Posted by: pinkturtle2 | Mei 30, 2008

Ezam nafi mahu tanding Ketua Pemuda

Ezam nafi mahu tanding Ketua Pemuda

30/05/2008 4:10pm

KUALA LUMPUR (Utusan Malaysia) 30 Mei 2008– Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor menafikan laporan bahawa beliau sedia bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti Disember ini.

Tegasnya, beliau bukan sahaja tidak mahu terbabit dalam perebutan jawatan itu malah tidak mempunyai perancangan untuk bertanding sebarang jawatan dalam UMNO.

Menurut Mohamad Ezam, penjelasan itu dibuat ekoran kekeliruan yang timbul berhubung laporan akhbar mengenai hasratnya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda pada pemilihan akan datang.

“Saya ingin menyatakan saya tidak mempunyai sebarang perancangan untuk bertanding jawatan tersebut atau mana-mana jawatan dalam UMNO.

“Fokus saya sekarang adalah semata-mata untuk membantu kepimpinan dalam agenda perubahan dan pembaharuan dalam parti dan kerajaan,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan ekoran laporan agensi berita Bernama semalam bahawa beliau sedia bertanding jawatan Ketua Pemuda jika ia mampu membina dan mengangkat martabat Melayu.

Menurut Mohamad Ezam, pada masa ini, beliau tidak mahu hilang fokus iaitu untuk membantu membawa pembaharuan dalam kerajaan dan parti.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: