Posted by: pinkturtle2 | Mei 30, 2008

Pelajar sekolah maut kereta bertembung bas

Pelajar sekolah maut kereta bertembung bas

30/05/2008 5:41pm

KUANTAN (Utusan Malaysia) 30 Mei — Seorang pelajar perempuan maut manakala adik lelakinya cedera apabila kereta yang dinaiki bersama ahli keluarganya bertembung dengan sebuah bas di KM35 Jalan Bentong-Gombak dekat Genting Sempah, Bentong semalam.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Ketua Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata mangsa, Farah Hani Imran, 16, dari Kelana Jaya, Selangor maut akibat kecederaan parah di kepala selepas dipercayai tercampak keluar daripada kereta.

Adik lelaki mangsa, Mohamad Lukman Hakim, 13, yang cedera di kepala dan muka, kini dirawat di Hospital Damansara sementara bapanya, Amran Kasim, 52, dan ibunya tidak mengalami sebarang kecederaan. Mohamed Fauzi berkata dalam kejadian 4.03 petang semalam, mangsa yang berada di tempat duduk belakang kereta dan ahli keluarganya sedang dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur.

Katanya setelah tiba di tempat kejadian sebuah bas dari arah Genting menuju ke Kuala Lumpur dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan kereta berkenaan sebelum merempuhnya.

“Kereta yang dinaiki mangsa kemudian berpusing beberapa kali dan melanggar tebing bukit,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Pihak polis menahan pemandu bas terbabit untuk menjalani beberapa ujian tertentu termasuk ujian air kencing, katanya.

— BERNAMA


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: