Posted by: pinkturtle2 | Mei 30, 2008

Oku Ditahan Di Karachi, Cuba Bawa Keluar Heroin

JAAFAR menunjukkan gambar kad pengenalan isterinya, Siti Aishah seorang OKU yang ditahan di Pakistan kerana disyaki membawa dadah ketika ditemui di Wisma Putra, Putrajaya semalam.

Umpan melancong



KUALA LUMPUR:(Hmetro)  Teruja dengan tawaran melancong ke luar negara, seorang wanita memasuki jerat sindiket dadah dan kini terpaksa meringkuk di Pusat Tahanan Wanita (WDC) di Karachi, Pakistan selepas ditangkap kerana didakwa cuba menyeludup keluar heroin dari negara itu.

Lebih menyedihkan, suami wanita itu langsung tidak menyangka isterinya dianiaya sindiket pengedaran dadah antarabangsa dan sehingga kini tidak mengetahui sama ada orang kesayangannya itu sudah dijatuhi hukuman atau masih dalam proses pengadilan oleh pihak berkuasa Pakistan.

Semuanya angkara SMS durjana yang diterima wanita berkenaan yang juga orang kurang upaya (OKU) didakwa dihantar pengendali rangkaian telekomunikasi terkemuka negara yang memaklumkan dia memenangi hadiah melancong ke Singapura selama dua minggu.

Ketika menerima SMS itu, Siti Aisyah Abdul Hamid, 43, langsung tidak mengesyaki ia taktik terbaru sindiket pengedaran dadah antarabangsa untuk merekrut pembawa bahan terlarang itu ke destinasi luar negara. …more

.

OKU pula jadi sasaran – Ditahan di Karachi, Pakistan cuba bawa keluar heroin

PUTRAJAYA –(Kosmo) Jika sebelum ini sindi- ket dadah antarabangsa hanya memperdaya gadis-gadis muda untuk menyeludup dadah, namun kini golongan orang kurang upaya (OKU) turut menjadi sasaran mereka.

Terbaru, seorang suri rumah yang menghidapi penyakit tulang rapuh, Siti Aishah Hamid, 43, pula menjadi mangsa sindiket berkenaan dan kini ditahan di Pusat Tahanan Wanita, Karachi, Pakis- tan setelah didapati cuba membawa keluar heroin seberat 950 gram.

Episod malang wanita tersebut yang berasal dari Simpang Ampat, Perlis bermula apabila beliau menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan bahawa dia telah memena- ngi percutian ke Singapura pada 7 April lalu melalui pilihan nombor telefon secara rawak.

Setelah membalas kembali SMS tersebut, beliau yang tidak boleh berjalan dengan sempurna diberitahu bahawa segala urusan berkaitan akan ditanggung sepenuhnya termasuk membuat pasport dan wang saku.

Bagi membolehkan beliau menerima wang tersebut, Aishah telah memberi- kan nombor akaun simpanan miliknya dan wang tersebut diterima pada hari yang sama.

Menurut suaminya yang merupakan seorang peniaga kedai runcit, Jaafar Noor, 43, isterinya menerima wang sebanyak RM340 untuk membuat pasport dan tambang untuk ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas dari Kangar.

“Dia kemudian ke Kuala Lumpur dan setelah sampai di Puduraya, dia dibawa oleh seorang lelaki dengan menaiki sebuah van dan menginap di sebuah hotel sebelum dia bertolak ke Singapura dengan kapal terbang,” katanya ketika ditemui di Kementerian Luar di sini semalam. ...more


Responses

  1. dulu masa aku kecik-kecik… selalu je RTM siarkan iklan anti dadah, kisah seorang lelaki tukang rumah yang diupah kawan nya supaya hantarkan bungkusan ke kuala lumpur…

    sampai di kuala lumpur, semasa nak serahkan bungkusan tu, lelaki tu kena tangkap ngan polis… rupanya ada dadah…

    memang berkesan sangat iklan tu.. sampai la ni aku tak berani nak tulung pegang/simpan/bawak barang orang tanpa tau apa isi dia…

    p/s:masa tu rtm lum jadik palat cam sekarang la…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: