Posted by: pinkturtle2 | Mei 31, 2008

Adun Melor Wan Ismail Wan Jusuh Malukan PAS Kelantan?

.

Adun Melor Wan Ismail Wan Jusuh Malukan PAS Kelantan?

Assalamualaikum.

Sebelum ini Wan Abdul Rahim bekas speaker Kelantan masuk tv sb kawen satu lagi. Tapi Menceritakan elok jer berpoligami. Alhamdulillah menunjukkan contoh yang baik dari orang-orang PAS.

Kemudian, yang terbaru kes Wan Ismail Wan Jusuh ADUN Melor menceraikan Isteri Muallaf dia. Isteri dia ni isteri kedua, dengar kabar angin Isteri ketiga yang jadi batu api. Yang ni lantak pi lah, sebab bukan masalah aku.

Masalah aku ialah individu yang bernama Wan Ismail ni! Kes cerai berai ni memang masalah pribadi. Malas aku nak masuk campur. Tapi bila kes ni masuk berita, abis kecih satu kampung bang Ooi! Disebut pulak Wakil Rakyat PAS. PAS tu siapa pulak?

Aku sarankan Tok Guru kena amik tahu tentang hal anak buah ni. Lebih-lebih lagi melibatkan maruah PAS di mata masyarakat. Nanti timbul plak, kalau rumahtangga pun porak peranda, ni plak nak merintah negara!

Lagipun memandangkan isteri kedua tu Muallaf, wartawan punya jahat, boleh tanya “nak kembali kepada agama asal ke?”. Alhamdulillah si muallaf tu jawab “saya sayangkan islam, saya masuk islam sebelum kawen ngan mamat Wan Ismail ni lagi”.

Pesan aku kepada pimpinan:

“KOrang bila dah jadi wakil rakyat, jangan sibuk nak kumpul harta, nak kawen ramai! Kalau nak pun biar buat betul! Jangan Cobaan ajer!”

Ibnuali

Baca juga artikel berkaitan dari MSO “Wakil Rakyat Kelantan Perlu Tubuh Pensyahwat”

Dan Adun Melor Wan Ismail Wan Jusoh perlu letak jawatan


Responses

  1. memanglah aku sendiri malu dengan berita ini. Dan sampai isteri pun mempersoalkan ketidakadilan wakil PAS ini. Satu imej yg cukup buruk. Tak fahamle..kalau dah ramai bini dan mungkin menimbulkan masaalah janganlah nak jadi calun PRU PAS. Medaia akan gunakan isu ini unutk memburukan imej PAS. Berita negative ini akan meninggalkan kesan negative jugak pada muslimat atau kaum wanita yg baru nak belajar memahami PAS. Sendiri kena fikir. Tak bolih tahan nafsu ke sampai nak kahwin lebih dari satu?. dah tak cerai pulak tu. menyampah betul aku!!

  2. Aku respek sama Abe Mohd Daud- asal TERENGGANU kite walaupung beristeri 3 ada anok 18 oghe tapi bahgia. Abe Mohd Daud ni keje dio drebar LORI….(pilot le tuu…hari hari ke bule keje die)apalah ade pade YB Pas Melor tu …tak dok kualiti langsung sbgai JANTAN.
    Abe Mohd Daud ni ketigo-tigo isteri dio pakat samo-samo cari isteri ke4 ntuk dio…keje kojaan lagi tu. Idrish Jusoh pun dengki dengar cite ni…sb satu bini pun tak boleh nok merintah -kena merintah dgn bini ade leee. Aku harap Nik Aziz ambil tindakan dkt We Ismael sekor ni…pulak tu bini dio ni come sangat ….siannn die..Kalu dio doh tok nok bagi kat aku…aku bole bagi servis bagus punye…Utk Wae Ismae…ingatlah awok tu buke muka bagus sgt -mace gedebe pung…Buat mau PAH saje…muke jing hensem lagi…!

  3. Mungkin ada masalah dia yang kita tak tahu, kalau boleh janganlah kita menilai dengan hanya merujuk pada akhba yang nyata hendak merendahkan maruah dan mengutuk kerajaan PAS.

    Memang telah di ketahui bahawa media perdana adalah miilik orang UMNO jadi walau orang PAS langgar ayam pun diorang nak politikkan.

  4. hishhh, malulah, aku memang sokong pas tp tak sokong pemimpin mcm ni, untuk nafsu dan nafsi, kawin 4 pun tak pe, asalkan tahu, camon la demo tu org politik, pas lak tu, kalu umno tu aku tak heran sebab umno untuk betina, wang, pangkat dan harta. walau apapun alasan dia ceraikan isterinya itu bukan masalah kita tapi Wan Ismail tu wakil rakyat untuk rakyat.jgn lah nak keraskan K**E je tp kebajikan rakyat terbiar.Ingat ALLAH dulu…………..

  5. asm saudara-saudari semua

    nama saya wan nasru dan saya merupakan pengundi bagi kawasan dun melor. saya undi wan ismail dari 1999-2004 dan 2008. apa yang terjadi telah menyebabkan saya bersedih hati dengan ketaksuban saya terhadap beliau kononnya beliau adalah orang yang boleh dipercayai. walaupun saya bekerja dgn annuar musa masa pilihanraya 2004 tapi saya tetap menyokong pas dan keadilan.

    saya minta saudara-saudari buat undian untuk poll saya di

    http://wan-nasru.blogspot.com

  6. Salam. Memang terkejut… Orang kuat PAS menunjukkan bahawa parti yang dianggap berfahaman sekular tidaklah seburuk yang dikatakan oleh mereka sendiri. ( Pulang paku buah keras ). Pendirian diri yang menunjukkan samada anda adalah pemimpin yang berkaliber atau tidak. kalau setakat pemimpin ‘ koleksi ‘, baik duduk rumah jaga ‘ koleksi’. Siap bawa balik rumah lagi 2. kesian Siti Aisyah. Dah le Muaalaf, dibuat mcm tu. Alhamdulillah , keimanannya masih teguh. kalau dibuatnya ‘ HAL’, siapa yang dosa?

  7. waalaikumusalam kpd semua yg bagi komen kat atas…..

    Aku nie nak bg pendapat….biaq la…org PAS ke, Adil ke atau UMNO ker…..tapi kalau dah nama ‘Jantan’ mmg camtu la… akal 9..nafsu nafsi 1 jer…yg tu jer yg org Jantan nie dok kejar…. dah memang dasar K**E JALANG ….
    🙂 aku tumpang gelak jer…hihiihiiii…hekhekhek

  8. AsSalammu alaikum

    Tahniah lah laman demo ni ramai yang masuk …
    kawe tak kisah Wan ismail nak nikah 4 sekali jua…kawe tak kisah sebab dia nikah bukan buat dosa besar…

    cuma kawe nak ghoya’ …
    di kg Chengal Ketereh di hadapan SK Kg Chengal selepas melepasi tali air ada se ore Insan Fakir yang dah usia 70 tahun…tak pernah dapat bantuan kebajikan…
    nama dia Abdullah…

    masa muda dia ni kembara sampai ke hulu negeri Pahe…katanya gedebe…akibat di racun dia sakit …

    dulu dia ambil upah cedung anak benih padi…

    memang fakir…

    sejak PAS memerintah tak de mata yg nak perati supaya dia ni terima bantuan kebajikan masyarakat utk sesuap nasi…dia ni tak de anak…cuma ada tanah yang bernilai tinggi sebab duk di tanah jajahan Kota bharu yang luas…yakni tanah tapak pondok dia…

    sebab dah tua dia tak berdaya nak bekerja…badannya kawe fikir 30 kg aje…kurus…

    INGAT Insan fakir tak terbela di Kampung Chengal….

    Tok Ghulu …nama Ismail… nikah dengan anak saudara dia…
    nama ABDULLAH…pak cik yang fakir serta dhaif…Bantuan segera demi membantu pak cik ni dapat makan nasi…

    kawe lihat dia makan tak berlauk …cuma ulam serta budu…

    DHIAF

    INGAT ABDULLAH masih manusia yang perlu bantuan makanan…

    Dalam hadis…ore miskin bukan lah yg meminta minta….CUMA Pemimpin harus kenal PASTI siapa rakyat MISKIN di kawsan tadbir URUS nya selaku ADUN kawasan…

    hadis ada sebut beruntunglah seseuatu Umat jika Pemimpinnya adalah Bijak Alim ( pengajian Islam serta ilmu semasa)…rugilah jika pemimpin adalah puak jahil

    BERUntunglah umat jika harta berada di tangan si PEMURAH (sebab suka bersedekah)

    dan RUGI lah umat jika harta kekayaan berada di tangan si BAKHIL…

    Saya berharap supaya di hari tua pak cik Abdullah di kg Chengal akan dapat bantuan utknya makan sesuap nasi…
    sebab apa Imam Mazhab Syafie mewajibkan zakat dengan beras…bukan seperti mazhab hanafi yang buleh pakai duit…
    sebab beras adalah makan yang dapat menghindari kelaparan

    kelaparan adalah makhluk yang terakhir di hapuskan
    yak ni semasa Insan yang di anugerah Rahmat dapat masuk al jannah yang tanahnya berbau Raihanul miski…KASTURI…

    Allah berfirman makanlah…

    Sudah tiada kelaparan

    Rasulullah pernah bersabda…

    bahawa rasulullah berdoa supaya umatnya tidak akan di timpa azab pedih di dunia seperti yg berlaku kepada kaum ad yang homoseksual…zab seperti kaum nabi Noh yang mengalami banjir besar….Allah makbul kan doa rasulullah sallallahu alaihi wa salam…

    Doa kedua… Rasulullah mohon supaya umatnya tidak akan lapar kebuluran….

    Allah makbulkan permohonan doa ini

    Cuma doa yang ketiga Rasulullah mohon supaya…

    Umatnya tidak berbalah.bercakaran …berperang sesama sendiri…Doa ini Allah tidak makbulkan….

    KERANA Allah nak ada Insan yang dapat pahala kebajikan apabila berjaya menDAMAIkan di antara muslim yang berbalah…
    Halim Yazid dalam dikirnya ada sebut…
    masa hari Kiamat nanti…
    Usah balah mana hok mu balah…

    Dalam hal wan ismail ni kawe kasihan kat isteri dia serta kawe kasihan dekat Ustaz Wan Ismail…

    INGATAN untuk YB ADUN KETEREH serta jabatan kebajikan masyarakat supaya lihat serta ziarah Abdullah yang dah tua 70 tahun yang tak berdaya nak berkerja supaya dapat bantuan kebajikan masyarakat…
    duduk di depan SK Kg Chengal Ketereh Kota Bharu… selepas melintas tali air…ada pondok usang di situ ada INSAN Fakir yang tak meminta…Cuma Selaku Pemimpin berilah bantuan kepada Insan Fakir ini…

    memang layak terima ZAKAT sebab masuk dalam 7 asnaf yg layak terima Zakat
    TAK PERNAH DAPAT BANTUAN KEBAJIKAN SEJAK UMNO… PAS memerintah
    …..

    KOTA KAN Negeri berkebajikan… ASIF
    Wallahu ‘Alam…

  9. Ecellent website. Plenty οf useful infօrmation ɦere.
    I am sending it to somе pals ans additionally
    sharing іn delicious. And օbviously, thanks to yoսr sweat!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: