Posted by: pinkturtle2 | Mei 29, 2008

Rampasan Kuasa Tentera Mungkin Berlaku Lagi Di Thailand

Tentera tak jamin tidak laku rampasan kuasa

29/05/2008 6:27pm

BANGKOK 29 Mei (Utusan Malaysia) – Panglima Tentera Thailand, Jeneral Boonsang Niempradit tidak menolak kemungkinan berlakunya rampasan kuasa tentera apabila ketegangan meningkat di negara ini.

Keadaan semakin tegang berpunca daripada seorang menteri yang mencetuskan kontroversi dan rancangan kumpulan antikerajaan untuk mengadakan protes jalanan besar-besaran.

“Tidak ada askar yang mahu melancarkan rampasan kuasa untuk menggulingkan kerajaan, tetapi saya tidak boleh memberi jaminan tidak akan berlaku rampasan kuasa lagi,” kata Boonsang kepada wartawan hari ini.

Khabar angin mengenai rampasan kuasa tentera tersebar di ibu negara Thai ini sejak beberapa hari kebelakangan apabila tentera dan parti pembangkang memperhebatkan kecaman ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jakrapob Penkair.

Jakrapob telah dituduh menghina Raja Thai, Raja Bhumibol Adulyadej.

Tentera menaruh kesetiaan mendalam terhadap raja dan pada masa lalu pernah menggunakan apa yang didakwa sebagai penghinaan terhadap monarki sebagai alasan untuk merampas kuasa.

Rampasan kuasa terakhir berlaku pada 2006 ekoran protes jalanan selama berbulan-bulan untuk menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri ketika itu, Thaksin Shinawatra.

Akhbar Bangkok Post melaporkan, komander Tentera Pertama yang berpangkalan di ibu negara dipanggil balik dari lawatan ke Eropah ekoran ketegangan politik itu.

Perkembangan tersebut menyebabkan pasaran saham Thai jatuh 2.6 peratus semalam, kejatuhan terbesar dalam tempoh empat bulan.

Kumpulan antikerajaan diketuai Perikatan Demokrasi Rakyat mengatur satu lagi protes jalanan besar-besaran esok.

Mereka menuntut peletakan jawatan kerajaan Perdana Menteri, Samak Sundaravej kerana didakwa cuba meminda perlembagaan untuk kepentingan politik. – AP


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: