Posted by: pinkturtle2 | Mei 29, 2008

Ribuan rai tamat sistem beraja Di Nepal

As the recently elected assembly met to discuss abolishing Nepal’s 240-year-old monarchy and declared the nation a republic, supporters of the pro-Communist Maoist political movement demonstrated in the capital, Katmandu.hoto: Brian Sokol/Rapport
.

A pro-republic supporter jumped with glee after setting fire to an effigy of King Gyanendra and stomping on it outside the International Convention Center in Katmandu as others waited for the Constituent Assembly to abolish the monarchy and declare the country a republic.Photo: Saurabh Das/Associated Press
.

Men wave the Nepali flag on which “Republic of Nepal” was written in Kathmandu May 28, 2008. Thousands of Nepalis marched danced and sung in the capital’s streets on Wednesday to celebrate “the dawn of the republic” hours before the Himalayan nation was set to abolish its once-revered Hindu monarchy.REUTERS/Shruti Shrestha (NEPAL)

Nepalese people gather around the International Convention Center. Political leaders in Nepal on Wednesday voted overwhelmingly to abolish the Himalayan nation’s 240-year-old Hindu monarchy and declare a republic.(AFP/Pedro Ugarte)

.

Ribuan rai tamat sistem beraja Di Nepal

.

KATHMANDU 28 Mei (Utusan Malaysia) – Pemimpin-pemimpin Nepal mula berkumpul di ibu negara bagi meraikan detik bersejarah tamatnya pemerintahan beraja di negara ini, yang dijangka diumumkan hari ini.

Parlimen Nepal dijangka mengadakan pengundian lewat hari ini untuk menghapuskan sistem pemerintahan beraja yang telah berusia 240 tahun di negara Himalaya ini.

“Nepal akan menjadi sebuah negara republik demokratik dan raja akan digantikan dengan seorang Presiden,” kata Menteri Keamanan, Ram Chandra Poudel kepada pemberita sejurus memasuki dewan Parlimen.

Gerakan Mao Nepal, yang telah berjuang lebih 10 tahun untuk menyingkirkan raja dan membentuk sebuah republik, telah membuat kejutan apabila memenangi 601 kerusi, memperolehi majoriti dua pertiga pada pilihan Parlimen negara itu bulan lepas.

”Sistem monarki feudal di negara ini akan berakhir. Ini merupakan hari bersejarah bagi perjuangan rakyat Nepal,” kata ahli politik kiri K.P. Oli.

Beribu-ribu rakyat Nepal berkumpul di jalan-jalan raya bagi menyambut detik bersejarah itu di luar Parlimen.

Perkembangan hari ini merupakan kemuncak perjanjian damai yang diadakan pada tahun 2006 antara parti-parti utama dengan pemberontak Mao, menamatkan perang saudara yang mengorbankan sekurang-kurangnya 13,000 orang.

Menurut pergerakan Mao, Raja Gyanendra dan anaknya, Putera Mahkota Paras diberi tempoh antara tujuh hari hingga 15 hari untuk meninggalkan istana atau ”menghadapi hukuman keras”.

Sementara itu, kawalan keselamatan ketat di ibu negara dengan lebih 1,500 anggota polis mengepung dewan persidangan di Parlimen tempat berlangsungnya pengundian untuk menyingkirkan Raja Gyanendra dan mengisytiharkan Nepal sebagai sebuah Republik.

Beberapa letupan bom kecil menggegarkan ibu negara ini sejak minggu ini, dengan polis menyalahkan puak proraja.

Hari ini, dua bom meletup di ibu negara semasa persidangan sedang berlangsung menyebabkan seorang cedera. …more


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: