Posted by: pinkturtle2 | Mei 31, 2008

Apa istimewanya Ezam masuk Umno? – Muhyiddin

Apa istimewanya Ezam masuk Umno? – Muhyiddin

31-05-2008 07:41:00 PM

MUAR: (Mstar) Pertimbangan untuk menerima permohonan kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Nasional (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Nor ke dalam Umno perlu diperhalusi dan difikirkan semasakmasaknya oleh kepimpinan parti.

Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, permohonan Mohamad Ezam dan beberapa bekas anggota PKR yang lain itu juga perlu melalui prosedur biasa parti tanpa sebarang keistimewaan diberikan kepada mereka.
“Proses permohonan perlu melalui prosedur biasa pada mesyuarat Majlis Tertinggi, sebelum itu Jawatankuasa Pengurusan, barulah kita lihat kewajaran untuk terima (permohonan) atau tolak supaya tiada ahli yang kecewa kerana seolaholah kita (Umno) ketepikan pertimbangan biasa di atas sebabsebab tertentu.”

Saya tak nampak apa istimewanya kemasukan Ezam. Pada saya kemasukan biasalah. Tetapi dia (Ezam) yang tidak biasa, ada rekod. Kita kena teliti secara halus dan semasak-masaknya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Persatuan Pesara Negeri Johor di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, demikian sebagai mengulas permohonan kemasukan Mohamad Ezam dan beberapa pemimpin Pemuda PKR yang lain yang diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini.

Menurutnya, beliau mendengar terdapat anggota parti yang berasa tidak senang dan kurang selesa tentang betapa mudahnya Umno menerima kembali Mohamad Ezam, yang juga merupakan bekas setiausaha politik kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tanpa sebarang usaha menyelidik latar belakang beliau.

Katanya, peraturan dan prosedur dalam perlembagaan Umno perlu dipatuhi sebelum seseorang yang telah keluar daripada Umno dan menentang parti, diterima kembali ke dalam parti.

Prosedur kemasukan ke dalam parti bagi mereka yang telah keluar parti adalah berlainan dengan mereka yang baru mahu memasuki Umno, katanya.

“Ia berbeza dengan orang baru di kampungkampung, berbanding dengan orang yang keluar masuk parti dan menentang (Umno). Ada prosedur dan caranya. Bukan lulus sewenang-wenangnya.

“Ada anggota yang kata mereka kecewa kerana mereka sudah lama berjuang dan tidak pernah sedetik sesaat pun meninggalkan parti, tetapi mereka tidak diberikan layanan sebegitu istimewa, itu yang saya dengar,” kata Muhyiddin. …more


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: