dibentuk, tapi masih ada lagi suara-suara tidak puas hati dalam kalangan ahli parlimen BN. Dalam perbahasan mengenai Rang Undang-Undang Pembekalan Tambahan (2007) 2008 pada sidang Dewan Rakyat semalam, Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menilai semula pelantikan Senator Datuk Zaid Ibrahim sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Utusan Malaysia turut melaporkan bahawa;

Tajuddin menegaskan, tindakan Zaid yang menyerang secara terbuka di luar Dewan Rakyat terhadap ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang dianggapnya sebagai penentang kerajaan merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab.Tambah beliau, tindakan Zaid itu yang turut menggesa BN serta UMNO mengambil tindakan terhadap penyokong-penyokong kerajaan merupakan perbuatan yang memalukan.

Nah! jelas terpampang di mata semua rakyat bahawa BN kini bukan sahaja menghadapi krisis ketidakpercayaan ahli, malah kalangan kepimpinan juga mulai bertelagah. Hak ahli dan kepimpinan BN untuk menegur kepimpinan yang lebih tinggi seolah-olah tiada.

Serangan terbuka Zaid terhadap pemimpin BN lain jelas melorongkan diri beliau dalam sindiket undi tidak percaya yang mungkin boleh membinasakan kelompok Abdullah jika dibiarkan berterusan.

Persidangan Dewan Rakyat yang sewajarnya membicarakan isu-isu rakyat, kini dijadikan medan untuk pra-mesyuarat agung Umno-BN. Jika inilah bentuk usul dan pemikiran pemimpin BN, nampaknya Wakil Rakyat BN tidak layak lagi duduk di situ atas kapasiti undi rakyat. Sewajarnya mereka memohon untuk duduk atas kapasiti undi perwakilan Umno sahaja.”


“Oleh HermanSamsudeen


Responses

  1. Pasir Salak…
    Menag sorak Kg Tergadaii….
    Apa Yb Tajudin dah buat untuk pembangunan Pasir Salak………habukkkkkkkkkkkk
    Pejabat Umno cantik…kita lihat orang melayu berniaga depan Komplek Sejarah Pasir Salak Tidak ada pihak Berkuasa yang berminat nak beri gerai (ada gerai tapi kat luar laluan utama, sama seperti MARA maju kawasan semua jauh dari orang siapa nak salah) ke atau apa yang mencerminkan ekonomi orang pewaris tikam orang putih..
    Peniaga ini terbiar atau selepas ini mereka akan dihalau seperti yang dibuat kepada peniaga kecil
    Datuk Tajudin perlu lihat pekara ini……..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: