Posted by: pinkturtle2 | Mei 30, 2008

PKR Lari Dari Perjuangan Asal: Ezam

PKR lari dari perjuangan asal: Ezam

KOTA BHARU (Sinar Harian) – Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Md Alwi Che Ahmad semalam mendedahkan kenapa bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Nor bertindak keluar daripada parti itu dan menyertai semula UMNO.

Menurut Alwi, Ezam memberitahunya bahawa keputusan keluar daripada PKR itu kerana tidak lagi yakin dengan kepimpinan Presiden parti itu, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, Mohamad Ezam juga turut hilang keyakinan dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Beliau sudah tidak percaya lagi bahawa PKR yang diterajui Wan Azizah dengan dibantu Anwar Ibrahim mampu memperjuangkan nasib orang Melayu.

“Bahkan, Ezam memberitahu PKR juga sebenarnya sudah lari daripada perjuangan sebenar mereka,” kata Alwi ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyertaan bekas Mohamad Ezam yang kembali menyertai UMNO Selasa lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Salor itu berkata, UMNO Kelantan menyambut baik penyertaan Mohd Ezam ke dalam parti itu.

“Ezam menyertai semula UMNO kerana yakin kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengembalikan integriti badan kehakiman negara dan memerangi gejala rasuah.

“Ezam juga yakin dengan perubahan yang dibawa Perdana Menteri yang membawa lebih banyak kebaikan untuk negara dan rakyat,” katanya.

Alwi berkata, UMNO mengambil dasar terbuka dan menerima sesiapa yang ingin menyertainya bagi mengukuhkan kedudukan dan kekuatan parti itu. …more


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: