Posted by: pinkturtle2 | Mei 31, 2008

Azalina Gesa Mokhzani Letak Jawatan Sebagai Pengerusi SIC

Azalina Gesa Mokhzani Letak Jawatan Sebagai Pengerusi SIC

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) — Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said menyertai Menteri Belia dan Sukan Datuk Ismail Sabri Yaakob menggesa Datuk Mokhzani Tun Mahathir meletakkan jawatan sebagai pengerusi Sepang International Circuit (SIC).

Azalina dalam satu kenyataan di sini, berkata beliau terkejut dan kecewa dengan pendirian Mokhzani yang mahu terus menjadi pengerusi SIC apabila semalam Ismail Sabri menggesanya meletakkan jawatan dengan alasan jawatan itu adalah lantikan kerajaan.

“Mokhzani patut tahu yang SIC ialah entiti kerajaan dan beliau patut meletakkan jawatan demi kepentingan sukan itu,” kata Azalina, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno.

“Kehadiran beliau akan menjejaskan sukan itu kerana sokongan kerajaan akan perlu disemak semula,” katanya.

Mokhzani, yang keluar daripada Umno pada 21 Mei bagi mengikuti jejak bapanya dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, menegaskan yang beliau akan terus memegang jawatan itu kerana tiada arahan daripada Malaysia Airports Holdings Berhad atau Kementerian Kewangan meminta beliau meletakkan jawatan.

SIC ialah anak syarikat Malaysia Airports Holdings Berhad, yang dikawal oleh kerajaan menerusi Khazanah Holdings.

Azalina berkata Mokhzani bersikap tidak hormat apabila beliau berkata sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu beliau meletakkan jawatan, beliau (Abdullah) boleh berbuat demikian dengan meletakkan tarikh pada surat letak jawatan tanpa tarikh yang ditandatanganinya apabila beliau dilantik sebagai perdana menteri pada 2003.

“Mokhzani patut bersikap gentleman dengan berpegang kepada prinsip dan meletakkan jawatan.

Tindakannya sekarang ini jelas merupakan sikap tidak hormat. SIC bukan miliknya.

Dan oleh kerana beliau tidak lagi bersama kerajaan, yang melantik beliau, beliau patut meletakkan jawatan dengan penuh bermaruah,” kata Azalina.

– BERNAMA


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: