Posted by: pinkturtle2 | Mei 29, 2008

Terry, Gerrard ungguli England tewaskan Amerika Syarikat

England 2 Amerika Syarikat 0

Berita Harian

Khamis, 29 Mei 2008: 10:00 AM
WEMBLEY: Gol menerusi John Terry dan Steven Gerrard membolehkan England menang 2-0 ke atas Amerika Syarikat dalam perlawanan persahabatan awal pagi ini, sekali gus membolehkan pengurus barunya, Fabio Capello terus melebarkan rekod kemenangan.

Terry menyudahkan sepakan percuma David Beckham dengan tandukan kuat lapan meter ke pintu gol.

Jaringan minit ke-38 di Stadium Wembley itu agak melegakan kapten England itu selepas seminggu lalu gagal membantu kelabnya, Chelsea meraih trofi Liga Juara-Juara apabila dia gagal mencipta jaringan penalti sehingga pasukannya tewas kepada Manchester United.

“Saya amat gembira untuknya (Terry) dan gembira meletakkan England dalam kedudukan baik.

“Dia seorang ketua, dia mengetuai Chelsea dengan baik dan dia dia memimpin pasukan negara dengan baik. Ia masa yang penting untuknya menjaringkan gol,” kata Capello.

Gerrard pula menambah gol England selepas menerima hantaran Gareth Barry pada minit ke-59.

Namun perlawanan pagi ini hanya disaksikan 71,233 orang -jumlah penonton terkecil pasukan England di Wembley yang dibuka semula selepas dibaik pulih setahun lalu.

Capello dilantik pengurus baru England Januari lalu selepas England gagal melayakkan diri ke kejohanan Piala Eropah yang akan bermula bulan depan.

Rekodnya bersama England setakat ini ialah dua kemenangan dan satu kekalahan iaitu kepada Peranchis, Mac lalu. …more


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: