Posted by: pinkturtle2 | Mei 30, 2008

China arah 1.3 juta penduduk pindah dari kawasan bahaya tasik

In this photo released by China’s Xinhua News Agency, a Mig-26 helicopter transports rescue materials for Tangjiashan quake lake in Leigu Town, Beichuan County, southwest China’s Sichuan Province, Thursday, May 29, 2008. The Mig-26 helicopter has carried machinery and oil from Leigu to Tangjiashan, Xinhua said.

.

China arah 1.3 juta penduduk pindah dari kawasan bahaya tasik

30/05/2008 7:34pm (Utusan Malaysia)

BEIJING 30 Mei – China pada Jumaat mengarahkan 1.3 juta penduduk yang tinggal di kawasan hilir tasik Tangjiashan di barat daya wilayah Sichuan dipindahkan berikutan jangkaan tebingnya akan pecah ekoran hujan lebat ketika kerja menggali parit yang masuk hari keempat untuk menyalurkan airnya, giat dilakukan.

Agensi berita Xinhua melaporkan ketua parti komunis Mianyang, Tan Li mengarahkan penduduk terbabit dipindahkan ke kawasan lebih tinggi yang telah ditentukan oleh kerajaan, jauh dari tasik itu yang menebat sungai Jianjiang di daerah Beichuan di Mianyang.

Perpindahan besar-besaran itu dilakukan berikutan kejadian gempa susulan yang berterusan selepas gempa bumi berukuran 8.0 di Sichuan pada 12 Mei yang telah menebat sungai-sungai dan mewujudkan 34 tasik termasuk Tangjiashan yang dianggap paling bahaya.

Hujan lebat di kawasan tasik itu pada sepanjang malam Rabu sehingga Khamis telah menyebabkan paras air naik dan meningkatkan risiko banjir jika air tasik itu melimpah.

Lebih banyak gempa susulan diramalkan dalam beberapa hari akan datang oleh pusat pemantauan seismologi Sichuan di garisan gempa Wenchuan-Beichuan-Qingchuan, sekitar pusat gempa 12 Mei itu, dengan yang paling kuat diramalkan berukuran 6.5, menurut Xinhua.

“Paras air di hulunya telah meningkat kepada 732m. Jumlah air dalam tasik itu lebih 170 juta meter padu, parasnya terus meningkat setiap hari,” kata Liu Ning, ketua jurutera Kementerian Sumber Air, menurut laporan stesen penyiaran kebangsaan, CCTV.

Bercakap di tapak itu, Liu berkata kerja mengalihkan aliran air itu kini masuk peringkat akhir dan adalah penting untuk memastikan parit itu cukup dalam dan kukuh untuk menampung jumlah maksimum air yang dalam disalurkan dalam waktu yang terhad.

Akhbar China Daily melaporkan selepas tiga hari kerja penggalian tanpa henti oleh anggota tentera yang menggunakan letupan dan peralatan yang diangkut dengan pesawat, parit itu kini sepanjang 300m dan 50m lebar.

Tasik Tangjiashan merupakan yang paling bahaya daripada senarai 34 tasik penebat yang terbentuk akibat gempa bumi itu. Lima lagi disenaraikan sebagai bahaya.

Beribu penduduk di kawasan tasik itu telah dipindahkan dan sejak beberapa hari lepas, latihan perpindahan diadakan bagi penduduk yang tinggal agak jauh sebagai persediaan untuk mereka berpindah beramai-ramai jika berlaku bencana.

– Bernama

Examiner

CBS News


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: