Posted by: pinkturtle2 | Mei 30, 2008

Ruling party ‘must be ready’ to replace Olmert

Olmert kian didesak letak jawatan PM

Kosmo 30 mei 2008

BAITULMAQDIS – Menteri Luar Israel, Tzipi Livni semalam mencabar kepimpinan Parti Perdana Menteri, Ehud Olmert dengan mendesak satu pemilihan diadakan untuk menggantikan beliau.

Desakan terbaru dari Livni itu menambahkan lagi tekanan terhadap Olmert supaya berundur selepas beliau didakwa terlibat dalam pelbagai tuduhan rasuah.

“Parti Kadima harus bersedia untuk menghadapi sebarang senario baru yang mungkin berlaku termasuklah pemilihan,” kata Livni.

Livni adalah menteri kabinet paling popular di Israel dan beliau juga adalah pemimpin No. 2 selepas Olmert dalam Parti Kadima.

“Saya percaya orang awam mesti terlibat dalam pemilihan parti bagi memilih pemimpin baru kerana itu boleh mengembalikan kepercayaan orang ramai,” katanya.

Menteri Pertahanan, Ehud Barak yang juga ketua Parti Buruh juga mendesak Olmert berundur kelmarin selepas dituduh menerima sejumlah wang tunai daripada seorang penderma Amerika Syarikat (AS) keturunan Yahudi untuk kempen pilihan raya dan kegunaan peribadi. – AFP

…CNN


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: