Posted by: pinkturtle2 | Mei 31, 2008

Gadis mati dijerut angkara cemburu

POLIS membawa seorang lelaki yang disyaki membunuh Nora (gambar kecil) di sebuah hotel di Seremban semalam.

.

Gadis mati dijerut angkara cemburu

SEREMBAN (Kosmo)- Puncanya dipercayai cemburu, seorang gadis berusia 19 tahun ditemui mati terlentang di atas katil sebuah hotel murah di sini petang semalam.

Mayat Nora Jumaat dari Taman Rinting, Masai, Johor ditemui selepas teman lelakinya membuat laporan polis pada pukul 2.30 petang mengenai kematian kekasihnya.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan Zazali Hashim berkata, hasil siasatan mendapati terdapat kesan jerut di leher mangsa dan polis menemui seutas tali di bilik hotel itu.

Menurutnya, mangsa dipercayai telah dibunuh antara pukul 6 pagi hingga pukul 7 pagi dan semasa mayatnya ditemui gadis itu masih lengkap berpakaian.

“Kita yang memeriksa mayat itu juga mendapati tiada kesan rogol atau kesan-kesan cedera lain kecuali kesan jerut di leher,” kata beliau di tempat kejadian.

Berikutan itu, Zazali memberitahu, polis telah menahan kekasih wanita itu yang disyaki suspek utama kes kematiannya.

Mayat wanita itu telah ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk dibedah siasat.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: