Posted by: pinkturtle2 | Mei 29, 2008

Dua Kali Dijatuhi Hukuman Mati

Hukuman mati kali kedua

SHAH ALAM 28 Mei (Utusan Malaysia) – Seorang jurukimpal yang telah merengkok 10 tahun sembilan bulan dalam tahanan reman, hari ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati buat kali kedua selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan mengedar 1,583.4 gram heroin dan monoaktilmorfin.

Hukuman ke atas Siew Yoke Keong, 40, dijatuhkan oleh Hakim Datuk Zaharah Ibrahim selepas mendapati Timbalan Pendakwa Raya, Badius Zaman Ahmad telah berjaya membuktikan kes melampaui tahap keraguan yang munasabah.

Yoke Keong didapati bersalah mengedar dadah tersebut di sebuah rumah di No.6862-A Lorong 3-B, Kampung Baru Subang, Petaling Jaya dekat sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(1)(a) akta yang sama. Jika sabit kesalahan, mereka berhadapan dengan hukuman gantung sampai mati.

Secara kronologi, Yoke Keong telah dibicarakan di hadapan dua hakim Mahkamah Tinggi di sini yang berbeza.

Pada tahap kes pendakwaan, Yoke Keong telah dibicarakan di hadapan Hakim Datuk Muhamad Ideres Muhamad Rapee.

Pada 5 Mei 2000, selepas menilai keterangan pembelaan tertuduh, Hakim Datuk Kang Hwee Gee pula telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Yoke Keong.

Bagaimanapun Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan Yoke Keong yang diwakili peguam Gurbachan Singh dan memerintahkan supaya satu perbicaraan semula diadakan atas alasan hakim lain yang mendengar perbicaraan tetapi keputusan pula diberikan oleh hakim yang lain.

Hakim Zaharah telah mendengar keterangan 10 saksi pendakwa dan tertuduh hanya membela dirinya sendiri tanpa mengemukakan sebarang saksi untuk menyokong keterangannya.

Menurut penghakiman itu, Hakim Zaharah berpendapat, keterangan mengenai kewujudan seorang lelaki bernama Ah Wah (kononnya menyewa rumah itu) dan penemuan kunci rumah yang dijumpai dalam beg galas adalah tidak munasabah dan rekaan semata-mata. Ini kerana, kunci rumah tersebut telah membawa kepada penemuan dadah di tempat kejadian.

utusan malaysia


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: